Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, December 30, 2010

Doa Hari Kesihatan pada 30.12.2010


Inilah teks bacaan doa yang telah dibaca oleh Ustaz Isham pada Hari Ceramah Kesihatan dan Pemeriksaan Kesihatan. Ustaz Isham adalah ustaz rasmi untuk Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

الرَّحِيْمِ بِسْمِ اللهِ

(seterusnya baca puji-pujian dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.)

1. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kami menadah tangan menzahirkan kesyukuran kami kerana dengan limpah kurnia-Mu dapat kami berkumpul pada hari ini. Sempena Hari Kesihatan, Hari Program Ceramah Kesihatan dan Pemeriksaan Kesihatan untuk kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang diadakan pada hari ini 24hb. Muharam 1431H bersamaan 30hb. Disember, 2010M.

2. Wahai tuhan kami, permudahkanlah setiap pekerjaan kami dan teguhkanlah pendirian kami dalam pelbagai situasi yang kami tempuhi. Ya Allah! Lindungilah negara kami yang tercinta ini, dari segala mara bahaya, agar kami dapat hidup dalam aman merdeka. Sesungguhnya Engkau lemah lembut kepada hamba-hambaMu, Engkau mengurniakan kepada siapa yang Engkau kehendaki. Padahal, Engkaulah Yang Kuat, Yang Gagah.

3. Wahai Tuhan kami, berikan kepada kami dari pihak-Mu keturunan yang baik dan yang sihat, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.

4. Ya Allah, panjangkanlah umur kami, terangilah hati kami, teguhkan iman kami, baikkan amal perbuatan kami, berkatilah rezki kami, sihatkanlah tubuh badan kami, waraskanlah akal fikiran kami. Ya Allah dekatkanlah kami dengan kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan.

5. Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar kami menjadi kakitangan yang soleh dan soleha, yang senantiasa taat kepadaMu, berbakti kepada kedua orang tuanya dan menghormati ketua-ketua kami. Jadikanlah kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kakitangan yang sihat, waras dan bertaqwa, yang menjadi harapan Pengarah Perbadanan Perpustakaan untuk bekerja dengan sihat dan cemerlang.

6. Ya Allah! Ya Tuhan Kami, Jadikanlah kami kakitangan yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Amin ya rabbal ‘Alamin

No comments: