Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, December 18, 2020

NOTA: AKTIVITI DI PERPUSTAKAAN DESA

AKTIVITI DI PERPUSTAKAAN DESA


Topik hari ini adalah sambungan kepada Bangkel Kreativiti Dalam Pasaran dan Pemasaran Perpustakaan yang telah diadakan pada tahun 2018. Melalui bangkel ini tuan puan telah dibantu untuk sediakan pelan pemasaran perpustakaan masing-masing.


Bangkel tersebut adalah sambungan kepada tugas menyediakan Profile Pelanggan Perpustakaan yang telah di laksanakan lebih awal.


Sehingga kini belum ada impak besar dari dua perkara tersebut. Tetapi kita sama-sama terus berusaha.


Seterusnya ceramah online AKTIVITI DI PERPUSTAKAAN DESA adalah sambungan kepada dua perkara diatas.


Dari satu sudut lain pula, semasa sesi kita ini, akan ada 3 kelompok petugas:

1. Suka fikirkan sesuatu.

2. Suka buatkan sesuatu.

3. Suka fikir dan buat sesuatu.

Semuanya ada kelebihan yang boleh dimanafaatkan.


Saya harap kelompok (1) yang suka FIKIR dapat bantu pecahkan kebuntuan semasa sesi ini. Saya juga berharap kelompok (2) yang suka BUAT sesuatu dapat pecahkan kebuntuan semasa perlaksanaannya. Seterusnya kelompok (3) dapat berikan maklumbalas hasil perlaksanaan di tempat mereka.


KANDUNGAN

B A H A G I A N  1 - Memahami Istilah

B A H A G I A N   2 - Memahami perlaksanaan


B A H A G I A N  1 - Memahami Istilah

A. PENDAHULUAN

B. MEMAHAMI SETIAP PERKATAAN SECARA LEBIH KREATIF

(1) PERKATAAN "Aktiviti"

(2)PERKATAAN "Di"

(3) PERKATAAN "Perpustakaan"

(4) PERKATAAN "Desa"

(5) PERKATAAN "Aktiviti Perpustakaan"

(6) PERKATAAN "Perpustakaan Desa"

C. PERPUSTAKAAN DESA DARI PELBAGAI SUDUT


B A H A G I A N   2 - Memahami perlaksanaan

A. PENDAHULUAN

B. MEMAHAMI PERKATAAN "AKTIVITI" SECARA LEBIH KREATIF

(1) Aktiviti Sedia Ada

(2) Aktiviti Yang Ditambah Baik

(3) Aktiviti Baru

(4) Aktiviti Akan Datang

(5) Aktiviti Tidak Dirancang

C. HASIL PERLAKSANAAN AKTIVITI DARI PELBAGAI SUDUT

D. PERANCANGAN AKTIVITI DALAM ERA CONVID 19

E. Rumusan

----------------------------------------------------

- - - - - - - - - -

B A H A G I A N  1

Memahami Istilah

- - - - - - - - - -

--------------

1. A. PENDAHULUAN

--------------

Aktiviti perpustakaan desa ini adalah satu topik yang umum dan luas skop perbincangannya. Macam-macam boleh diceritakan berkaitan "akitviti di perpustakaan desa".


Antara tajuk yang boleh dibincangkan adalah:

1. Peranan aktiviti di perpustakaan desa.

2. Bagaimana menjalankan aktiviti di perpustakaan desa.

3. Memilih aktiviti yang sesuai di perpustakaan desa.

4. Kumpulan sasaran aktiviti di perpustakaan desa.

5. Keberkesanan aktiviti di perpustakaan desa.

6. Sumbangan JK Penasihat dalam jalankan aktiviti di perpustakaan desa.

7. Meningkatkan jumlah ahli melalui aktiviti di perpustakaan desa.

8. Cabaran menjalankan aktiviti di perpustakaan desa dalam era convid 19.

9. Susah senang dalam menjalankan aktiviti di perpustakaan.

10. Bagaimana meluaskan aktiviti di perpustakaan desa secara online.

11. Aktiviti di perpustakaan desa melalui whatappk.


Saya yakin tuan puan tentu lebih bijak dalam menghuraikan tajuk-tajuk yang dinyatakan. Ada antara tuan puan yang sudah lama berpengalaman dalam menjalankan aktiviti di perpustakaan desa. Pelbagai pengalaman dan cabaran telah ditempuh.


Bagi memulakan perbincangan, elok kita cuba memahami makna disebalik setiap perkataan AKTIVITI DI PERPUSTAKAAN DESA:

1. PERKATAAN "Aktiviti"

2. PERKATAAN "Di"

3. PERKATAAN "Perpustakaan"

4. PERKATAAN "Desa"

5. PERKATAAN "Aktiviti Perpustakaan"

6. PERKATAAN "Perpustakaan Desa"


Mungkin ada antara kita yang boleh mengesan satu dimensi baru dari sudut yang kita belum pernah lihat supaya kita fikirkan satu tambah nilai yang berimpak tinggi untuk perpustakaan desa.


Nampak macam berat sangat tanggung jawab ini. Seolah-olah ini bukan tugas yang perlu difikirkan oleh petugas perpustakaan desa. Tetapi kita cuba perlahan-perlahan, mungkin ada idea kreatif yang boleh dihasilkan.


-------------------------------------------------

1. B. MEMAHAMI SETIAP PERKATAAN SECARA LEBIH KREATIF

-------------------------------------------------


(1) Perkataan AKTIVITI

Aktiviti adalah gerak kerja atau proses kerja yang dilakukan bagi mencapai tujuan pelaku atau penganjur. Maksudnya ada rantaian kerja yang perlu dilakukan barulah aktiviti tersebut siap.

CONTOH: Aktiviti Sembang Santai Bersama JK Penasihat. Ada tugas yang perlu dilakukan Sebelum, Semasa dan Selepas.


(2) Perkataan DI

Ianya sudah tentu bermaksud "lokasi" ianya dilaksanakan. Topik ini fokus kepada aktiviti yang berlangsung di perpustakaan sahaja. Kalau aktiviti "oleh perpustakaan" bermaksud aktiviti yang dijalankan di dalam atau di luar kawasan perpustakaan.


Ayat "di perpustakaan" mempunyai maksud yang lebih kreatif seperti:

- Di bangunan perpustakaan desa

- Di kawasan perpustakaan desa

- Di facebook perpustakaan desa

- Di whatappk perpustakaan desa


(3) Perkataan PERPUSTAKAAN

Apakah perpustakaan pada orang perustakaan dan apakah perpustakaan pada orang kampung mungkin serupa tetapi tidak sama.


Perpustakaan adalah satu bangunan yang dipenuhi dengan pelbagai koleksi maklumat yang terdiri dari pelbagai format serta diuruskan dengan satu sistem yang seragam.


Jangan hairan kalau ada orang kata, perpustakaan adalah tempat simpan buku-buku lama. Atau perpustakaan untuk budak-budak sahaja. Atau perpustakaan tempat baca akhbar. Atau perpustakaan tempat baca majalah.


Sila renungkan dimana perpustakaan anda.


(4) Perkataan DESA

Desa adalah satu kawasan komuniti (atau satu kampung atau satu mukim) yang berada dalam satu daerah.


Ada desa yang tidak padat, kurang padat, padat dan amat padat. Ada desa yang mempunyai pelbagai kemudahan tetapi ada desa yang kekurangan pelbagai kemudahan. Semua ini menunjukkan ada perbezaan tahap pembangunan infrastruktur dan pembangunan minda.


Dan ada desa yang ada perpustakaan desa dan ada desa yang ada perpustakaan keluarga.


Sila renungkan dimana perpustakaan anda.


(5) Perkataan AKTIVITI PERPUSTAKAAN

Apakah aktiviti perpustakaan pada orang perustakaan dan apakah aktiviti perpustakaan pada orang kampung mungkin serupa tetapi tidak sama.


Ada pelbagai pendapat mengenai "apakah aktiviti perpustakaan". Antaranya:

1. Menjalankan aktiviti adalah tugas utama perpustakaan.

2. Aktiviti boleh galakkan orang datang ke perpustakaan.

3. Perpustakaan perlu banyak jalankan aktiviti.

4. Kejayaan perpustakaan dinilai berdasarkan banyaknya aktiviti.

5. Boleh datang ke perpustakaan untuk sertai pelbagai aktiviti.

6. Banyak aktiviti menyeronokkan di perpustakaan.

7. Aktiviti terbaik adalah aktiviti yang dapat ramai peserta.

8. Orang yang menyertai aktiviti perlu menjadi ahli.

9. Semakin banyak aktiviti semakin banyak pengunjung.


Kita tidak perlu berfikir pasal betul atau salah pendapat tersebut. Tetapi dari kenyataan tersebut kita dapat berfikir apakah difinasi "aktiviti" dari sudut yang lebih kreatif terutama dalam era convid 19.


Antara difinasi yang boleh difikirkan adalah:


PERTAMA. Aktiviti adalah suatu usaha yang dijalankan untuk galakkan masyarakat berkunjung ke perpustakaan supaya mereka berminat untuk menjadi ahli dan seterusnya kerap meminjam buku bagi meningkatkan potensi diri. Peningkatan potensi ini boleh membawa perubahan positif kepada diri, keluarga, masyarakat, negeri dan negara.


KEDUA. Aktiviti adalah alat yang digunakan untuk mencapai sasaran jumlah pengunjung, ahli dan pinjaman. 

Bukan sebaliknya seperti: 

- Pengunjung adalah alat yang digunakan untuk mencapai sasaran jumlah aktiviti.

- Ahli adalah alat yang digunakan untuk mencapai sasaran jumlah aktiviti.

- Pinjaman adalah alat yang digunakan untuk mencapai sasaran jumlah aktiviti.


(6) Perkataan PERPUSTAKAAN DESA


Perpustakaan desa adalah satu bangunan bersaiz serdahana yang diisi dengan pelbagai maklumat yang terdiri dari beberapa format serta diuruskan dengan satu sistem yang seragam oleh seorang petugas.


Mungkin tidak menghairankan jika masih ada orang kampung yang berkata:

1. Tidak tahu ada perpustakaan di kampung dia.

2. Tahu ada perpustakaan tapi tidak tahu dimana.

4. Tahu dimana perpustakaan tetapi tidak pernah pergi.

5. Pernah pergi sekali dua.

6. Tidak pernah pergi kerana tak tahu nak buat apa.

7. Tahu ada banyak benda boleh buat di perpustakaan tetapi tak ada masa.

8. Ada banyak masa dan selalu lepak-lepak sahaja di perpustakaan.

9. Perpustakaan untuk budak-budak sahaja.


Ini adalah antara cabaran yang perlu dihadapi bersama AJK Penasihat.


----------------------------------------

1.C. PERPUSTAKAAN DESA DARI PELBAGAI SUDUT

----------------------------------------


Setelah didedahkan dengan satu tafsiran mengenai perkataan-perkataan. Seterusnya sekali lagi kita cuba melihat difinasi "Perpustakaan Desa" dari sudut yang berlainan. Antara yang boleh difikirkan adalah:


1. Perpustakaan Desa adalah "Pusat Pengumpulan" pelbagai maklumat yang diperlukan untuk penduduk setempat. Disimpan melalui suatu sistem. Dipromosikan secara berterusan bagi dimanafaatkan oleh masyarakat.


2. Perpustakaan Desa adalah "Pusat Aktiviti" kemasyarakatan yang menyediakan pelbagai sumber rujukan bagi tingkatkan kualiti hidup masyarakat.


3. Perpustakaan desa adalah "Pengesanan Masalah" bagi tujuan mendapatkan penyelesaian yang bersesuaian dengan kemahiran petugas dan kemudahan sedia ada.


4. Perpustakaan desa adalah "Pembuat Jangkaan" terhadap keperluan masyarakat bagi tujuan melakukan tambah baik terhadap perkhidmatan sedia ada.


5. Perpustakaan desa adalah "Penyedia Tempat" yang selesa untuk masyarakat membuat rujukan dan mendapatkan bahan bagi menyelesaikan tanggungjawab.


6. Perpustakaan desa adalah "Pembantu Masyarakat" yang mahu menjadikan mayarakat gembira semasa berurusan.


7. Perpustakaan desa adalah "Penyedia Kemudahan" yang mahu menjadikan masyarakat suka bercerita tentang keseronokan membaca.


8. Perpustakaan desa adalah "Pembina Image" yang menonjolkan kemahiran petugas dalam membantu kominiti selesaikan masalah semasa.


9. Perpustakaan desa adalah "Pemelihara Khazahan Intelek" tempatan yang mendokumenkan khazanah yang boleh memberi impak kepada ekonomi penduduk.


10. Perpustakaan desa adalah "Pengerak Pembelajaran Sepanjang Hayat" yang galakkan masyarakat sentiasa bercerita berdasarkan fakta yang tepat dan kreatif.

- - - - - - - - - - -

B A H A G I A N   2

Memahami perlaksanaan

- - - - - - - - - - -


--------------

2. A. PENDAHULUAN

--------------

Salah satu identiti perpustakaan desa adalah mengadakan pelbagai aktiviti galakan membaca. Anda semua telah biasa dengan tema-tema setiap bulan. Kebanyakan aktiviti tersebut dirancang terlebih dan dimasukkan dalam Jadual Aktiviti Tahunan.


Walaupun telah ada (1) Aktiviti Yang Dirancang tetapi kita tidak terlepas juga dari (2) Aktiviti Yang Tidak Dirancang.


Kita perlu benar-benar serius dalam melaksanakan Aktiviti Yang Dirancang setiap bulan. Pihak ibupejabat sentiasa memantau perlaksanaan Jadual Aktiviti Tahunan melalui pencapaian KPI Aktiviti PAD/PAC. Jika ada yang tidak capai KPI Aktiviti maka puncanya perlu dicari dan satu tindakan pembetulan perlu dibuat.


Bagi memastikan aktiviti dapat berikan hasil yang boleh diukur maka perlu ada strategi semasa merancang aktiviti.


------------------------------------------------------------

2. B. MEMAHAMI PERKATAAN "AKTIVITI" SECARA LEBIH KREATIF

------------------------------------------------------------

Sekarang kita cuba pula untuk memahami istilah "Aktiviti" dari sudut perlaksanaannya. Satu strategi perlaksanaan juga perlu difikirkan. Untuk itu istilah ini dipecahkan kepada lima kategori aktiviti iaitu:


1. Aktiviti Sedia Ada

2. Aktiviti Yang Ditambah Baik

3. Aktiviti Baru

4. Aktiviti Akan Datang

5. Aktiviti Tidak Dirancang / Berjadual

6. Aktiviti Spontan / Tiba-tiba


(1) AKTIVITI SEDIA ADA

Ini adalah aktiviti yang dilakukan setiap tahun dan pada tahun depan ianya boleh diulang semula. Petugas jadi semakin mahir dalam melaksanakannya seterusnya meningkatkan kecekepan petugas. Maka jumlah aktiviti boleh ditambah.


Contoh strategi perlaksanaan:

50 % dari aktiviti sedia ada menggunakan nama yang sama dan keadah yang sama.


(2) AKTIVITI YANG DITAMBAH BAIK

Apabila petugas semakin mahir dalam melaksanakan aktiviti yang diulang setiap bulan atau setiap tahun maka akan ada idea untuk tambah baik aktiviti tersebut.


Tujuan tambah baik adalah untuk meningkatkan hasil aktiviti iaitu jumlah pengunjung, ahli dan pinjaman.


Contoh strategi perlaksanaan:

40% aktiviti yang ditambah baik menggunakan nama yang sama tetapi keadah yang berbeza atau sasaran yang berbeza.


(3) AKTIVITI BARU

Apabila masa berubah minat masyarakat juga berubah. Maka perpustakaan desa juga perlu berubah dengan menyediakan aktiviti yang baru dan belum pernah dijalankan. Mungkin aktiviti tersebut telah dilakukan di perpustakaan desa yang lain tetapi belum pernah dilakukan di perpustakaan desa anda.


Contoh strategi perlaksanaan:

10% aktiviti dalam Jadual Aktiviti Tahunan adalah aktiviti baru.


(4) Aktiviti Akan Datang

Semasa melaksanakan aktiviti sedia ada sampai kepada aktiviti baru,  anda sentiasa dapatkan maklum balas pengguna. Melalui maklumbalas tersebut dapat dibuat jangkaan apakan aktiviti yang sesuai untuk situasi akan datang. Satu kertas cadangan perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Penasihat bagi membincangkan impak tinggi bagi Aktiviti Yang Akan Datang.


Contoh strategi perlaksanaan:

10% aktiviti dalam Jadual Aktiviti Tahunan adalah usahasama atau hasil nasihat dari Jawatankuasa Penasihat.


(5) Aktiviti Tidak Dirancang / Berjadual

Tidak mustahil secara tiba-tiba perugas desa perlu buat aktiviti yang tidak dirancang atau yang tiada dalam jadual aktiviti. Setelah dimaklumkan lebih awal maka satu persediaan boleh dibuat untuk laksanakannya. Aktiviti sebegini boleh berpunca dari:

- Kreativiti petugas

- Pihak luar

- Arahan ibupejabat

Jika ianya benar-benar perlu dijalankan maka beberapa penyesuaian perlu dibuat. Maksud penyesuaian tersebut boleh ditafsir secara kreatif. Maksud kreatif juga perlu ditafsir secara kreatif juga.


Contoh strategi perlaksanaan:

Perlaksanaan satu Aktiviti Tidak Dirancang boleh menambah jumlah ahli sebanyak 5 orang.


(6) Aktiviti Spontan / Tiba-tiba

Aktiviti spontan dibuat secara tiba-tiba apabila melihat peluang untuk mengembirakan satu kelompok pengunjung yang tiba-tiba datang. Jika dimaklumkan lebih awal, mungkin satu Aktiviti Tidak Dirancang boleh dibuat. Jika tidak dimaklumkan lebih awal maka Aktiviti Spontan boleh dijalankan. Kebiasaannya aktiviti ini disasarkan kepada:

- Pengunjung setia

- Pengunjung baru


Contoh strategi perlaksanaan:

Perlaksanaan satu Aktiviti Spontan boleh memberikan 5 maklumbalas mengenai perkhidmatan perpustakaan.


--------------------------------------------------

2. C. HASIL PERLAKSANAAN AKTIVITI DARI PELBAGAI SUDUT

--------------------------------------------------

Apakah ukuran bagi Hasil Perlaksanaan Aktiviti?


1. Berjaya adakan aktiviti.

2. Berjaya mendapat ramai peserta.

3. Berjaya dapat banyak "view" online.

4. Berjaya dapat banyak "share" online.

5. Berjaya dapat banyak pengunjung.

6. Berjaya dapat banyak ahli.

7. Berjaya dapat banyak pinjaman.

8. Berjaya banyakkan jumlah aktiviti.

9. Berjaya dapatkan kesedaran masyarakat.


Sila pilih manakah ukuran yang sesuai digunakan.

Perlu tentukan keutamaan 1, 2 dan 3.


Boleh dibincang semasa Perjumpaan Bersama KBR.


-------------------------------------------

2. D. PERANCANGAN AKTIVITI DALAM ERA CONVID 19

-------------------------------------------

(1) Perlu tahu dengan mendalam tentang AKTIVITI.

(2) Tentukan tujuan AKTIVITI dengan jelas dan boleh diukur.

(3) Sasaran yang kabur manjadikan tugas samar-samar.

(4) Siapakah bukan pelanggan perpustakaan.

(5) Catatkan ayat promosi untuk AKTIVITI anda sekarang.

(6) Lakarkan rantaian proses kerja anda.

(7) Buatkan jadual AKTIVITI dan kitaran AKTIVITI anda.

(8) Jadikan kitaran AKTIVITI anda terus bersambung.


PERTAMA. Perlu tahu dengan mendalam tentang AKTIVITI yang mahu dijalankan. Pastikan anda ada jawab bagi setiap soalan berkaitan AKTIVITI anda. Bertanya kepada pengguna perpustakaan dan bukan pengguna perpustakaan. Setiap AKTIVITI mesti ada risalah. Baca dan ulang baca risalah tersebut. Faham sehingga anda dapat berikan jawapan yang mudah dan senang difaham. 

CONTOH 1: Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat adalah salah satu AKTIVITI utama perpustakaan. Kumpul soalan atau cadangan berkaitan Jawatankuasa Penasihat. 

CONTOH 2: Kuiz Spontan adalah salah satu AKTIVITI popular. Kumpul soalan atau cadangan berkaitan kuiz tersebut.

CONTOH 3: Ulasan Buku adalah salah satu AKTIVITI yang tidak popular. Kumpul soalan atau cadangan berkaitan Aktiviti Ulasan Buku tersebut.

CONTOH 4: Sembang Santai Bersama AJK Penasihat adalah AKTIVITI yang tidak pernah dibuat. Kumpul soalan atau cadangan berkaitan Jawatankuasa Penasihat.

CONTOH 5: Tanam Pokok Bunga Di Perpustakaan adalah AKTIVITI keceriaan yang sering diceritakan tetapi tidak pernah dibuat. Kumpul soalan atau cadangan berkaitan minat tanam pokok bunga.

Sediakan jawapan yang kreatif dan mudah difahami.


KEDUA. Tentukan sasaran AKTIVITI dengan jelas dan boleh diukur. Gunakan istilah yang tepat. 

CONTOH: Tujuan AKTIVITI meningkatkan kesedaran masyarakat tentang adanya perpustakaan ditempat mereka. Sasaran yang lebih jelas adalah 100% anak-anak pekerja kedai makan dalam lingkungan 1 km dari perpustakaan tahu siapa petugas perpustakaan.


KETIGA. Sasaran yang kabur manjadikan tugas tidak jelas.

Mesti ada keputusan yang jelas siapakah peserta sasaran anda. Contoh: Sasaran peserta saya adalah penduduk sekitar. Anda nampak sasarannya tetapi samar-samar kerana tiada perincian seperti 

CONTOH berikut:

-Apa kategori penduduk?

-Berapa kategori umur?

-Kategori mana yang kerap datang?

-Datang buat apa?

-Datang dengan siapa?

-Datang naik apa?

Kaji ciri-ciri pelanggan anda. Ini memudahkan petugas untuk dapat gambaran siapakan yang perlu disasarkan.


KEEMPAT. Siapakah bukan pelanggan perpustakaan anda.

Masih ada ramai yang tidak tahu, tidak sedar, tidak peduli, tidak berminat atau rasa tiada keperluan untuk sertai AKTIVITI perpustakaan. Analisa perkara 'tidak' tersebut. Kaji AKTIVITI yang perpustakaan boleh tawarkan. Kaji cara untuk timbulkan minat terhadap AKTIVITI. 

CONTOH 1: Masih ada ramai anak-anak pemimpin atau peniaga tempatan tiada pernah untuk sertai AKTIVITI perpustakaan. 

CONTOH 1: Masih ramai ahli keluargga, anak cucu dan saudara mara AJK Penasihat yang belum pernah sertai AKTIVITI perpustakaan anda.


KELIMA. Catatkan ayat promosi untuk AKTIVITI anda, sekarang.

Kenapa sekarang? Jika benar-benar serius dalam berfikir dan mahu laksanakannya, sudah tentu boleh catatkan apa yang hterlintas dalam fikiran. Catatkan semasa fikiran anda masih segar atau masih keliru dengan konsep AKTIVITI. Kerana tafsiran baru Aktiviti anda akan bermula dari sini. Ianya juga akan memberi peluang kepada anda untuk memahami dan mendalami tujuan AKTIVITI anda. Jangan risau, anda boleh ubahnya jadi lebih jelas dan tepat. 

CONTOH 1: Pengunjung setia ibarat "Rama-rama".

CONTOH 2: Perpustakaan Desa ibarat "Kebun Ilmu".

CONTOH 3: Pengunjung setia ibarat "Pemburu Ilmu".


KEENAM. Lakarkan rantaian proses kerja anda.

Catatkan semua yang difikirkan, potong mana yang tidak sesuai atau tukar kepada yang lebih tepat atau lebih mudah. Perhatikan jika ada proses kerja yang mesti bersambung dan bersambung. Itulah rantaiannya.

CONTOH: Dalam JK Penasihat ada pemimpin masyarakat. Setiap pemimpin ada pengikut. Setiap pengikut ada keluarga. Setiap keluarga mesti ada seorang peserta AKTIVITI. Peserta tersebut menunjukkan pengelibatan JK Penasihat.


KETUJUH. Buatkan jadual AKTIVITI dan kitaran AKTIVITI anda.

Bukan semua orang suka buat kerja perancangan ada yang suka buat bila rasa nak buat sahaja. Tetapi AKTIVITI memerlukan perancangan. Setiap AKTIVITI ada jadual, ada tempoh dan ada kitarannya. 

CONTOH: 

- Anda jalankan satu AKTIVITI. Anda tunggu selama satu tempoh dan dapatkan maklum balas. Sambil anda edarkan risalah AKTIVITI kedua.

- Anda jalankan satu AKTIVITI dalam whatappk. Anda tunggu selama satu tempoh dan tiada maklumbalas diterima. Anda edarkan risalah AKTIVITI kedua.

- Anda jalankan satu AKTIVITI dalam facebook. Anda tunggu satu tempoh dan tiada 'like' atau 'comment'. Anda jalankan AKTIVITI kedua.


KELAPAN. Jadikan kitaran AKTIVITI anda terus bersambung

Apabila AKTIVITI seperti mewarna, menulis pantun atau kuiz sponta selalu dijalankan maka akan ada yang mula bercerita. Kita boleh jawab berdasarkan Perkara Pertama diatas kerana kita sudah memahami dengan mendalam AKTIVITI kita. Jawab dengan mudah dan ringkas tetapi kenal pasti tujan sebenar yang bertanya. 

CONTOH:"Saya selalu dapat info tentang AKTIVITI Menulis Pantun, salah seorang pesertanya duduk dekat rumah saya, bolehkah anak saya jadi peserta melalui dia"?


-----------

2. E. RUMUSAN

-----------


Kita hasilkan semasa Perjumpaan Bersama KBR di tahun 2021.


No comments: