Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, November 29, 2015

BUKU THE SPORTS INJURIES HANDBOOK: DIAGNOSIS AND MANAGEMENT oleh Christer Rolf

BUKU THE SPORTS INJURIES HANDBOOK: DIAGNOSIS AND MANAGEMENT oleh Christer Rolf

ISBN: 978-0713679502
Call No.: 617.1027
Harga: RM165.00
Penulis: Christer Rolf
Tahun Diterbitkan: 2007
Penerbit : A&C Black Publisher Ltd
Bahasa : Inggeris

Profesor Christer Rolf adalah Pengarah Eksekutif di Sheffield Centre for Sports Medicine – satu-satunya pusat kesihatan sukan di United Kingdom.

Beliau juga adalah seorang doktor dan pakar bedah dalam pengkhususan pengurusan kesihatan sukan dan kecederaan.

Beliau telah merawat ramai atlit-atlit terkenal dan penggiat sukan rekreasi.

Buku ini menyenaraikan kecederaan-kecederaan sukan yang popular termasuk diagnosis dan kaedah rawatan. Kecederaan sukan dibahagikan kepada bahagian-bahagian utama pada tubuh manusia seperti kepala, tangan dan kaki.

Ini memudahkan pembaca untuk merujuk kecederaan yang dialami dan terus melakukan rawatan dan langkah pencegahan. Buku ini bagus untuk penggiat sukan yang aktif, pelajar perubatan dan orang awam yang berminat dengan sukan.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis

No comments: