Thursday, May 22, 2014

Buku: Nasib Melayu di Bumi Melayu oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Buku: Nasib Melayu di Bumi Melayu oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Buku ini merupakan sebahagian daripada himpunan penulisan oleh saudara Muslim yang dikenali ramai iaitu Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mempunyai keberanian dalam menghasilkan tulisan beliau kerana buku ini banyak menyentuh pelbagai aspek terutama dalam bidang politik antara Melayu dan bukan Melayu.

Namun begitu,  buku ini menekankan nasib orang  melayu  di  bumi sendiri. Orang melayu perlu bangun semula untuk bersama-sama mencipta kegemilangan untuk menjaga  agama,  bangsa dan negara  demi melahirkan sebuah negara bangsa  yang sejahtera pada masa akan datang sejajar dengan Perlembagaan, Gagasan 1 Malaysia danjuga untuk mencapai Wawasan 2020.

Buku Nasib Melayu di bumi melayu bukan sahaja ingin menyedarkan bangsa melayu supaya sentiasa berjuang mempertahankan hak-hak orang melayu tetapi juga perlu sentiasa berpegang teguh kepada asas kepercayaan agama dan melihat permasalahan yang berlaku pada masa kini dijadikan iktibar agar dapat ditangani dengan penuh keinsafan,  kesungguhan dan bersatu padu demi Nasib Melayu  di Bumi Melayu sendiri.

NoPerolehan: 11/00027PJ
No ISBN: 978-967-61-2421-0
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa
Judul: Nasib Melayu di Bumi Melayu
Pengarang: Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Tahunterbitan: 2010
Harga: Semenanjung Malaysia: RM22.50 / Sabah &Sarawak: RM25.50
Mukasurat    : 191ms


Disediakanoleh:-
NurulAfzanBinti Mohamed

No comments: