Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, June 18, 2015

Buku: PERKHIDMATAN AWAM. MENERAJU PERUBAHAN. MELANGKAU JANGKAAN oleh NAJIB RAZAK

Buku: PERKHIDMATAN AWAM. MENERAJU PERUBAHAN. MELANGKAU JANGKAAN oleh NAJIB RAZAK

NO PEROLEHAN: DTEM 07488/14
CALL NO. : 351.595 MOH 
ISBN: 978-983-068-725-4
BAHASA: MELAYU
KATEGORI: PENTADBIRAN AWAM



Buku ini perlu dimiliki, dibaca, difahami dan diterjemahkan kandungannya melalui tindakan oleh setiap penjawat awam. Kandungan buku ini membawa makna yang mendalam dan sangat kritis, namun telah dipersembahkan dan disampaikan secara bersahaja. Penggabungan antara kretiviti dan inovasi tetapi tidak hilang sifat kritisnya menjadikan buku ini unik. Tidak keterlaluan untuk dikatakan penerbitan buku ini adalah satu menifestasi kepada falsafah pemikirna di luar kotak. Buku yang ditulis oleh pemimpin nombor satu negara ini merupakan rujukan komprehensif dalam mebawa negara ke satu tanda aras bahru dalam perkhidmatan awam.

JUDUL: PERKHIDMATAN AWAM. MENERAJU PERUBAHAN. MELANGKAU JANGKAAN
PENGARANG:  NAJIB RAZAK
PENERBIT: RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT DAN INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA BERHAD (ITBM)
TAHUN TERBIT: 2011
HARGA: RM 39.20
MUKA SURAT: 105 MUKA SURAT
RATING : 4/5

ulasan oleh:
Puan Zalina binti Ahmad
Ketua Perpustakaan Daerah Temerloh

Buku: KEUTAMAAN INFAK DI JALAN ALLAH oleh MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA AL-KANDAHLAWI

Buku: KEUTAMAAN INFAK DI JALAN ALLAH oleh MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA AL-KANDAHLAWI

NO PEROLEHAN: DTEM 07075/14
CALL NO. : 297.54 MUH
ISBN: 978-967-409-072-2
BAHASA: MELAYU
KATEGORI: AGAMA


Buku keutamaan infak keran allah ini akan memberikan kefahaman tentang kedudukan harta, sebab dan akibat mereka yang bakhil. Ia juga mempersembahkan cerita-cerita dan ganjaran bagi orang yang suka membelanjakan harta ke jalan allah swt dan orang-orang yang zuhud. Di dalam buku ini terdapat banyak ulasan-ulasan dari hadis dan juga ayat-ayat al-quran yang mana menguatka lagi hujah dan fakta yang cuba diketengahkan.

JUDUL: KEUTAMAAN INFAK DI JALAN ALLAH
PENGARANG:  MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA AL-KANDAHLAWI
PENERBIT: CRESCENT NEWS (K.L) SDN.. BHD
TAHUN TERBIT: 2013
HARGA: RM 71.94
MUKA SURAT: 1465 MUKA SURAT
RATING : 4/5

ulasan oleh:
Puan Zalina binti Ahmad
Ketua Perpustakaan Daerah Temerloh

Wednesday, June 17, 2015

Buku: TRANSFORMASI PEMIKIRAN – ANJAKAN PARADIGMA PELAJAR BISTARI oleh YASSER RAHMAD DAN MARIAM M. NOR



Buku: TRANSFORMASI PEMIKIRAN ANJAKAN PARADIGMA PELAJAR BISTARI oleh YASSER RAHMAD DAN MARIAM M. NOR

NO PEROLEHAN: DTEM – 07542/14
CALL NO. : 153.42 YAS
ISBN: 978-967-11845-2-3
BAHASA: MELAYU
KATEGORI: FILOSOFI DAN PHYSIOLOGY – PEMIKIRAN

Buku “transformasi pemikiran” anjakan paradigma bestari sesuai dibaca oleh pelajar, pendidik dan sesiapa sahaja yang ingin mencetuskan pemikiran minda mereka ke tahap yang lebih tinggi. Buku ini membincangkan beberapa strategi pemetaan konsep bagi membantu anda mengilustrasikan pemikiran anda di atas kertas.

JUDUL: TRANSFORMASI PEMIKIRAN – ANJAKAN PARADIGMA PELAJAR BISTARI 
PENGARANG:  YASSER RAHMAD DAN MARIAM M. NOR
PENERBIT: WORKPLACE ENGLISH 
TAHUN TERBIT: 2013
HARGA: RM 40.80
MUKA SURAT: 362 MUKA SURAT
RATING : 4/5

ulasan oleh:
Puan Zalina binti Ahmad
Ketua Perpustakaan Daerah Temerloh

Monday, June 15, 2015

BUKU: Kesihatan & Kewangan oleh Ramli Tahir

BUKU: Kesihatan & Kewangan oleh Ramli Tahir

 No Perolehan:  DBER 02581
Call No. : 616.002 RAM
ISBN: 978-983-3364-947
Bahasa: Bahasa Melayu
Kategori: TEKNOLOGI

Buku ini memperincikan hubung kait kesihatan dan kewangan serta mengapa kedua-dua elemen tersebut penting untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera

Judul:  Kesihatan & Kewangan  
Pengarang: Ramli Tahir
Penerbit: true Wealth Publishing
Tahun Terbit: 2009
Harga: RM 29.90
Muka surat: 156 M/s
Rating : 3

ulasan oleh:
Encik Mohd Hazairi bin Ariffin
Ketua Perpustakaan Daerah Bera

Sunday, June 14, 2015

BUKU: Kaedah mengatasi masaalah secara praktikal perternakan ikan di sawah oleh Yasir Mohd

BUKU: Kaedah mengatasi masaalah secara praktikal perternakan ikan di sawah oleh Yasir Mohd

 No Perolehan:  13041
Call No. : 636.213 YAS
ISBN: 9789831973998
Bahasa: Bahasa Melayu
Kategori: Teknologi

Ulasan : Kaedah dan cadangan mengatasi masaalah dalam perternakan ikan di sawah,

Judul:  Kaedah mengatasi masaalah secara praktikal perternakan ikan di sawah  
Pengarang: Yasir Mohd
Penerbit: Synergy Media
Tahun Terbit: 2006
Harga: RM 18.32
Muka surat: 69 M/s
Rating : 3

ulasan oleh:

Encik Mohd Hazairi bin Ariffin
Ketua Perpustakaan Daerah Bera


Mesyuarat AJK Penasihat PAD Bentong Bil 1/2015

Inilah suasana mesyuarat AJK Penasihat PAD Bentong berlangsung pada 6 Mac 2015.

AJK Penasihat PAD Bentong telah berjaya membantu memberi fokus secara lebih tepat untuk dimanafaatkan sepenuhnya oleh masyarakat daerah Bentong.

Saturday, June 13, 2015

BUKU: Alam akhirat Misteri Indahnya Syurga oleh Mahir Ahmad Al-sufi

BUKU: Alam akhirat Misteri Indahnya Syurga  oleh Mahir Ahmad Al-sufi

 No Perolehan:  12-04755
Call No. : 297.22 MAH
ISBN: 978-967-368-156-3
Bahasa: Bahasa Melayu
Kategori: Agama

Ulasan : Indahnya syurga adalah suatu yang sukar digambarkan dengan perkataan apatah lagi untuk dibayangi dengan imaginasi manusia. Buku ini menghuraikan betapa indahnya syurga itu dan membawa tercetusnya semangat dan motivasi kepada manusia dalam mencapai ke syurga

Judul:  Alam akhirat Misteri Indahnya Syurga  
Pengarang: Mahir Ahmad Al-sufi
Penerbit: Al-Hidayah
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 30.00
Muka surat: 524 M/s
Rating : 4/5


ulasan oleh:
Encik Mohd Hazairi bin Ariffin
Ketua Perpustakaan Daerah Bera

Friday, June 12, 2015

BUKU:Persoalan Islam & Isu Semasa oleh IKIM

BUKU:Persoalan Islam & Isu Semasa oleh IKIM

 No Perolehan:  03625
Call No. : R 297.22 PER
ISBN: 9839986384
Bahasa: Bahasa Melayu
Kategori: Agama

Ulasan : Koleksi ruangan soal jawab bersama IKIM dan akhbar Berita Minggu mengandungi 62 soalan merangkumi pelbagai topic.

Judul:  Persoalan Islam & Isu Semasa  
Pengarang: -
Penerbit: IKIM
Tahun Terbit: 1997
Harga: RM 1.00
Muka surat: 123 M/s
Rating : 4/5

ulasan oleh:
Encik Mohd Hazairi bin Ariffin
Ketua Perpustakaan Daerah Bera

Thursday, June 11, 2015

Buku: 100 WAYS TO MOTIVATE OTHERS THIRD EDITION oleh STEVE CHANDLER AND SCOTT RICHARDSON

Buku: 100 WAYS TO MOTIVATE OTHERS THIRD EDITION oleh STEVE CHANDLER AND SCOTT RICHARDSON

NO PEROLEHAN: DTEM 7084/14
CALL NO. : 158.314 CHA
ISBN: 139789670484174
BAHASA: INGGERIS
KATEGORI: 100 – PHILOSOPHY DAN PSYCHOLOGY


Buku motivasi yang mendapat ranking top seller ini telah masuk kepada penerbitan kali yang ke tiga. Buku ini menerangkan 100 cara untuk memberikan motivasi kepada orang lain. Ia juga telah di adaptasikan kepada lebih 25 bahasa dan menjadi antara buku yang terlaris di china dan japan. Buku ini sangat bersahaja dan telah memberikan inspirasi kepada golongan professional dan memberi semangat kepada golongan lain untuk mencapai tahap professional 

JUDUL: 100 WAYS TO MOTIVATE OTHERS  (THIRD EDITION)
PENGARANG:  STEVE CHANDLER AND SCOTT RICHARDSON
PENERBIT: ADVANTAGE QUEST PUBLICATIONS 
TAHUN TERBIT: 2013
HARGA: RM 51.60
MUKA SURAT: 221 MUKA SURAT
RATING : 4/5

ulasan oleh:
Puan Zalina binti Ahmad
Ketua Perpustakaan Daerah Temerloh

BUKU: Manusia Makhluk Istimewa oleh Abd. Rahman Rukaini

BUKU: Manusia Makhluk Istimewa oleh Abd. Rahman Rukaini

 No Perolehan:  03741
Call No. : 297 ABD
ISBN: 983-62-3550-7
Bahasa: Bahasa Melayu
Kategori: Agama

Ulasan : Tanggunjawab manusia sebagai khalifah allah.

Judul:  Manusia Makhluk Istimewa  
Pengarang: Abd. Rahman Rukaini
Penerbit: DBP
Tahun Terbit: 1995
Harga: RM 7.00
Muka surat: 34 M/s
Rating : 3

ulasan oleh:
Encik Mohd Hazairi bin Ariffin
Ketua Perpustakaan Daerah Bera


BUKU: Harta Yang Menyeret Ke Neraka oleh Firdaus Shahidin

 BUKU: Harta Yang Menyeret Ke Neraka  oleh Firdaus Shahidin

No Perolehan:  DBER 05247
Call No. : 297.22 FIR
ISBN: 9789670392585
Bahasa: Bahasa Melayu
Kategori: Agama

Ulasan : Masyarakat kita merasakan harta adalah segala-galanya. Namun jika tidak berhati-hati nescaya kita semua boleh terperangkap jatuh ke dalam lembah kehinaan dan kemungkaran.

Judul:  Harta Yang Menyeret Ke Neraka 
Pengarang: Firdaus Shahidin
Penerbit: Mustread Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 14.40
Muka surat: 165 M/s
Rating : 4/5

Ulasan oleh:
Encik Mohd Hazairi bin Ariffin
Ketua Perpustakaan Daerah Bera

Sunday, June 7, 2015

Baju Batik PPAP 2015

Ini adalah baju batik terbaru yang dipakai oleh kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Baju batik ini mula dipakai semasa Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PPAP pada 28.2.201.
Sesi bergambar khas bersama kakitangan yang memakai baju batik baru pada hari tersebut.

Sunday, May 31, 2015

Pengantin Baru Hamidi Majid

Selamat pengantin baru.
 1. Bersama rakan-rakan perpustakaan.
2. Bersama Puan Murni.

Sunday, May 24, 2015

Perpustakaan Mini Kejiranan - Berita Harian 2 Mac 2015 Isnin

petikan berita
Littel Free Library diperkenalkan di Australia kini ada di Nilai Impaian menurut Berita Harian 2 Mac 2015 Isnin dalam Ruangan Sastera.

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nor Azzah Momin tampil dengan inisiatif baharu sejak Disember tahun lalu dengan meletakkan rak di perkarangan rumahnya di Nilai yang dinamakan Little Free Library Nilai Impian.

Beliau mendapat ilham mewujudkan perpustakaan mini selepas mengatahui kewujudan komuniti Little Free Library di Australia yang berjaya mewujudkan jaringan secara dalam talian sehingga diperluaskan di serata dunia.

Kini beliau adalah pelopor pertama konsep ini di Malaysia.

Sedikit ralat daripada berita tersebut.
LFL Nilai Impian ditubuhkan setelah membaca berita mengenai gerakan seumpamanya di Wisconsin, USA. 

Tuesday, May 19, 2015

SEMINAR KECEMERLANGAN PENGURUSAN LEAN 2 Jun 2015

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan mengadakan Seminar Kecemerlangan Pengurusan LEAN seperti berikut:

SEMINAR KECEMERLANGAN PENGURUSAN LEAN
Impak Perlaksanaan Penambahbaikan Kaizen, ICC dan 5S

Tarikh: 2 Jun 2015 (Selasa)
Tempat: Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan
Masa: 08.00 pagi 05.00 petang
Yuran: RM 159.00
(Kadar yuran termasuk minum pagi, makan tengahari dan minum petang)


Objektif seminar ini adalah supaya peserta memperolehi :

1. Pengetahuan dan kefahaman mengenai program-program berlandaskan  kepada Pengurusan Lean dan Team Excellence anjuran MPC.

2. Kefahaman tentang faedah dan keberkesanan Pengurusan Lean melalui amalan penambahbaikan seperti Kaizen, ICC, 5S untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing organisasi.

3. Panduan untuk melaksanakan program-program penambahbaikan proses daripada organisasi-organisasi yang berjaya dalam mengamalkan ICC, 5S dan Pengurusan Lean melalui sesi perkongsian amalan terbaik.

Penyertaan boleh dibuat sebelum 29 Mei 2015.
(TEMPAT TERHAD ! DAFTAR SEGERA!)

PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA WILAYAH PANTAI TIMUR (KUANTAN)
Aras 7, Wisma TNB,
Lot 14, Syeksyen 19,
25000 Jalan Gambut, Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-513 1788
Faks : 09-513 8903
H/P : 016-978 6014

Karnival Kuantan Berekreasi Dan Mesra Komuniti 2015

Karnival Kuantan Berekreasi Dan Mesra Komuniti akan diadakan pada 23 Mei 2015 (Sabtu) bertempat di Cerating, dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam. Anda semua dijemput menyertai aktiviti dan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.
TARIKH:23 MEI 2015
MASA:8:00 PAGI HINGGA 10:30 MALAM
TEMPAT:PANTAI CHERATING

7.00 PAGI :
PENDAFTARAN PESERTA / WARGA MPK

7.45 PAGI:
NYANYIAN LAGU NEGARAKU DIIRINGI ORKESTRA SEMSAS
TARIAN PEMBUKAAN

8.00 PAGI:
PELEPASAN ACARA BASIKAL DAN PERASMIAN "Fun Ride 35 Km Edisi Cerating 2015"
-Kayuhan 35km
-Kayuhan 5km

9.00 PAGI:
SENAMROBIK:
-SUKANEKA(JPP, JKK,PELANCONG)
-ACARA SUKAN(JKK/ IPTA/IPTS DLL)
-BOLA JARING PANTAI & BOLA SEPAK PANTAI
-PAMERAN ULAR DAN ARNAB
-PHOTO BOOTH ( TIME TUNNEL)
-DEMONSTRASI PERMAINAN GASING,LAYANG-LAYANG & MENCANTING BATIK

11.00 PAGI:
KETIBAAN KONVOI & PAMERAN KERETA ANTIK

12.00 T/HARI:
PERSEMBAHAN PENTAS

1.00 PETANG :
REHAT & SOLAT ZUHUR

[Borang Penyertaan]

Sunday, May 17, 2015

Aktiviti Keceriaan PD Sungai Lembing Kuantan

Bagi menambah minat pengunjung ke perpustakaan, Perpustakaan Desa Sungai Lembing telah menjalankan aktiviti mengecat bangunan perpustakaan. Mungkin elok juga diceritakan serba sedikit tentang sejarah Sungai lembing sambil mengecat. "Jarak di antara Sg Lembing dengan bandar Kuantan ialah kira-kira 42km dan mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 45 minit dengan menaiki kenderaan sendiri dan 1 jam dengan menaiki bas awam."
 1. Berikutan kedudukan Sg Lembing yang agak jauh dari bandar, maka ramai yang tidak menyedari akan keunikan yang terdapat di sini, seperti keindahan alam semulajadi dan sejarahnya yang tersendiri.
 2. Pada zaman kegemilangannya, Sungai Lembing dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, hospital, kedai, balai polis, rumah kediaman, sistem pengangkutan yang baik dan lain-lain lagi. Dianggarkan penduduk Sungai Lembing ketika itu ialah berjumlah 10,000 orang penduduk.
 3. Namun dalam meniti zaman kegemilangan tersebut, Sungai Lembing digugat oleh beberapa peristiwa hitam. Antaranya ialah kebakaran bangunan-bangunan kedai pada tahun 1921, kejadian banjir besar pada 1926, penjajahan Jepun pada 1941-1945 dan ancaman komunis pada tahun 1950-an.
 4. Segala peristiwa itu menyebabkan PCCL terpaksa membelanjakan wang yang besar untuk membangunkan semula Bandar Sungai Lembing.
 5. Namun demikian, tamparan paling hebat adalah kejatuhan harga timah di pasaran dunia pada tahun 1985 yang menyebabkan PCCL mengalami kerugian dan terpaksa menghentikan operasinya. Aktiviti-aktiviti di Bandar Sungai Lembing menjadi perlahan dan begitu juga ekonomi hariannya.
6. Penutupan lombong bijih timah memberi banyak kesan negatif kepada Bandar Sungai Lembing. Ia telah merubah wajah bandar ini yang sebelum ini riuh menjadi sunyi sepi. Bilangan penduduk mulai berkurangan, dan ramai yang berhijrah mencari rezeki ke tempat lain. Bandar Sungai Lembing pada saat ini menjadi seperti bandar mati kerana suasananya begitu suram.

 7. Kini Perpustakaan Desa Sungai Lembing memainkan peranan bagi memulihkan kegemilangan asal Sungai Lembing.
8. Perpustakaan Desa Sungai Lembing juga bersedia menerima kedatangan pelancong yang cenderung kepada 'READING TOURISM'. Perkara ini bertepatan apabila Perbadanan perpustakaan Awam Pahang adalah salah satu agensi yang berada dibawah Exco Pelancongan.

Rujukan:
http://hanila-sepanjangjalanpulang.blogspot.com/2013/03/jejak-sejarah-di-pekan-koboi-sg-lembing.html


Sunday, May 10, 2015

Kemalangan suatu dugaan

Berhati-hati dan berdoa adalah usaha yang mampu dilakukan oleh kita. Sama-sama kita saling ingat mengingati.
Moga kita dijauhkan dari dugaan ini.

Sunday, May 3, 2015

Karnival Literasi Falak dan Promosi Sahabat Perpustakaan Awam (SPA) PPAP

Setiap urusan kehidupan umat, sama ada ibadat khusus atau tidak, tetap melibatkan ilmu falak.

1. Sistem waktu
Al-Quran menyatakan watu solat itu ‘ditetapkan waktunya’. Namun sebilangan besar daripada umat Islam, tidak tahu bagaimana waktu itu diukur dan ditentukan. Apalagi tentang bagaimana waktu solat itu diukur dan ditentukan?

2. Sistem tarikh dan takwim
Urusan puasa, zakat dan haji, malah urusan peribadi dan kekeluargaan seperti nikah, cerai dan rujuk, serta haid dan nifas, pasti melibatkan aspek tarikh dan takwim, yang sewajarnya diberi perhatian penting. Sebarang kekeliruan perlu diatasi supaya tiada keraguan kerana ia berhubung rapat dengan aspek kesempurnaan ibadat itu sendiri.

3. Fenomena alam
Apabila alam itu berfungsi dan beroperasi menurut sunnatullah, menurut sistem yang telah diatur oleh Yang Maha Kuasa, dengan ‘kebenaran’ menghitung bilangan tahun dan ‘hisab’, maka ‘penghitung’ akan menemui fenomena-fenomena tertentu dalam hitungan kedudukan cakerawala bagi penyusunan takwim. Penentuan kedudukan jasad samawi yang lain, seperti fenomena gerhana (eclipse), ijtimak (conjunction), istiqbal (opposition) dan lain-lain fenomena berlaku menurut turutan waktu yang tertentu. Ada yang berulangan secara ‘banyak-banyak’, ‘jarang-jarang’, ‘sedikit-sedikit’ dan ‘kadang-kadang’.

Namun tiada satu pun dalam falak fenomena ini dianggap luarbiasa atau ‘ajaib’, kerana luarbiasa dan ajaib hanya wujud pada fenomena yang berlaku secara ‘mukjizat’, ‘karamah’, dan sebagainya, bukan secara hitungan falak.

Fenomena yang berlaku secara hitungan falak dianggap ‘kehebatan’ sistem alam semesta ciptaan Maha Agung, yang begitu terperinci, hingga memerlukan hitungan matematik dengan angka perpuluhan yang besar.

Bagi menyebar luas ilmu ini Perpustakaan Awam Daerah Pekan bersama Pejabat Mufti pahang telah mengadakan program Literasi Falak.

Tarikh: 26 Februari 2015 bersamaan 7 Jamadilawal 1436H.
Masa: 9.00 pagi hingga 11.00 malam
Tempat: Dewan Utama MUIP
Pengisian:
Ceramah Falak
Pameran Falak
Simulasi Falak
Cerapan Langit.

 1. Encik Shahrin Bin Ahmad dari falak-online menyampaokan hadiah kepada En Amin Arif dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
 2. Turut diadakan adalah aktiviti simulasi falak diluar dewan.
 3. Peserta ditunjukkan oleh encik Shahrin tentang pelbagai bentuk bintang.
 4. Mnedengar ceramah literasi falak sungguh menarik minat peserta.
 5. Karnival Literasi Falak dan Promosi Sahabat Perpustakaan Awam (SPA) PPAP
 6. Karnival Literasi Falak dan Promosi Sahabat Perpustakaan Awam (SPA) PPAP dirasmikan oleh Dato Mufti Pahang
7. Peserta ditunjukkan oleh encik Shahrin tentang pelbagai bentuk bulan.

Link

Rujukan:
https://hikmatun.wordpress.com/2007/01/07/definisi-ilmu-falak/