Monday, January 22, 2018

Nik Nureqmaaezayu binti Nik Soh Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Perpustakaan) UITM KAMPUS REMBAU

PELATIH PERTAMA DARI UITM KAMPUS REMBAU
Nik Nureqmaaezayu binti Nik Soh
Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat
(Pengurusan Perpustakaan)

Assalamualaikum,

Nama diberi Nik Nureqmaaezayu binti Nik Soh dan orang di sekeliling saya memanggil saya dengan panggilan Eqmaa. Saya dilahirkan di Kuantan Pahang pada 5 April 1993. Hingga kini saya berumur 24 tahun. Ayah saya bernama Nik Soh bin Mohd Isa manakala ibu saya pula bernama Nik Nura binti Nik Jid. Mereka berdua berasal dari Kelantan. Mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata. 4 perempuan dan seorang lelaki. Saya merupakan anak ke tiga daripada 5 orang adik beradik saya.
Pendidikan awal saya bermula di Tadika Kemas TLDM, Kuantan Pahang pada tahun 1999. Pada tahun 2000-2005, saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Merbau di Kelantan. Kemudian, pada tahun 2006 saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 dan cuma setahun saja di sana. Naik tingkatan 2 sehingga tingkatan 5 saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 pada tahun 2007-2010.
Setelah tamat sekolah menengah, saya menyambung pelajaran saya ke peringkat Diploma di Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar, Perak. Saya mengambil jurusan Diploma Sains Geomatik (ukur tanah) dan berjaya menamatkanya dalam tempoh masa 3 tahun (2011-2014). Setelah itu, saya ditawarkan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di dalam jurusan Pengurusan Perpustakaan (IM244) bermula tahun 2014-2018. Pada mulanya, saya ditempatkan di UiTM Puncak Perdana, Selangor. Tapi, pada tahun 2017, semua pelajar IM 244 diarahkan untuk berpindah ke kampus yang baru dibuka di UiTM, Kampus Rembau, Negeri Sembilan. Saya merupakan “first Batch” yang melangkah ke sana semasa di semester 6.

Saya berpeluang menjalani latihan industri di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) selama 5 bulan bermula 1 Ogos 2017 sehingga 29 September 2017. Saya merupakan satu-satunya pelajar dari UiTM Kampus Rembau yang menjalani latihan industri di sini. En Amer Shazlin merupakan Penyelia saya di PPAP manakala En Azmi Ab Rahman merupakan penyelia saya di UiTM Rembau.

Bahagian pertama saya ditempatkan ialah di Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi selama sebulan satu minggu. Di bahagian ini saya telah belajar cara-cara proses buku (melabel call number, membalut buku dan membuat statistik jumlah proses buku), proses mengkatalog buku dan proses perolehan bahan (menyemak senarai buku dari pembekal dan menampal nombor perolehan buku). Staff-staff di bahagian ini terdiri daripada Puan Zalina, Puan Hawa, Puan Siti, En Rusydi, Kak Sheila, Kak Fizah, En Koh, En Amro, En Zul, En Rezza, Kak Mahani, Kak Anom, Kak Ti, En Faizal dan En Firdaus serta 2 orang lagi staff yang baru masuk iaitu En Syukran dan En Affifudin. Mereka semua sangat baik dan banyak membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja di bahagian ini.

Kemudian, pada bulan September saya telah ditempatkan di Unit Teknologi Maklumat selama satu bulan. Di unit ini saya sempat design banner program “Night @de Library”, broucher Kelas Gamelan, sijil penyertaan program “My Chid’s Day” dan “kelas tarian”. Selain itu saya juga mengupdate book review ke dalam website PPAP serta mengumpul statistik penggunaan komputer dan internet di setiap perpustakaan daerah, cawangan dan desa. Puan Rose, Pn Nazirah, En Zahid dan En Shah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya berada di unit ini.

 Pada bulan Oktober, saya telah ditempatkan di Bahagian Perkhidmatan Perputakaan dan Literasi selama satu bulan. Sepanjang berada di bahagian ini banyak aktiviti yang saya turut serta bersama. Antaranya ialah aktiviti mewarna sempena “Warga Emas Disayangi dan Disanjungi”, Puppet Show, Storytelling (saya dan kawan saya yang bercerita), Aktiviti Kolaj, My Child’, Hari Sukan Negara dan Aktiviti cuti sekolah pada bulan 12. Saya dikehendaki membuat satu projek untuk ditunjukkan kepada pensyarah saya dan projek saya ialah Night @de Library dimana peserta dan urusetia akan tidur di dalam khemah di perkarangan perpustakaan selama 2 hari 1 malam.

 Selain itu, tugas-tugas lain yang saya buat di sini ialah saya mengumpul statistik pengunjung dan bilangan pengeluaran buku, bertugas di kaunter dan sebagainya. Antara staff-staff yang banyak membantu saya dalam melakukan kerja-kerja di sini ialah Puan Maria, Puan Shamsila, Puan Normah (Ummi), En Aseri, Kak Zura, En Amin, En Din, Kak Saira, En Faiz dan Kak wati.







 Kemudian, saya ditempatkan pula di Bahagian Rujukan dan Maklumat selama sebulan. 3 minggu pertama di PWIN (Pusat Warisan Intelek Negeri) dan 2 minggu kemudian di unit Rujukan.
 Semasa di PWIN, saya diberi tugas untuk scan surat khabar di mana saya dikehendaki mencari maklumat berkaitan negeri Pahang sahaja. Saya juga berkesempatan turut serta dalam program temu ramah bersama Hj Alang dalam menerokai sejarah Mat Kilau.
 Kemudian semasa di unit rujukan saya juga belajar membuat cutting paper memalui e-Browse. Saya juga bertugas di kaunter untuk merekod statistik pengunjung di samping membantu pelanggan jika mereka bertanyakan soalan. Staff-staff inilah yang sentiasa membantu saya semasa di bahagian ini antaranya ialah En Mohd Noor, Kak Fazilla, En Tuan Khairul (En TK), En Saiful, Kak Linda, En Mus dan En Firdaus.

Setelah itu saya ditempatkan di Bahagian Rangkaian Perpustakaan selama seminggu.
Di sini saya diberi tugasan untuk menyediakan satu laporan berkaitan cadangan penambahbaikan hubungan dua hala antara bahagian rangkaian dengan bahagian-bahagian dan unit-unit lain. Bahagian Rangkaian berfungsi memantau 41 lokasi perpustakaan daerah, cawangan dan desa di negeri Pahang. Serta menjadi perantaraan antara perpustakaan tersebut dengan bahagian-bahagian di ibupejabat.

Saya juga diberi kesempatan untuk menyertai gotong royong Galeri Khat bersama-sama dengan Puan Hajjah Faridzah Jaafar Pengarah Perbadanan perpustakaan Awam Pahang dan staf-staf PPAP di Perpustakaan Awam Daerah Pekan dengan menaiki coster/van.
Kemudian saya dibawa ke ladang En. Anas untuk melihat haiwan ternakan seperti ayam, kambing, rusa, burung merak, dan itik. Kami membawa pulang telur organik dari sana sebagai buah tangan. Sebelum pulang, kami bersama-sama ke Kuala Pahang untuk makan ikan bakar bersama. Antara staff-staff yang banyak bagi tunjuk ajar pada saya di bahagian ini  ialah Encik Ahmad Nizam, En Aziddin dan En Fadhrunizam.


 Minggu akhir saya di PPAP berakhir di Bahagian Korporat dan Pembangunan Perpustakaan selama seminggu.
 Di sini, saya telah diberi pendedahan cara-cara untuk mengendalikan  tetamu yang datang membuat lawatan di perpustakaan. Di samping itu juga, saya diberi kesempatan melawat dua buah perpustakaan desa yang terletak di Panching dan Sg Lembing.
 Tidak lupa juga di bahagian Pentadbiran walaupun saya tidak menjalani praktikal saya di situ, tapi mereka juga banyak membantu saya dalam kerja-kerja di sini. Staff-staff yang berada di bahagian ini adalah Pn Murni, En EO, Kak Liza, En Kama, En Rahaja, En Mizi, En Han, En Izam, Kak Nurul, Kak Nida, Kak Ija dan ramai lagi.

Sepanjang saya menjadi pelatih di sini, banyak pengalaman baru yang saya dapat pelajari daripada staff-staff di sini. Staff- staff di sini sangat baik, peramah dan suka berkongsi ilmu. Mereka sentiasa mengajar saya sesuatu yang baru dan memberi peluang kepada saya untuk mencuba melakukannya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staff di sini kerana telah menerima saya sebagai pelatih di PPAP. Tak lupa juga kepada penyelia saya di PPAP, En Amer banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya disini.

Alhamdulillah, Allah telah tempatkan saya di sini dan mempertemukan saya dengan orang-orang yang baik. Saya juga ingin memohon maaf di atas segala kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang saya di sini. Doakan saya semoga saya berjaya mendapat pekerjaan yang baik selepas ini dan dipermudahkan segala urursan. Saya doakan PPAP sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa maju jaya. PPAP memang terbaik!

Sebelum saya akhiri kata-kata saya, izinkan saya memperkenalkan rakan seperjuangan saya yang sama-sama menjalani latihan industri di PPAP. Namanya Zanita binti Abdullah merupakan anak kelahiran Kelantan. 

Dia merupakan pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan mengambil jurusan Hadis dan Pengurusan Maklumat. Dia masuk praktikal di PPAP selepas sebulan saya di PPAP. 

Alhamdulillah, saya dipertemukan dengannya sebagai peneman saya di sini. Segala susah dan senang kami tempuhi bersama. Walaupun saya baru mengenali dia dalam tempoh 4 bulan, banyak persamaan antara kami sehinggakan ke mana-maana saya pergi mesti ada dia. Kalau saya gelabah dia cuba tenangkan saya dan kalau dia gelabah saya juga turut gelabah (haha). Kami diibaratkan Upin Ipin. Dia Upin dan saya Ipin. Saya doakan semoga dia dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. inshaaAllah.


Saya akhiri dengan serangkap pantun:

Eqmaa berasa sangat gelisah,
tengok makanan habis di dalam peti,
Walau kita terpaksa berpisah
PPAP sentiasa terpahat di hati

Sekian, terima kasih

“PPAP SENTIASA DI HATI”

1 comment:

wawa awie said...

assalamualaikum..sis,insyaallah saya akan sambung degree bulan 9 nnt..saya ada pilih course ni as choice number 2..saya nak tanya, course ni susah ke? and ada subjek math ke? 🌻 #plshelpme