Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, November 29, 2015

Buku 10: The search for Tutankhamun diterbitkan oleh The Five Mile Prerss

Buku: The search for Tutankhamun diterbitkan oleh The Five Mile Prerss

Tajuk Buku : The search for Tutankhamun
Penulis Buku :
Tahun Terbitan : 2007
Penerbit : The Five Mile Prerss
No Panggilan : 932.0140072 SEA

Penemuan makam dan mumia Raja Firauan Termuda, Tutankhamun pernah mengemparkan dunia.
Semenjak penemuan tersebut pelbagai mitos, cerita dan misteri dari hasil ekspidisi pengembaraan mencari makam tersebut. Melalui buku ini, pembaca seolah-olah dibawa bersama-sama mengembara di dalam pencarian  Raja Firauan termuda ini.

Dengan teknik “Pop-UP” yang yang digunakan, mampu menarik minat si pembaca untuk meneruskan menambahkan pengetahuan berkaitan.

Gambar-gambal dari hasil ekspedisi turut disertakan dan ditunjukan dengan gaya yang amat menarik. Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan seolah-olah membawa kenagan sejarah kea lam reality.

ulasan ini diterima daripada:
Nyawati Binti Abd Jalil

Buku 9: Snakes! A fold-out book diterbitkan oleh The Five Mile Press Pty Ltd

Buku 8: Snakes! A fold-out book diterbitkan oleh The Five Mile Press Pty Ltd

Tajuk Buku : Snakes! A fold-out book.
Penulis Buku :
Tahun Terbitan : 2010
Penerbit : The Five Mile Press Pty Ltd
No Panggilan : 597.6 SNA

Buku ini merupakan bahan bacaan ringan yang mempunya fakta berkaiatan dengan ular.

Semua perihal berkaitan ular dinyatakan dalam bentuk fakta-fakta yang menraik.

Saiz buku yang kecil memudahkan pegerakan pembaca dan penggunaan gambar-gambar bewarna dapat menarik minat anak-anak untuk mendapatkan fakta berkaitan ular.

Walaupun saiz yang kecil, buku ini padat dengan maklumat yang berkaitan.

ulasan ini diterima daripada:
Nyawati Binti Abd Jalil

Buku 8: Protokol-protokol Mesyuarat Para Pemimpin Ilmuan Zionis dengan prakata dan nota-nota penjelasan diterjemahkan oleh Ummu Muhammad

Buku: Protokol-protokol Mesyuarat Para Pemimpin Ilmuan Zionis dengan prakata dan nota-nota penjelasan diterjemahkan oleh Ummu Muhammad

Tajuk Buku : Protokol-protokol mesyuarat para pemimpin ilmuan Zionis dengan prakata dan nota-nota penjelasan.
Penulis Buku : Ummu Muhammad ( Penterjemah)
Tahun Terbitan : 2014
Penerbit : Cresent News
No Panggilan : 296 PRO

Buku ini merupakan hasil terjemahan Ummu Muhammad dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Sebelum itu Victor E. Marsden yang merupakan seorang Wartawan Akhbar Rusia “The Morning Post” telah menterjemahkan segala fakta-fakta di dalam buku ini dari Bahasa Rusia kepada Bahasa Inggeris. Apa yang menarik di dalam buku ini adalah dokumen-dokumen rahsia berkaitan masalah dalaman Orang Israel dan Yahudi. Namun begitu, dokumen-dokumen tersebut turut menceritakan perihal dunia secara umumnya.

ulasan ini diterima daripada:
Nyawati Binti Abd Jalil

Buku 7: Jenayah : Hudud dan pembunuhan menurut perundangan Islam oleh Zulkifly Bin Muda

Buku: Jenayah : Hudud dan pembunuhan menurut perundangan Islam oleh Zulkifly Bin Muda

Tajuk Buku : Jenayah : Hudud dan pembunuhan menurut perundangan Islam
Penulis Buku : Zulkifly Bin Muda
Tahun Terbitan : 2010
Penerbit : Penerbit UMT
No Panggilan : 340.59 zul

Hudud, sekali lagi isu ini menjadi hangat di Malaysia.

Adakah ianya dimainkan semata-mata untuk menarik sentiment rakyat oleh parti-parti tertentu di negara ini?

Jelas bagi orang Islam wajib mengetahui sebenarya segala perihal berkaitan Hudud.

Melalui buku ini, penulis mengariskan segala jenayah hudud dan pembunuhan menurut perundangan Islam.

Antara kesalahan yang diketengahkan adalah seperti isu Murtad, pemberontakan melawan pemerintah, rompakan dan samun, mencuri, persetubuhan haram dan tuduhan zina.

Yang paling penting semua isu-isu ini dihuraikan berdasarkan mazhah-mazhab fikah yang berbeza.

ulasan ini diterima daripada:
Nyawati Binti Abd Jalil

Buku 6: Himpunan keputusan fatwa negeri Pahang 2008-2014 oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang

Buku: Himpunan keputusan fatwa negeri Pahang 2008-2014 oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang

Tajuk Buku : Himpunan keputusan fatwa negeri Pahang 2008-2014
Penulis Buku :
Tahun Terbitan : 2014
Penerbit : Jabatan Mufti Negeri Pahang
No Panggilan : 297.14 HIM

Buku ini mengandungi Himpunan keputusan-keputusan fatwa negeri Pahang dari tahun 2008 – 2014.

Terdapat 56 keputusan fatwa disertakan di dalam buku ini.

Buku ini juga mengandungi garis panduan peraduan berasaskan hadiah dan juga garis panduan masalah kesihatan seksual dan produktif. 

Buku ini ditulis di dalam format tulisan Rumi dan juga Jawi.

Kepada pembaca-pembaca yang mempunya sebarang kemusykilan berkaitan hokum-hukum Islam, buku ini boleh menjadi antara rujukan agar tidak terbabas dari landasan agama.

ulasan ini diterima daripada:
Nyawati Binti Abd Jalil

Buku 5 : Gaya berfikir Kognitif oleh Mariam Mohamed Nor dan Yasser Rahmad

Buku : Gaya berfikir Kognitif oleh Mariam Mohamed Nor dan Yasser Rahmad

Tajuk Buku : Gaya berfikir Kognitif
Penulis Buku : Mariam Mohamed Nor dan Yasser Rahmad
Tahun Terbitan : 2014
Penerbit : Workplace English
No Panggilan : 153.42 MAR

Siri buku gaya berfikir ini mecetuskan pemikiran minda bagi meningkatkan kehidupan, perhubungan dan kerjaya pembaca.

Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada pelajar sekolah, remaja dan juga orang dewasa yang mana mampu memberikan perubahan kepada corak pemikiran si pembaca.
Dengan setiap individu mempunyai gaya pemikiran yang tersendiri dan unik, adalah amat penting bagi seseorang itu untuk terus membentuk gaya pemikranya dan dalam pada yang sama, melalui buku ini juga dapat membantu pembaca untuk memahami gaya pemikiran orang disekeliling.

ulasan ini diterima daripada:
Nyawati Binti Abd Jalil
Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Buku 4 : Wayang kulit : Design busana anak oleh Ummi Salamah

Buku : Wayang kulit : Design busana anak oleh Ummi Salamah

Tajuk Buku : Wayang kulit : Design busana anak
Penulis Buku : Ummi Salamah
Tahun Terbitan : 2013
Penerbit : Synergy Media
No Panggilan : 646.4306 USW

Buku ini sesuai untuk pembaca ataupun mereka yang terlibat dalam bidang fesyen ataupun menjahit.

Fokus kali ini adalah untuk pakaian kanak-kanak. Pelbagai tips dan teknik ditampilkan di dalam buku ini. Bagi mereka yang mula-mula berjinak dalam bidang penjahitan, buku ini amat sesuai.

Disertakan dengan panduan bergambar ianya amat memudahkan si pembaca. Teknik menggosok juga turut disertakan di dalam buku ini.

Malah harga untuk dipasarkan bagi sehelai penghasilan pakaian turut diberikan.

ulasan ini diterima daripada:
Nyawati Binti Abd Jalil

Buku 3: Ceritakan kepadaku tentang ibadah Haji diterbitkan oleh Darul Mughni Trading

Buku 3: Ceritakan kepadaku tentang ibadah Haji diterbitkan oleh Darul Mughni Trading

Tajuk Buku : Ceritakan kepadaku tentang ibadah Haji.
Penulis Buku :
Tahun Terbitan : 2014
Penerbit : Darul Mughni Trading
No Panggilan : 297.352 CER

Dengan konsep buku bimbingan seperti tajuknya, buku ini menerangkan dengan lengkap berkaitan ibadah haji.

Bagi menarik minat anak-anak cilik, illustarsi bewarna diterapkan di dalam buku ini. Amat sesuai bagi penajaga untuk menyampaikan penceritaan kepada si cilik.

Cerita-cerita sejarah Islam seperti Telaga ZamZam, ibadah korban, Hajarul Aswad dan banyak lagi.

ulasan ini diterima daripada:
Nyawati Binti Abd Jalil

Buku 2: Bob the builder – big book of words diterbitkan oleh Egmont

Buku: Bob the builder – big book of words diterbitkan oleh Egmont

Tajuk Buku : Bob the builder – big book of words
Penulis Buku :
Tahun Terbitan : 2011
Penerbit : Egmont
No Panggilan : DROM 06832

Bob the builder merupakan rancangan karton yang disasarkan khusus untuk kanak-kanak dalam mengenal dunia pertukangan.

Kini dengan mengambil konsep dah watak dari rancangan karton Bob the Builder, dalam membantu kanak-kanak mengenali perkataan-perkataan berkaitan benda-benda yang selalu dijumpai seharian.

Buku bahasa inggeris ini mampu menarik minat kanak-kanak dan juga membantu mereka menambahkan perkataan-perkataan inggeris yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Dengan bimbingan ibu bapa pasti buku ini menarik minat kanak-kanak untuk terus membaca.

ulasan ini diterima daripada:
Nyawati Binti Abd Jalil

Buku 1: Baby Crochet : 20 Hand-Crochet Designs for babies Newborn-24 months oleh Sandy Powers

Buku 1: Baby Crochet : 20 Hand-Crochet Designs for babies Newborn-24 months oleh Sandy Powers

Tajuk Buku : Baby Crochet : 20 Hand-Crochet Designs for babies Newborn-24 months
Penulis Buku : Sandy Powers
Tahun Terbitan : 2012
Penerbit : BlueRed Press
No Panggilan : 746.434043 POW

Buku ini sangat sesuai bagi ibu mengadung yang sukakan sulaman tangan.

Gambaran di negara-negara barat, ibu mengandung akan menyulam baju-baju sejuk ataupun apa sahaja hasil sulaman untuk dipakaian kepada bayi mereka apabila lahir nanti.

Melalui buku ini, pembaca dapat mengikuti dan menghasilkan pelbagai jenis rekaan berkaitan dengan sulaman tangan.

Bagi yang baru berjinak-jinak dalam seni sulaman tangan ini jangan bimbang, kerana aturan yang diberikan amat mudah untuk difahami.

Dengan gaya persembahan langkah demi langkah dan juga secara bergambar (bewarna) mampu memberikan hasil yang terbaik kelak.


diterima daripada:
Nyawati Binti Abd Jalil

BUKU INDUSTRI TANI MALAYSIA PERTANIAN KOMERSIAL oleh MAHANI ABU BAKAR

BUKU INDUSTRI TANI MALAYSIA PERTANIAN KOMERSIAL oleh MAHANI ABU BAKAR


NO PEROLEHAN: 08-47690
CALL NO. : 630.9595
ISBN: 978-983-3989-57-7
BAHASA: MELAYU
KATEGORI: 630 -PERTANIAN

ULASAN :
BUKU PERTANIAN KOMERSIALMENERANGKAN MENGENAI PELBAGAI BIDANG PERTANIAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA YANG MERUPAKAN SALAH SATU PENJANA EKONOMI NEGARA.

BEBERAPA KAEDAH BARU BAGI MEMPERKENALKAN KAEDAH MODEN BERCIRIKAN TEKNOLOGI DALAM PERTANIAN TURUT DITERANGKAN DALAM BUKU INI DALAM USAHA KERAJAAN MENGGIATKAN USAHA KE ARAH SEBUAH NEGARA PERTANIAN YANG MAJU.

PARA PETANI DAN PELADANG AMAT SESUAI MEMBACA BUKU INI BAGI MENINGKATKAN PENDAPATAN MEREKA DENGAN MENGAMALKAN PERTANIAN MODEN.

JUDUL: PERTANIAN KOMERSIAL
PENGARANG:  MAHANI ABU BAKAR
PENERBIT: PUSTAKA SEGAR
TAHUN TERBIT: 2008
HARGA: RM 13.80
MUKA SURAT: 44 MUKA SURAT
RATING : 3/5

BUKU KEPUPUSAN HAIWAN MELINDUNGI KEASLIAN ALAM SEKITAR disusun oleh SITI MURNI ABDULAH

BUKU KEPUPUSAN HAIWAN MELINDUNGI KEASLIAN ALAM SEKITAR disusun oleh SITI MURNI ABDULAH

NO PEROLEHAN: 13-05700
CALL NO. : 333.72
ISBN: 978-967-5297-15-1
BAHASA: MELAYU
KATEGORI: ENVIRONMENTAL PROTECTION

ULASAN :
MELINDUNGI KEASLIAN ALAM SEKITAR ADALAH TANGUNGJAWAB SEMUA MASYARAKAT BAGI MELINDUNGI KEPUPUSAN HAIWAN DENGAN MENJAGA KEASLIAN HUTAN BELANTARA DI NEGARA INI.

BUKU INI MENCERITAKAN BEBERAPA ASPEK YANG MENJADI PUNCA KEPUPUSAN HAIWAN SEPERTI PEMBALAKAN,PEMBANGUNAN DAN PENCEMARAN ALAM YANG BERPUNCA DARIPADA MANUSIA.MASYARAKAT MESTI SEDAR AKAN KEPENTINGAN MEMELIHARA FLORA DAN FAUNA SEMULAJADI YANG MASIH ADA PADA HARI INI BAGI DAN KEPERLUAN MEWUJUDKAN EKOSISTEM SEIMBANG BAGI ALAM SEKITAR.

BUKU INI AMAT SESUAI DIBACA OLEH SEMUA GOLONGAN PERINGKAT UMUR.

JUDUL: KEPUPUSAN HAIWAN
PENGARANG:  SITI MURNI ABDULAH (PENYUSUN)
PENERBIT: ATIKA MEDIA
TAHUN TERBIT: 2013
HARGA: RM 18.00
MUKA SURAT: 44 MUKA SURAT
RATING : 4/5

BUKU: MENILAI POTENSI SEBENAR ANDA oleh AMIR HAZYQ

BUKU MENILAI POTENSI SEBENAR ANDA oleh AMIR HAZYQ

NO PEROLEHAN: 08-48475
CALL NO. : 153.8
ISBN: 978-3283-63-2
BAHASA: MELAYU
KATEGORI: 100 -MOTIVASI

ULASAN :
BUKU INI SESUAI DIBACA OLEH GOLONGAN PELAJAR, PENDIDIK DAN SESIAPA SAHAJA YANG INGIN MENGENALI DIRI SENDIRI DAN POTENSI YANG ADA PADA DIRI ANDA.

SETIAP INSAN PERLU DAN HARUS MEMBUAT PENILAIAN YANG TEPAT SERTA IKHLAS MENGENAI KEBOLEHAN SENDIRI BAGI MENCAPAI SESUATU CITA-CITA DAN PERLU MENGENALI KELEMAHAN DAN KEKUATAN DIRI.

PENULIS JUGA ADA MENERANGKAN BAGAIMANA UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEBOLAHAN DIRI SENDIRI APABILA BERGAUL DAN BERKEMUNIKASI DENGAN ORANG SEKELILING. 

JUDUL: MENILAI POTENSI SEBENAR ANDA oleh AMIR HAZYQ
PENGARANG:  AMIR HAZYQ
PENERBIT: PERINTIS BOOKS SD.BHD
TAHUN TERBIT: 2006
HARGA: RM 9.60
MUKA SURAT: 112 MUKA SURAT
RATING : 4/5

BUKU: MALAYSIA DALAM SEJARAH MODEN MENGAMAL KEBEBASAN BERAGAMA disusun oleh FATIN FATIHA HASAN

BUKU: MALAYSIA DALAM SEJARAH MODEN MENGAMAL KEBEBASAN BERAGAMA disusun oleh FATIN FATIHA HASAN

NO PEROLEHAN: 13-05903
CALL NO. : 959.5
ISBN: 978-967-5841-65-1
BAHASA: MELAYU
KATEGORI: SEJARAH MALAYSIA

ULASAN :
KEBEBASAN BERAGAMA IALAH PRINSIP YANG MENYOKONG KEBEBASAN INDIVIDU ATAU MASYARAKAT UNTUK MENGAMALKAN AGAMA ATAU KEPERCAYAAN DALAM RUANG PERIBADI ATAU UMUM SEPERTI YANG DITERANGKAN DALAM BUKU INI.

SEJARAH KEDATANGAN AGAMA DI MALAYSIA SEPERTI AGAMA ISLAM,AGAMA BUDDHA,AGAMA HINDU DAN AGAMA KRISTIAN TURUT DICERITAKAN DALAM BUKU INI.

BUKU INI SESUAI MENJADI RUJUKAN PELAJAR UNTUK MENGETAHUI SEJARAH LAMA DAN TERKINI KERANA SEJARAH SILAM BANYAK MEMBERI IKTIBAR DAN PENGAJARAN BERGUNA BUAT NEGARA.

JUDUL: MENGAMAL KEBEBASAN BERAGAMA
PENGARANG:  FATIN FATIHA HASAN (PENYUSUN)
PENERBIT: PEKAN ILMU PUBLICATION SDN.BHD.
TAHUN TERBIT: 2013
HARGA: RM 14.80
MUKA SURAT: 44 MUKA SURAT
RATING : 4/5

BUKU KARPAL SINGH, TIGERS OF JELUTONG THE FULL BIOGRAPHY oleh Tim Donoghue

BUKU KARPAL SINGH, TIGERS OF JELUTONG THE FULL BIOGRAPHY oleh Tim Donoghue

ISBN: 9789814561457
Call No.: 324.2209
Harga: RM60.50
Penulis: Tim Donoghue
Tahun Diterbitkan: 2014
Penerbit : Marshall Cavendish Editions
Bahasa : Inggeris

Karpal Singh sering disebut sebagai salah seorang peguam terbaik di Malaysia. Kematian beliau pada 17 April 2014 telah mengejutkan rakyat Malaysia dan menginggalkan kesan yang mendalam kepada landskap perundangan dan politik di negara ini.

Buku biografi ini menceritakan mengenai kisah hidup mendiang Karpal Singh sejak dari alam persekolahan hingga kepada kes-kes perundangan mencabar yang dikendalikannya.

Ditulis oleh Tim Donoghue, seorang wartawan dari New Zealand yang merupakan sahabat karib mendiang Karpal Singh.

Buku ini juga membuka ruang kepada pembaca untuk menyelami perjalanan hidup karier beliau sebagai ahli politik dan peguam yang disegani hingga digelar sebagai Harimau Jelutong (Tigers of Jelutong).

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang menggemari bidang undang-undang, penganalisis perundangan, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui kisah dan perjalanan karier mendiang Karpal Singh yang mencabar ini.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipiss

BUKU NO.4: KEAJAIBAN FIRASAT: 63 KISAH PENGUBAT JIWA oleh Muhadir Haji Joll

 
BUKU: KEAJAIBAN FIRASAT: 63 KISAH PENGUBAT JIWA oleh Muhadir Haji Joll

ISBN: 978-983-097-370-8
Call No.: 297.57
Harga: RM15.20
Penulis: Muhadir Haji Joll
Tahun Diterbitkan: 2012
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Bahasa : Melayu

Buku ini memaparkan 63 kisah teladan yang disusun secara ringkas, jelas tetapi padat.

Di tulis oleh Muhadir Haji Joll iaitu seorang pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa.

Di setiap helaian mukasurat diselitkan dengan biografi ringkas para ulama dan tokoh-tokoh yang dipaparkan dalam buku ini.

Cerita-cerita juga disusun mengikut turutan zaman dengan merujuk kepada tahun kewafatan ulama dan tokoh dan bersandarkan kepada sumber rujukan asal.

Ia amat sesuai sebagai bacaan santai yang memberi seribu satu manafaat.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis

BUKU THE SPORTS INJURIES HANDBOOK: DIAGNOSIS AND MANAGEMENT oleh Christer Rolf

BUKU THE SPORTS INJURIES HANDBOOK: DIAGNOSIS AND MANAGEMENT oleh Christer Rolf

ISBN: 978-0713679502
Call No.: 617.1027
Harga: RM165.00
Penulis: Christer Rolf
Tahun Diterbitkan: 2007
Penerbit : A&C Black Publisher Ltd
Bahasa : Inggeris

Profesor Christer Rolf adalah Pengarah Eksekutif di Sheffield Centre for Sports Medicine – satu-satunya pusat kesihatan sukan di United Kingdom.

Beliau juga adalah seorang doktor dan pakar bedah dalam pengkhususan pengurusan kesihatan sukan dan kecederaan.

Beliau telah merawat ramai atlit-atlit terkenal dan penggiat sukan rekreasi.

Buku ini menyenaraikan kecederaan-kecederaan sukan yang popular termasuk diagnosis dan kaedah rawatan. Kecederaan sukan dibahagikan kepada bahagian-bahagian utama pada tubuh manusia seperti kepala, tangan dan kaki.

Ini memudahkan pembaca untuk merujuk kecederaan yang dialami dan terus melakukan rawatan dan langkah pencegahan. Buku ini bagus untuk penggiat sukan yang aktif, pelajar perubatan dan orang awam yang berminat dengan sukan.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis

BUKU No.5: SAAT MENJADI TETAMU ALLAH oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

BUKU: SAAT MENJADI TETAMU ALLAH oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

JUDUL BUKU : SAAT MENJADI TETAMU ALLAH.
PENGARANG: SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM
NO. PANGGILAN: 297 / MAH
ISBN: 978 -967 – 12434 – 7 - 3
PENERBIT:    GREEN DOME PUBLICATIONS SDN.BHD.
TARIKH / TAHUN:     CETAKAN PERTAMA  -  2014
EDISI BAHASA:      Bahasa Melayu
HARGA:     RM20.72

ULASAN:
Kisah-Kisah pengalaman para jemaah di tanah suci selalu menjadi perhatian ramai. Ada saja kisah yang dapat dikongsi sebagai iktibar semua.

Ada juga yang takut menjejakkan kaki ke sana kerana berasa dirinya bergelumang dosa. Mereka bimbang diberi balasan tunai oleh Allah.
                                                
Hakikatnya Allah sangat mencintai hamba-hambaNYA  Segala fitnah terhadap balasan daripada Allah itu adalah panah-panah syaitan yang tidak mahu kita melengkapkan lima rukun islam. Dan sekiranya Allah menguji kita disana, itu adalah peringatan daripada Allah tanda kasih sayangNYA terhadap kita.







Buku: SEJARAH PERISIKAN DI MALAYSIA oleh AZHARUDIN MOHAMED DALI

Buku: SEJARAH PERISIKAN DI MALAYSIA oleh AZHARUDIN MOHAMED DALI

JUDUL BUKU:SEJARAH PERISIKAN DI MALAYSIA.
PENGARANG:AZHARUDIN MOHAMED DALI
NO. PANGGILAN:327.1209595 / AZH
ISBN:978 – 983 – 46 – 1266 - 5
PENERBIT:DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
TARIKH / TAHUN:CETAKAN PERTAMA  -  2014
EDISI BAHASA:Bahasa Melayu
HARGA:RM28.00

ULASAN:
Buku Sejarah Perisikan Di Malaysia ini membincangkan berbagai aspek berkaitan perisikanyang telah berlaku di Negara ini.

Hal ehwal dunia perisikan seperti aktiviti ejen perisikan,penyuluhan,tipu helah,sabotaj,subersif mahupun propaganda akan disentuh dalam bab-bab yang terkandung dalam buku ini.

Setiap bab melihat secara terperinci kisah-kisah sejarah perisikan. Meskipun kisah-kisah ini lebih merupakan kisah sejarah, namun dari sudut pengisiannya ia masih sangat relevan dengan perkembangan yang berlaku hari ini.
                                                
Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan rujukan untuk pelajar-pelajar yang mengikuti bidang sejarah, pengajian strategic dan pertahanan,keselamatan dan hubungan antarabangsa.

Buku ini juga boleh menjadi bahan bacaan umum kepada mereka yang berminat untuk mengembangkan horizon pengetahuannya.

Buku: How to handle shyness and develop confidence oleh Catherine Gillet

Buku: How to handle shyness and develop confidence oleh Catherine Gillet

No Perolehan: DCAM 14-06700
ISBN:13:978-967-0610-80-1
Kategori: Falsafah dan Psikologi

Ringkasan/ Ulasan:
Proven advice for dealing with shyness — in any situation!

Do you ever…agonize over party invitations? Steer clear of acquaintances at grocery store? Let everyone else drive the conversation, even when you’ve got something important to contribute?

With How to Handle Shyness and Develop Confidence, you can learn to accept and embrace your shyness in more effective ways:
•    Too Shy? - A questionnaire helps you determine not only the level of your shyness, but your strengths and weaknesses as well.
•    Subtle Charm - Bashful people can be alluring! Learn techniques to draw people to you.
•    Once Bitten - Burned by love in the past? Your current reserve could simply be a defensive reaction to a past relationship.
•    Life of the party - Play up the mysterious aspect of your shyness, and you’ll find yourself the centre of attention after all.

Whether you’re working with colleagues on a project, developing a new relationship, or socializing with quests at a party, you will feel ease in your own skin and be able to confidently interact with those around you.

Catherine Gillet, LCSW, is a licensed clinical (ADD) social worker with a focus on children, adolescents, and families. She studied at Fordham University and New York University.

She currently runs a private practice in Katonah, NY.

Buku: How to handle shyness and develop confidence oleh Catherine Gillet
Judul: How to Handle Shyness and Develop Confidence
Pengarang: Catherine Gillet, LCSW
Penerbit: Advantage Quest Publications
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM34.40
Muka surat: 149
Rating: 4

Buku: Guide to Nutrition: All you need to keep you-and your family-healthy oleh Nicole Cormier


Buku: Guide to Nutrition: All you need to keep you-and your family-healthy oleh Nicole Cormier

No Perolehan: DCAM 06354
ISBN: 978-983-3832-74-3
Kategori: Teknologi

Ringkasan/ Ulasan:
The what, why, and when of healthy eating
Eat carbohydrates—but only if they’re “good.” Eat fiber—but only if it’s soluble. Eat protein—but not too much.

There are so many rules on the road to good nutrition, how can anyone know what to eat? With this guide, registered dietician Nicole Cormier shows you all you need to keep yourself and your family healthy, such as:

▪    How to safely transition to a vegetarian or vegan diet
▪    Tips for incorporating more fruits and vegetables into your diet
▪    Recipes for nutritionally balanced meals that taste good
▪    Which foods contain the most beneficial vitamins
▪     Why processed foods are so bad for you–and how to stop eating them
And much, much more! With meal plans and grocery shopping guidelines, this complete guide is perfect for busy families or individuals on the go. Eating healthy is just a grocery store trip away!

Buku: Guide to Nutrition: All you need to keep you-and your family-healthy oleh Nicole Cormier
Judul: Guide to Nutrition: All you need to keep you-and your family-healthy
Pengarang: Nicole Cormier, RD, LDN
Penerbit: Advantage Quest Publication
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM34.90
Muka surat: 307
Rating: 4

Buku: Chicken Soup for the Soul: family caregivers oleh Joan Lunden and Amy Newmark

Buku: Chicken Soup for the Soul: family caregivers oleh Joan Lunden and Amy Newmark

No Perolehan: DCAM 14-06918
ISBN: 978-1-935096-83-2
Kategori: Kesusateraan

Ringkasan/ Ulasan:
Chances are good that many of us will at some point find ourselves in the role of caregiver for an aging parent.

With people living longer and living with many more chronic conditions, the role of caregiver is expanding to encompass increasing responsibilities.

Amy Newmark is the coauthor, with Joan Lunden, of Chicken Soup for the Soul: Family Caregivers, a book that provides emotional s upport and practical resources via 101 revealing stories of love, sacrifice, and bonding from people of all ages who provide care for family members.

Buku: Chicken Soup for the Soul: family caregivers oleh Joan Lunden and Amy Newmark
Judul: Chicken Soup for the Soul: family caregivers
Pengarang: Joan Lunden and Amy Newmark
Penerbit: Chicken Soup for the Soul Publishing LLC
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM46.85
Muka surat: 453
Rating: 4

Buku: Awie dan Shasha di Kedai Mainan oleh Aniza Anis Sallihudin

Buku: Awie dan Shasha di Kedai Mainan oleh Aniza Anis Sallihudin

No Perolehan: DCAM 14-07021
ISBN: 978-967-396-283-9
Kategori: Fiksyen Melayu Kanak-kanak

Ringkasan/ Ulasan:
Buku cerita kanak-kanak ini mempunyai 3 Tahap.

Tajuk Awie dan Shasha di Kedai Mainan ini termasuk dalam salah satu judul Tahap 2.

Tahap 2 ini untuk mahir membaca. Jumlah ayat ditambah kepada dua baris ayat pada setiap halaman. Setiap ayat ditulis dengan teliti untuk membolehkan kanak-kanak mengecam perkataan dan membaca ayat dengan mudah.

Berikut ialah tajuk buku dalam Tahap 2:

•Selamat Hari Jadi, Awie dan Shasha!
•Keluarga Awie dan Shasha
•Kenali Datuk dan Nenek Awie dan Shasha
•Awie dan Shasha Bermain di Taman
•Awie dan Shasha di Kedai Mainan
•Awie dan Shasha Melawat Ladang Pak Su

Buku: Awie dan Shasha di Kedai Mainan oleh Aniza Anis Sallihudin
Judul: Awie dan Shasha di Kedai Mainan
Pengarang: Penterjemah : Aniza Anis Sallihudin
Penerbit: Kohwai & Young Publication (M) Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM5.04
Muka surat: 24
Rating: 4

Buku: Bob the Builder Big Book of Words oleh Dean

Buku: Bob the Builder Big Book of Words oleh Dean

No Perolehan: DCAM 06933
ISBN: 978-0-6035-6594-6
Kategori: Fiksyen Inggeris Kanak-kanak

Ringkasan/ Ulasan:
Welcome to Bob's Big Book of Words! Join Bob and his friends in and around Sunflower Valley and learn lots of new words along the way!

With numbers,
letters,
colours,
telling the time and more,

this is a fun introduction to the world of words!

Young children will have lots of fun recognising familiar words and developing their vocabulary with the help of Bob and his friends.

Buku: Bob the Builder oleh Dean
Judul: Bob the Builder
Pengarang: Dean
Penerbit: HIT Entertainment
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM26.54
Muka surat: 44
Rating: 4

Buku: Emergency Taubat: mengapa & bagaimana? oleh Muhammad Ramzi Omar

Buku: Emergency Taubat: mengapa & bagaimana? oleh Muhammad Ramzi Omar

No Perolehan: DCAM 06757
ISBN: 978-967-11599-3-4
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Kesedaran tentang nilai taubat perlu dibangkitkan dan digerakkan supaya taubat dapat direalisasikan secara praktikal dalam ilmu, amal dan penyelesaian. Manusia tidak terlepas dari pelbagai ujian, musuhnya tidak mati dan tabiat dirinya tidak berubah.

Perhiasan dunia yang disukai dan perkara-perkara yang tidak disukai tidak akan luput.

Semua manusia memiliki syahwat dan akal. Adakalanya ia ditewaskan oleh nafsu, adakalanya ia tidak dapat memahami hakikat: adakalanya ia lemah apabila berhadapan dengan syahwat dan tergelincir.

Jika ia terus disisihkan daripada kategori manusia beriman apabila melakukan kesalahan, maka semua manusia akan binasa. Walaubagaimanapun suatu rahmat Allah yang besar untuk kita seandainya kita tersilap maka Allah SWT tetap membuka pintu taubat.

Judul: Emergency Taubat: mengapa & bagaimana?
Pengarang: Muhammad Ramzi Omar
Penerbit: PSN Publications
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM28.00
Muka surat: 270
Rating: 4

Buku:Breakfast at Darcy’s oleh Ali McNamara


Buku:Breakfast at Darcy’s oleh Ali McNamara

No Perolehan: DCAM 06915
ISBN: 978-0-7515-4740-5
Kategori: Fiksyen Inggeris

Ringkasan/ Ulasan:
When Darcy McCall loses her beloved Aunt Molly, she doesn't expect any sort of inheritance - let alone a small island! Located off the west coast of Ireland, Tara hasn't been lived on for years, but according to Molly's will, Darcy must stay there for twelve months in order to fully inherit.
It's a big shock.

And she's even more shocked to hear that she needs to persuade a village full of people to settle there, too.

Darcy has to leave behind her independent city life and swap stylish heels for muddy wellies.

Between sorting everything from the plumbing to the pub, Darcy meets confident, charming Conor and sensible, stubborn Dermot - but who will make her feel really at home?

Judul: Breakfast at Darcy’s
Pengarang: Ali McNamara
Penerbit: Sphere Original
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM37.80
Muka surat: 437
Rating: 4

Tuesday, November 24, 2015

Buku: Para Kekasih Allah oleh Abdillah F.Hasan

Buku: Para Kekasih Allah oleh Abdillah F.Hasan

No Perolehan: DMAR 14-08048
ISBN: 979-1167-14-1
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini menerangkan tentang sifat-sifat “para kekasih Allah”. Dengan mengetahui sifat-sifat ini diharap dapat dijadikan motivasi kepada pembaca supaya menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa beriman kepada Alllah s.w.t.

Semoga kerisauan dan kegelisahan yang sentiasa melanda diri tiada lagi kerana kita yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi, melindungi dan mengasihi umatNya.

Judul: Para Kekasih Allah
Pengarang: Abdillah F.Hasan
Penerbit: Penerbit OASE Mata Air Makna
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM 34.50
Muka surat: 160
Rating: -

Tuesday, November 17, 2015

Buku: My Beloved Prophet oleh Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi

Buku: My Beloved Prophet oleh Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi

No Perolehan: DMAR 14-08082
ISBN: 978-979-1303-16-3
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini memaparkan tentang sejarah dan ulasan-ulasan ayat A-l-Quran dan hadis yang berkaitan dengan fragmen-fragmen kehidupan Rasul. Buku ini menunjukkan kepada setiap Muslim dan setiap orang bahawa Rasulullah s.a.w adalah contoh tertinggi dalam segenap aspek kehiddupan.

Buku ini juga menerangkan tentang keluhuran budi pekerti  dengan mukjizat Nabi akhir zaman.

Judul: Muhammad : My Beloved Prophet
Pengarang: Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi
Penerbit: Qisthi Press
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM 93.75
Muka surat: 703
Rating: -

Ulasan:

Tuesday, November 10, 2015

Buku: Memahami komunikasi orang pekak oleh Abdullah Bin Yusoff

Buku: Memahami komunikasi orang pekak oleh Abdullah Bin Yusoff

No Perolehan: DMAR 14-07921
ISBN: 978-983-46-1571-0
Kategori: Teknologi

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini mengajak pembaca untuk memahami orang pekak dan cara berkomunikasi dengan mereka. Buku ini mengandungi cara orang pekak berkomunikasi dan status bahasa isyarat mereka.

Penulis buku menimbulkan persoalan baharu iaitu mengklasifikasikan orang pekak sama ada “cacat” atau “pengguna bahasa minoriti”. Buku ini membolehkan pembaca memahami situasi orang pekak dan diharap dapat membantu mereka dalam menjalankan urusan harian.

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan komuniti pekak, iaitu ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunyai warga pekak; para pendidik dan pelajar yang sedang mengikuti bidang pendidikan, khususnya pendidikan khas.

Bagi mereka yang terlibat dalam bidang linguistik, buku ini juga sesuai kerana kandungannya lebih tertumpu kepada bahasa dan komunikasi.

Judul: Memahami Komunikasi Orang Pekak
Pengarang: Abdullah Bin Yusoff
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 20.00
Muka surat: 245
Rating: -

Tuesday, November 3, 2015

Buku: Keagungan Shalat Subuh oleh Syaikh Nadaa Abu Ahmad

Buku: Keagungan Shalat Subuh oleh Syaikh Nadaa Abu Ahmad

No Perolehan: DMAR 14-08083
ISBN: 979-1189-51-X
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini menerangkan tentang keutamaan melaksanakan solat subuh, khabar gembira bagi mereka yang solat ubuh dan sebagainya. Dengan membaca buku ini pembaca dapat mengetahui pelbagai keistimewaan mengerjakan solat Subuh.

Judul: Keagungan Shalat Subuh
Pengarang: Syaikh Nadaa Abu Ahmad
Penerbit: At-Tibyan
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM 20.00
Muka surat: 172
Rating: -

Ulasan:
Norkamila Mahmud
PAD Maran