Thursday, March 31, 2011

Pelancaran Pustaka 1Malaysia


sumber gambar: chibbilovesmaruko.blogspot.com
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia,

YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan yang kami hormati,

Segala kerjasama dan sokongan padu dalam pembangunan u-Library selama ini amatlah kami hargai. Bagi pihak SKMM, sukacita ingin kami kongsikan bersama bahawa inisiatif u-Library yang kini dijenamakan sebagai Pustaka 1Malaysia akan dilancarkan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada hari esok. Bersempena dengan Pelancaran Pustaka 1Malaysia pada 31 Mac 2011 jam 3.30 petang, satu sesi temubual secara langsung bersama Yang Berbahagia Tan Sri Khalid Ramli di siaran Selamat Pagi Malaysia akan diadakan pada hari esok.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai temubual tersebut: -

TARIKH : KHAMIS, 31HB MAC 2011
MASA : 8.30 PAGI
TOPIK : SELAMAT PAGI MALAYSIA
MEDIA : RTM TV1

Justeru, kepada YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan yang berkelapangan silalah menonton siaran langsung tersebut.

Sekian, terima kasih.

Wassalam,

Azhani Hj. As'ad
bagi pihak Prof. Madya Indahsah Hj. Sidek
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk melihat gambar VIP semasa Majlis Pelancaran Pustaka 1Malaysia (U- Library) Oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim Menteri KPKK di Perpustakaan Negara Malaysia PADA 31.03.2011 klik DISINI.

1 comment:

chibbi_maruko said...

wow.... nama saya ada kat bawah gambar tu la... <3 anyway, again, congrats Malaysia!