Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Saturday, September 26, 2015

EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015: 26 Sept.2015 Sabtu

26 Sept.2015 Sabtu
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015

11 Pg - Diskusi Buku "Berlumba Dengan Ayam"
1 Ptg - Bicara Selebriti Bersama Heliza Helmi
3 Ptg - Kuali Pts Bersama Chef Hanieliza
5 Ptg - Pelancaran Buku Casamas Oleh Mejar (B) Qayyum Flash Mob Palestin Oleh Abim

Semua Jadual Tertakluk Pada Perubahan Semasa

Friday, September 25, 2015

Acara Korban PPAP bersama Kelab Warga Emas Kuantan

 01. MENURUT Dr Yusuf Al-Qaradhawi ibadat korban ialah sunat muakkad (dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqh.
 02. Dalam mazhab Imam Abu Hanifah, ia dipandang sebagai ibadat wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan tuntutannya daripada fardu dan lebih berat daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara fardu dan wajib, tidak sebagaimana imam lain).
 03. Hukum wajib ini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dikira berdosa sekiranya mereka daripada golongan berkemampuan dan berkedudukan.
 04. Diriwayatkan satu hadis marfu' daripada Abu Hurairah, maksudnya : "Sesiapa yang mempunyai kelapangan, namun tidak mengerjakan ibadat korban, maka jangan sesekali mendekati musalla kami." (Hadis riwayat Al-Hakim)
 05. Juga diriwayatkan bahawa apabila beliau ditanya mengenai ibadat korban, beliau menjawab: "Itulah sunnah daripada bapamu, Ibrahim." (Hadis riwayat At-Tarmizi dan Al-Hakim)
 06. Oleh itu, ibadat korban dikira sama ada sunnah muakkad atau wajib. Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan makruh jika seseorang yang mempunyai kelapangan tidak mengerjakan ibadat korban.

 07. Menurut mazhab Imam Al-Syafie, hukumnya sunat muakkad iaitu sebagai ibadat tambahan yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah pada masa hayatnya. Baginda dilaporkan pernah berkorban dua biri-biri besar bagi diri, keluarga dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu berkorban.
 08. Bagaimanapun kebanyakan ulama berpendapat korban hanya sunat.
 09. Seseorang tidak dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah berkorban seumur hidupnya. Jika tidak berkorban kerana tidak berkemampuan, anggaplah bahawa Nabi berkorban bagi pihak umatnya.
 10. Berpandukan amalan korban yang dilakukan oleh Rasulullah yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak diri, keluarga dan umatnya, maka ulama berpendapat memadai jika seorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.
 11. Bagi yang mampu digalakkan memilih ternakan yang terbaik untuk dikorbankan. Rasulullah setiap kali berkorban memilih ternakan yang baik, sihat dan gemuk.
 12. Muslim meriwayatkan daripada Anas mengatakan Rasulullah saw menyembelih korban dengan dua kibas yang terbaik dengan tangannya sendiri dengan membaca Bismillahi dan bertakbir dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibasnya itu.
 13. Ada syarat ditetapkan iaitu ternakan yang hendak dikorbankan mesti cukup umur, sihat dan sempurna sifatnya yakni tidak mengalami kecacatan.
 14. Haiwan ternakan betina pula perlu dipastikan tidak mengandung ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap sah jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang mengandung.
 15. Mengikut amalan sunnah dalam pembahagian daging korban ialah satu pertiga untuk diri dan keluarga, satu pertiga untuk jiran tetangga manakala satu pertiga untuk golongan fakir dan miskin.
 16. Namun seandainya disedekahkan semuanya kepada orang lain, itu lebih baik dan sempurna. Bagaimanapun, digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarga sebagai tabarruk.
 17. Allah mensyariatkan waktu untuk melakukan ibadat korban ialah selepas solat hari raya pada 10 Zulhijjah. Ia juga boleh dilakukan pada tiga hari selepasnya iaitu hari yang dinamakan sebagai hari tasyrik.
18. Ada masyarakat beberapa golongan yang silap faham, lalu melakukan ibadat korban pada malam hari raya. Ini ialah satu amalan yang tidak menepati sunnah dan jika dilakukan juga, sembelihan itu tidak dikira sebagai ibadat korban.

Begitu juga dalam permasalahan pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging korban dibahagi tujuh, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala) diperuntukkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Ini sama sekali tidak dibenarkan. Setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh menjadi upah.

sumber:
http://ibadatkorban.blogspot.my/2008/09/ibadat-korban-adalah-ibadat-sunat-yang.html

Thursday, September 24, 2015

Buku: THE JUNGLE IS NEUTRAL: A SOLDIER'S TWO-YEAR ESCAPE FROM THE JAPANESE ARMY oleh F. Spencer Chapman.

BUKU: THE JUNGLE IS NEUTRAL: A SOLDIER'S TWO-YEAR ESCAPE FROM THE JAPANESE ARMY oleh F. Spencer Chapman.

ISBN: 9789814516389
Call No.: 940.5425
Harga: RM55.00
Penulis: F. Spencer Chapman
Tahun Diterbitkan: 2014
Penerbit : Marshall Cavendish
Bahasa : Inggeris

Pada tahun 1942 Jepun telah berjaya menakluki Malaysia dan Singapura. Setelah 70 hari memberi tentangan yang hebat, tentera Britain tewas dan bermulalah pendudukan askar Jepun yang kejam.

Namun peperangan masih berterusan. Dalam ranjau dan onak duri hutan tebal Malaysia, beberapa askar Britain yang berani tidak meninggalkan Tanah Melayu untuk meneruskan perjuangan.

Buku ini menceritakan pengalaman penulis selama 3 tahun tinggal di hutan tebal tanah melayu bagi meneruskan misi memberi tentangan secara gerila terhadap tentera Jepun, dalam pada masa yang sama melatih rekrut-rekrut baharu dengan tujuan memberi tentangan subversif bagi melumpuhkan pendudukan tentera Jepun itu.

Berlatarbelakangkan hutan tebal, hujan tropika, banjir, serangan penyakit, ancaman haiwan liar, penulis menceritakan dengan teliti pengalaman ‘survival’ beliau sepanjang operasi. Antara cabaran yang terpaksa ditempuhi adalah perjalanan yang jauh melalui denai hutan dengan bantuan yang minima dari pihak atasan.

Naskah ini menceritakan secara terpeinci peperangan di hutan tropika sehingga diangkat menjadi bahan rujukan oleh pasukan-pasukan tentera di seluruh dunia. Aksi-aksi peperangan gerila ditampilkan dengan begitu menarik termasuk meletupkan jambatan, memotong jalan perhubungan, memasang bom pada kenderaan musuh.

Sepanjang 3 tahun itu bila tidak terlibat dalam serangan atau melarikan diri dari buruan pihak Jepun, penulis menceritakan pengalaman ikhtiar hidup beliau di hutan rimba. Memburu haiwan liar, merawat penyakit dan kecederaan dan semua ini berlaku di Malaysia sepanjang pendudukan jepun di tengah-tengah hutan tebal, jauh dari pandangan mata kasar.

Satu pengkisahan sejarah melalui perspektif berbeza yang bernilai tinggi dan sesuai dibaca oleh pengkaji sejarah, pelajar dan masyarakat umum.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis

Tuesday, September 22, 2015

Buku: Pokok Yang Boleh Berkata-kata oleh Noor Aishah Rosli

Buku: Pokok Yang Boleh Berkata-kata oleh Noor Aishah Rosli

No Perolehan: 11/00200
Call No: D
ISBN: 9789675122446
Bahasa: Melayu
Kategori: Fiksyen

Ulasan: Pokok, bukit dan sungai bakal berdepan dengan masalah yang besar. Sekumpulan manusia telah datang dan mengadakan satu rancangan untuk membangunkan kawasan di sekitar tempat mereka.

Mereka dapat mengagak bahawa nasib mereka akan berubah. Pencemaran dan pencerobohan bakal berlaku dan merosakkan tempat mereka.

Judul: Pokok Yang Boleh Berkata-kata
Pengarang: Noor Aishah Rosli
Penerbit: Nur Johan Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM
Muka surat: 12
Rating : ?/5

Saturday, September 19, 2015

Buku: Virus Syiah : Menjawab persoalan kesesatan Syiah oleh Ku Muhamad Asmadi

Buku: Virus Syiah : Menjawab persoalan kesesatan Syiah oleh Ku Muhamad Asmadi

JUDUL BUKU:Virus Syiah : Menjawab persoalan kesesatan Syiah
NO. PANGGILAN:297.2042
ISBN:978-967-0525-39-6
PENERBIT:Yamani Angle Sdn Bhd
TARIKH / TAHUN:2014
EDISI BAHASA:Bahasa Melayu
HARGA:21.00
ULASAN:     

Syiah menyimpan sejarah dendam yang begitu lama terhadap umat Islam yang dikenali sebagai Sunni.  Terpencil dan merosotnya pengaruh menyebabkan mereka tidak menonjolkan diri, jauh sekali mahu melunaskan dendam tersebut.  Namun itu tidak bererti mereka sudah lupa dan mengabaikan dendam tersebut.  Bagi mereka Sunni tetap di pihak yang salah kerana telah menyelewengkan Islam menyebabkan darah dan harta orang Sunni “halal”.

Pendedahan dan hakikat sebenar Syiah yang diketengahkan dlaam buku ini menyerlahkan siapa sebenarnya yang menyelewengkan Islam.  Ketahuilah hakikat sebenar Syiah agar selamat akidah dan terhindar bahaya dendam kesumatnya.  Ikuti selanjutnya dalam buku Virus Syiah.

Thursday, September 17, 2015

Buku: Apa yang perlu anda ketahui tentang kanser payudara oleh NORSA’ADAH BACHOK


JUDUL BUKU: Apa yang perlu anda ketahui tentang kanser payudara oleh
PENGARANG:NORSA’ADAH BACHOK
NO. PANGGILAN:616.99449
ISBN:978-983-46-1229-0
PENERBIT:Dewan Bahasa dan Pustaka
TARIKH / TAHUN:2014
EDISI BAHASA:Bahasa Melayu
HARGA:RM28.00

ULASAN:     

Setiap wanita adalah berisiko untuk menghidap kanser payudara!  Lebih membinbangkan jika ada ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit tersebut, risikonya akan bertambah lagi.

Satu fakta yang bukan rekaan, menggerunkan tetapi itulah kenyataannya. Kisah benar perjalanan hidup pensakit kanser menghadapi derita kesakitan sehingga menghembuskan nafas terakhir begitu memilukan dan perlu dijadikan iktibar kita semua.
       
Buku Apa yang perlu anda ketahui tentang kanser payudara mengandungi perincian tentang semua aspek berkaitan kanser payudara. Maklumat dalam buku ini adalah untuk menyedarkan semua golongan wanita betapa pentingnya melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan menjalani ujian saringan kesihatan sebagai langkah pencegahan awal.

Kesakitan sehingga menghembuskan nafas terakhir begitu memilukan dan perlu dijadikan iktibar kita semua.
       
Buku Apa yang perlu anda ketahui tentang kanser payudara mengandungi perincian tentang semua aspek berkaitan kanser payudara.

Maklumat dalam buku ini adalah untuk menyedarkan semua golongan wanita betapa pentingnya melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan menjalani ujian saringan kesihatan sebagai langkah pencegahan awal.

Ulasan oleh
Fazilarwati bt. Abdul Hadi
KPC Jengka

Tuesday, September 15, 2015

Buku: Petua Awet Muda dan Langsing oleh Pn Amina Noor

Buku: Petua Awet Muda dan Langsing oleh Pn Amina Noor

No Perolehan: 06/00199
Call No: D 610
ISBN: 9832672252
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains dan Teknologi

Ulasan: Dalam banyak perkara, perempuan berlainan dengan lelaki meskipun ada anggota badan perempuan dan lelaki sama tetapi masih ada lagi anggota yang berbeza dan cara penjagaan juga perlu dititikberatkan.

Yang berbeza adalah bahagian seksual yang banyak masalah bagi wanita. Umumnya dalam budaya kita bahagian seksual memang tidak akan bercerita dikhalayak ramai kerana ia sangat peribadi.

Dalam buku ini dapat menyisihkan rasa segan dan malu kerana tidak mengenal selok belok tubuh badan sendiri. Buku ini menerangkan bagaimana cara untuk melindungi dan menjaganya dengan sempurna.

Judul: Petua Awet Muda dan Langsing
Pengarang: Pn Amina Noor
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Tahun Terbit: 2005
Harga: RM15.00
Muka surat: 238
Rating : ?/5

Disediakan oleh:
Mohd Amin bin Saad
Zon 6 Rompin

Saturday, September 12, 2015

Buku: A Doctor In The House : The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad

 sumber : http://faisal59.blogspot.com/2011/06/doctor-in-house-memoirs-of-tun-dr.html

Buku: A Doctor In The House : The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad

JUDUL BUKU: A Doctor In The House : The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad
NO. PANGGILAN:923.2595 MAH
ISBN:978-967-5997-22-8
PENERBIT:MPH Publishing
TARIKH / TAHUN:11/12/2012
EDISI BAHASA:Bahasa Inggeris
HARGA:RM 100.00
ULASAN:

Ia mengisahkan perjalanan hidup bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 4.Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga digelar “Bapa Pemodenan” telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun bermula dari tahun 1981 hingga 2003. Sepanjang 22 tahun kepimpinan beliau, Malaysia mengalami pembangunan yang sangat pesat dan moden. Ia juga memaparkan suka duka Tun Dr. Mahathir sepanjang sangat pesat dan moden. Ia juga memaparkan suka duka Tun Dr. Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri.

" Menceritakan juga perjalanan hidup Tun Mahathir sejak usia mudanya sehinggalah beliau bersara daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Pelbagai kisah peribadi, kontroversi, politik dan cerita kehidupan beliau diabadikan di dalam buku ini." petikan dari sumber.




Ulasan oleh
AZHARANI

Friday, September 11, 2015

Tawaran kemasukan Maktab Tentera Diraja Sesi 2016 Tingkatan 4

PERMOHONAN KEMASUKAN PUTERA 2016 SECARA ONLINE

Permohonan Kemasukan Putera 2016 Secara Online akan dibuka pada 2 Ogos 2015 sehingga 30 November 2015.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh ajukan kepada :
Cawangan Promosi dan Pengambilan - 03 - 8946 5562

Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD 2016 Tingkatan 4 Online

Borang permohonan online MTD 2016 boleh didapati secara online menerusi

[ DISINI ]


Thursday, September 10, 2015

BUKU: Adat Istiadat Kesultanan Johor Moden oleh Abdul Rahim Ramli



 

BUKU: Adat istiadat kesultanan Johor Moden
CALL NUMBER: 390.220959511
ISBN: 978-983-52-0916-1
PENERBIT: UTM Press
TARIKH/TAHUN: 2013
EDISI BAHASA:   Bahasa Malaysia
HARGA:RM 144.00

ULASAN:

Memaparkan adat istiadat kesultanan johor dari tahun 1855 hingga 2012. Ia membantu rakyat mengethui lebih mendalam mengenai keunikan adat istiadat kesultanan johor. Ia juga memaparkan foto-foto kesultanan johor lama pada abad ke 19.

Ulasan oleh
AZHARANI

Tuesday, September 8, 2015

Buku: Nota Fikir Untuk Zikir oleh Pahrol Mohd Juoi

Buku: Nota Fikir Untuk Zikir oleh Pahrol Mohd Juoi

No Perolehan: 11/00103
Call No: D 297.57
ISBN: 9789830972602
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama Islam

Ulasan: Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas. Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku.

Fikir tanpa zikir pula akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi akan merosakkan dirinya sendiri  dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan. Penulis memilih gaya santai dan simple untuk mengocak Fikir dan Zikir pembaca.

Langkah kecil yang diharapkan adalah agar dapat menjadi pemangkin kepada yang lebih baik untuk memantapkan Fikir dan Zikir ummah.

Judul: Nota Fikir Untuk Zikir
Pengarang: Pahrol Mohd Juoi   
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM19.00
Muka surat: 169
Rating : ?/5

Disediakan oleh:
Mohd Amin bin Saad
Zon 6 Rompin

Sunday, September 6, 2015

EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015

EKSPO BUKU ISLAM 14, PAHANG
26 SEPT - 4 OKT 2015
KUANTAN PARADE,KUANTAN
10.00 PAGI - 9.00 MALAM
★ Buku terbaik dan terbaharu daripada penerbit-penerbit terkenal tanahair
★ Diskaun yang menarik.
★ Pelbagai aktiviti menarik
★ Wang tunai bagi cabutan bertuah!

Datang beramai-ramai! Jumpa anda di sana.

26 SEPT.2015 SABTU
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015
11 pg - DISKUSI BUKU "BERLUMBA DENGAN AYAM"
1 ptg - BICARA SELEBRITI BERSAMA HELIZA HELMI
3 ptg - KUALI PTS BERSAMA CHEF HANIELIZA
5 ptg - PELANCARAN BUKU CASAMAS OLEH MEJAR (B) QAYYUM FLASH MOB PALESTIN OLEH ABIM

27 SEPT. 2015 AHAD
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015
11 pg - MATEMATIK MUDAH BERSAMA EZ MATH
12 tgh - DARI MIMBAR WARTAWAN OLEH SYAFIQ ZULAKIFLI
1 pt - SEBARKAN BAHAGIA BERSAMA USTAZAH FATIMAH SYARHA
2 pt - PERKONGSIAN ILMU DATO' ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ
3 pt - SLOT BERSAMA DUTA AMAN PALESTIN (MAULANA AF)
4 pt - DISKUSI BUKU "USTAZAH, NAK TANYA SIKIT" OLEH USTAZAH FATIMAH SYARHA
5 pt - PERBADANAN KOTA BUKU
6 pt - MATEMATIK MUDAH BERSAMA EZ MATH

28 SEPT.2015 ISNIN
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015
11 pg - RAPTAI PERASMIAN EKSPO BUKU ISLAM 14,PAHANG
1 pt - MAJLIS PERASMIAN EKSPO BUKU ISLAM 14, PAHANG
6 pt - MATEMATIK MUDAH BERSAMA EZ MATH

29 SEPT.2015 SELASA
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015
11 pg - PERTANDINGAN BERCERITA: KISAH NABI MUHAMMAD
1 pt - "UBAH HIDUP DENGAN UBAH CARA KITA BERFIKIR" OLEH MEJAR (B) QAYYUM
6 pt - MATEMATIK MUDAH BERSAMA EZ MATH

30 SEPT.2015 RABU
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015
11 pg - BILAL JUNIOR : PERTANDINGAN AZAN DAN IQAMAT
1 pt - "SMASH KUASA MINDA USAHAWAN" OLEH CASAMAS RESOURCES
6 pt - MATEMATIK MUDAH BERSAMA EZ MATH

1 OKTOBER 2015 KHAMIS
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015
10 pg - SPELLING BEE JAWI
6 pt - MATEMATIK MUDAH BERSAMA EZ MATH

2 OKTOBER 2015 JUMAAT
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015
10 pg - SEMINAR KEKELUARGAAN BERSAMA USTAZAH FATIMAH SYARHA (DEWAN PPAP)
6 pt - MATEMATIK MUDAH BERSAMA EZ MATH


3 OKTOBER 2015 SABTU
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015
10 pg - DISKUSI BUKU "TERIMA KASIH MURABBI" OLEH DR.FARHAN HADI
11 pg - SOLAT & SELAWAT BERSAMA USTAZ DON DANIYAL
12 tgh - PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PU AZMAN
1 pt - FORUM  INSPIRASI I-MEDIA BERSAMA USTAZ ROHIDZIR RAIS,  USTAZ ZUHDI & USTAZ NIK NIZAM
3 pt - SLOT PERKONGSIAN BERSAMA SYRIA CARE
5 pt - "MEMILIH UNTUK BERJAYA" OLEH MEJAR (B) QAYYUM
6 pt - FLASH MOB PALESTIN OLEH AMAN PALESTIN PAHANG

4 OKTOBER 2015 AHAD
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015
11 pg - BINTANG MELAYU DI LANGIT TURKI OLEH DR.MAT ROFA ISLMAIL
12 tgh - PERKONGSIAN ILMU BERSAMA GALERI ILMU
2 Pt - PERKONGSIAN ILMU OLEH USTAZ ALWI AL-ATAS
4 pt - DISKUSI BUKU "HARTA YANG MENGHERET KE NERAKA" OLEH FIRDAUS SHAHIDIN
6 pt - MATEMATIK MUDAH BERSAMA EZ MATH

SEMUA JADUAL TERTAKLUK PADA PERUBAHAN SEMASA 

Thursday, September 3, 2015

Buku: The Tao of Muhammad Ali The Man The Legend oleh Davis Muler


Buku: The Tao of Muhammad Ali The Man The Legend oleh Davis Muler

JUDUL BUKU: Muhammad Ali The Man The Legend
CALL NUMBER:796.8
ISBN:978-0-099-75341-4                       
PENERBIT: Vintage Books
TARIKH/TAHUN:31/12/2014
EDISI BAHASA: B. Inggeris
HARGA:RM 41.44

ULASAN:

Mengisahkan perjalanan hidup seorang peninju dunia Muhammad Ali  menjadi seorang peninju. Ia juga memaparkan suka duka Muhammad Ali ketika menganut agama islam ketika namanya sedang memuncak.

Ulasan oleh:
AZHARANI

Buku : 366 Cerita Pengembaraan oleh Stephen Micheal

Buku : 366 Cerita Pengembaraan oleh Stephen Micheal

No Perolehan    : DPEK 08283
Call No.    : FM MIC
ISBN        : 978-967-364-172-7
Bahasa        : Melayu
Kategori    : Fiksyen Melayu (Kanak-Kanak)

Ulasan :

Kanak-kanak amat menyukai cerita-cerita tentang pengembaraan. Cerita-cerita sebegini membuatkan mereka berfikir serta menjadikan mereka seorang pendengar yang baik. Himpunan cerita di dalam buku ini juga sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan bagi golongan remaja jua. Lazimnya, kanak-kanak seringkali mendengar cerita-cerita dongeng seperti cerita pari-pari, cerita tentang raja dan permaisuri ataupun cerita-cerita yang melibatkan watak-watak manusia mahupun haiwan.

366 Cerita Pengembaraan ini lebih berfokus kepada peristiwa serta perkara yang mendebarkan, bahaya dan juga berisiko. Kanak-kanak boleh mempelajari bagaiaman karakter-karakter ataupun watak-watak di dalam cerita ini terselamat daripada bahaya serta bagaimana mereka menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul sepanjang pengembaraan mereka. Secara tidak langsung, ia menjadi insparasi buat kanak-kanak dalam menjalani kehidupan seharian serta bersedia menghadapi sebarang masalah yang timbul.

Kanak-kanak amat menggemari watak-watak yang berani, bijak menyelesaikan masalah dan berjaya dalam hidup. Cerita-cerita sebegini dapat membentuk sikap serta pemikiran mereka ke arah yang positif. Semoga kanak-kanak dapat menikmati cerita yang dihidangkan di dalam buku ini. Selamat Membaca.
               
Judul        : 366 Cerita Pengembaraan oleh Stephen Micheal
Pengarang    : Stephen Micheal
Penerbit    : Edukid Publication Sdn. Bhd.
Tahun Terbit    : 2015
Harga        : RM 31.92
Muka surat    : 211
Rating        : 4/5

Disediakan Oleh :
Pn. Noraziah Binti Abd. Razak
PD Paloh Hinai

Seminar Penerapan Etika Penggunaan Media Sosial

 01.
Media sosial merujuk kepada sejenis saluran komunikasi dalam talian yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah secara bebas, berkongsi dan membincangkan maklumat dengan menggunakan gabungan multimedia yang terdiri daripada teks, gambar,video dan audio.
 02.
 Media sosial merupakan saluran komunikasi penting masa kini untuk membolehkan pegawai awam berhubung antara satu sama lain dan bertukar pandangan dengan rakyat. Terdapat pelbagai kategori penggunaan media sosial yang digunakan secara meluas dalam Perkhidmatan awam.
 03
 Pengguna media sosial sewajarnya mengambil kira aspek keselamatan yang menitikberatkan kepada melindungi hak privasi, ketirisan maklumat dan mengelakkan penyamaran identiti. Justeru itu,langkah memastikan perkakasan dan perisian yang digunakan untuk mengakses media sosial dapat meningkatkan tahap keselamatan pengurusan media sosial.
 04
 Aspek tanggungjawab pengguna yang berkaitan dengan pengurusan keselamatan media sosial:
-memastikan alamat emel dan kata laluan rasmi tidak digunakan dalam akaun peribadi media sosial.
-mengelakkan sama sekali daripada membenarkan individu lain menggunakan identiti dan kata laluan akaun pegawai awam.
-keluar dari media sosial apabila tidak digunakan bagi mengelakkan kecurian identiti.
-mengelakkan perkongsian maklumat peribadi daripada dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
-mengelakkan dari memuat turun aplikasi yang tidak diketahui tahap keselamatannya.
 05
 Sepanjang menggunakan media sosial samada untuk tujuan rasmi atau peribadi, pegawai awam perlu memastikan etika penggunaan media sosial seperti yang berikut:
1. Semua pegawai awam adalah terikat dengan terma dan syarat yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan arahan-arahan yang berkaitan yang menjadi teras kepada keperibadian atau tatakelakuan anggota perkhidmatan awam.
 06
 2. Prinsip-prinsip penggunaan media sosial oleh pegawai awam sama ada dalam urusan rasmi ataupun peribadi adalah sama seperti yang terpakai bagi media-media yang lain. Media sosial merupakan forum awam di mana prinsip-prinsip yang sama diambil kira sebagaimana pengucapan awam ataupun penulisan secara rasmi atau tidak rasmi.
 07
 3. Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat samada menerusi peralatan komputer atau alat mudah alih yang dibekalkan oleh pejabat ataupun melalui peralatan peribadi.
 08
 4. Pegawai awam boleh menggunakan media sosial secara peribadi di luar waktu pejabat tetapi perlu berhati-hati supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat rasmi. Pegawai awam dilarang mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti politik kecuali telah mendapatkan kelulusan Ketua Perkhidmatan Awam.
 09
 5. Sebarang komen mengenai isu-isu yang melibatkan agensi atau yang berbentuk serangan peribadi hendaklah dielakkan.

6. Ketepatan dan sensitiviti maklumat yang ingin disampaikan hendaklah disemak terlebih dahulu sebelum dihantar.
 10
 7. Pegawai awam perlu memastikan perkongsian dan penggunaan maklumat yang berkaitan dengan hak cipta dan harta intelek telah mendapat kebenaran daripada pihak yang berkenaan.

8. Sekiranya terdapat kesilapan pada sebarang maklumat yang telah dihebahkan, akui pada umum, buat pembetulan dan mohon maaf kepada pihak yang berkaitan secara terus dalam laman sosial yang terlibat.
 11
 Peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan penggunaan media sosial adalah seperti yang berikut:
 12
 • Akta Rahsia Rasmi 1972.
• Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
• Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
• Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 17 Julai 2009 bertajuk “Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam”.
13
• Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 19 Nov 2009 bertajuk “Penggunaan Media Sosial Di Sektor Awam”.
• Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 8 April 2011 bertajuk “Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam”.

sumber:
www2.risda.gov.my/kertaskerja/files/7.pptx

Tuesday, September 1, 2015

(1) Sejarah Tokoh Pahang IPIM 2015

Program: Seminar Tokoh Sejarah Pahang serta Sambutan Merdeka 2015
Tarikh: 27.8.2015
Masa: 7.30 pagi hingga 10.30 malam
Tempat: Dewan Terbuka Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota Kuantan, Pahang.
Perasmi: YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang
Anjuran: Persatuan Waris Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim @ Che Endut.

Berikut adalah koleksi gambar sekitar program tersebut. Serta diselitkan dengan kata-kata mutiara supaya kita sama-sama dapat motivasi diri.
 “Sama menolong sama beruntung.”
 Tok Mat Kilau kata" kalau makan bubur yang panas, bermulalah dari tepi"
 “Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang terkulai.”
 “Soal bahagia letaknya di hati, maka jadikan hati supaya mampu tersenyum.”
 “Jangan terlalu hairan melihat pelangi tapi hairanlah kepada diri kita yang boleh sampai merasa hairan.”
 “Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi otak ligat berputar untuk menipu.”
 “Biar miskin asalkan bergaya tetapi kalau dah miskin macam mana nak bergaya.”
 “Kalau ketawa jangan lupa disertakan dengan senyum sebab ketawa bercampur senyum itu benar-benar ketawa.”
 “Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang tapi sampai tak pernah senang.”
“ Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.”
“ Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.”
 “ Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.”
“Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”

sumber asal mutiara kata: cahayapurnama.com

Buku: Misi 2050 oleh Hafizul Osman

Buku: Misi 2050 oleh Hafizul Osman

No Perolehan: 12/00169
Call No: D
ISBN: 9789670201115
Bahasa: Melayu
Kategori: Fiksyen

Ulasan: Pada tahun 2050 dunia sudah berubah, tiada lagi konsep Negara Bangsa bilamana Negara-negara membentuk blok.

Di Barat Bersatu Negara-negara di Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Eropah membentuk wilayah barat yang diterajui oleh Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Perancis. Ketamakan Presiden Amerika Syarikat membawa kepada penghantaran tentera manusia dan Cyborg untuk menyerang satu-satunya wilayah yang belum dijajah di Asia Tenggara iaitu wilayah Nusantara, untuk barat menguasai dunia secara mutlak.

Dalam kegawatan diambang peperangan muncul sekumpulan aktivis yang diketuai oleh Leftenan Hakimi dari dunia timur. Mereka manusia indigo yang mempunyai kebolehan luar biasa.

Judul: Misi 2050
Pengarang: Hafizul Osman
Penerbit: Adiwarna Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM15.00
Muka surat: 227
Rating : ?/5

Disediakan oleh:
Mohd Amin bin Saad
Zon 6 Rompin