Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, November 29, 2015

BUKU KARPAL SINGH, TIGERS OF JELUTONG THE FULL BIOGRAPHY oleh Tim Donoghue

BUKU KARPAL SINGH, TIGERS OF JELUTONG THE FULL BIOGRAPHY oleh Tim Donoghue

ISBN: 9789814561457
Call No.: 324.2209
Harga: RM60.50
Penulis: Tim Donoghue
Tahun Diterbitkan: 2014
Penerbit : Marshall Cavendish Editions
Bahasa : Inggeris

Karpal Singh sering disebut sebagai salah seorang peguam terbaik di Malaysia. Kematian beliau pada 17 April 2014 telah mengejutkan rakyat Malaysia dan menginggalkan kesan yang mendalam kepada landskap perundangan dan politik di negara ini.

Buku biografi ini menceritakan mengenai kisah hidup mendiang Karpal Singh sejak dari alam persekolahan hingga kepada kes-kes perundangan mencabar yang dikendalikannya.

Ditulis oleh Tim Donoghue, seorang wartawan dari New Zealand yang merupakan sahabat karib mendiang Karpal Singh.

Buku ini juga membuka ruang kepada pembaca untuk menyelami perjalanan hidup karier beliau sebagai ahli politik dan peguam yang disegani hingga digelar sebagai Harimau Jelutong (Tigers of Jelutong).

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang menggemari bidang undang-undang, penganalisis perundangan, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui kisah dan perjalanan karier mendiang Karpal Singh yang mencabar ini.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipiss

No comments: