Thursday, March 3, 2011

Khasiat Tumbuhan Hijau untuk Perubatan Tradisional 1



Tumbuhan hijau sering digunakan sebagai ubat sejak zaman dahulu lagi. Buku ini sesuai untuk para pelajar sekolah menengah, kolej atau universiti, guru-guru dan bagi sesiapa yang ingin menambahkn ilmu pengetahuan mereka berkaitan khasiat tumbuhan hijau dalam perubatan tradisional.

Pelbagai maklumat berkaitan pokok-pokok yang meliputi nama tempatan, nama botani, lokasi pokok ditemui, jenis tumbuhan dan khasiatnya boleh diperolehi daripada buku ini. Bacalah. Buku ini amat berguna dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan anda.

Tajuk: Khasiat Tumbuhan Hijau untuk Perubatan Tradisional 1
Penulis: Fauziah AR
Penerbit: Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd
Tahun terbitan: 2008
Harga: RM 39.90

Ulasan Oleh:
Puan Norkamila binti Mahmud
(Ketua Perpustakaan Daerah Lipis)

No comments: