Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, December 1, 2020

Buku Leftenan Adnan Saidi Pahlawan Bukit Chandu / Kolonel Ramli Abu Bakar / UPNM Press / 2015

ULASAN BUKU SIRI DISEMBER 2020. Buku Leftenan Adnan Saidi Pahlawan Bukit Chandu / Kolonel Ramli Abu Bakar / UPNM Press / 2015

KOLEKSI SENDIRI / CALL. NO : 923.5595 / RAM / ISBN : 978-967-5985-35-5 / BAHASA : MALAYSIA / KATEGORI : SEJARAH

ULASAN :  Buku ini mengkisahkan tentang Leftenan Adnan bin Saidi, salah seorang wira yang terkorban memertahankan tanah air daripada serangan tentera Imperial Jepun.

Anak sulung kepada pasangan Saidi dan Ramlah ini yang berketurunan suku Koto, Bukit Tinggi Sumatera. Pintar, berakhlak baik dan mempunyai didkan agama yang tinggi dari kecil menginjak dewasa menyenangkan hati semua orang . Usai sekolah rendah, beliau melanjutkan pelajaran di sekolah agama. Setelah menamatkan pengajian agama, beliau memasuki tentera walaupun dibantah oleh ayahnya.

Pada tahun 1933,beliau menyertai latihan tentera. Dan pada tahun 1937,beliau terpilih menyertai perbarisan memberi hormat sempena pertabalan Raja Geogre VI. Kemudian beliau dilantik sebagai Leftenan Muda dan berkhidmat sebagai ketua Platun ke-7,Kompeni C. Beliau menamatkan zaman bujang dengan berkhawin dengan Sophia Pakih Muda,seorang guru dan memperolehi tiga orang anak.

Kemaraan tentera Jepun yang pantas dikaitkan dengan sumber risikan dan strategi yang mantap mengusarkan tentera Bristish yang akhirnya bertahan di pulau Singapura. Walaupun Tambak Johor telah diletupkan tapi semangat banzai Jepun ini dapat menjejak kaki di pulau Singapura. 

Tentera Imperial Jepun bersunguh-sunguh membedil Pasir Panjang yang menempatkan Platun 7 yang diketuai Leftenan Adnan Cubaan ini berhasil menyebabkan Platun 7 diarahkan berkubu di Bukit Chandu pada tarikh 14 Februari 1942.Tentera Jepun giat meyerang bukit Chandu kerana disini sahaja pihak tentera askar melayu yang masih bertahan sedangkan seluruh Singapura telah ditawan. 

Akhirnya sehingga titisan darah terakhir,Leftenan Adnan dan pasukannya berjuang sehingga menimbulkan rasa marah pada tentera Jepun. Askar-askar melayu yang terkorban dipenggal kepalanya manakala jenazah Lefenan Adnan digantung pada pokok ceri, ditikam dengan bayonet dan lehernya dikelar. 

Al-fatihah buat semua perwira yang terkorban mempertahankan negara.


JUDUL : Leftenan Adnan Saidi : Pahlawan Bukit Chandu

PENGARANG : Ramli Abu Bakar, Kolonel

PENERBIT : UPNM Press

TAHUN TERBIT : 2015

HARGA : RM -

MUKA SURAT : 180 muka surat 


DI SEDIAKAN OLEH : HARUL AZAM BIN MAT NOOR

PEMBANTU PUSTAKAWAN BERGERAK S19

PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT

No comments: