Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, August 9, 2012

Pameran gambar Peace Corps 50th Anniversary Celebration


Pameran gambar Peace corps 50th Anniversary Celebration in Malaysia. An enduring bond. US Embassy akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bermula hari ini (9.8.2012) hingga 24 Ogos 20121.

Pameran ini adalah sempena 50 tahun persahabatan antara Amerika dengan Malaysia. "50 years of enduring frendship 1962-2012, PEACE CORPS MALAYSIA". Bertepatan dengan pameran ini adalah sambutan kemerdekaan negara kita yang akan disambut pada 31 Ogos 2012.

Pameran gambar Peace corps 50th Anniversary Celebration in Malaysia ini dirasmikan oleh YB Dato' Shahaniza binti Shamsuddin ,DIMP, AMP., BCM. Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Turut hadir pada majlis perasmian ini adalah Pegawai Penerangan Kedutaan Amerika En. Harvey Semovitz. US Embassy Information Officer  (IO). Semasa majlis perasmian ini En. Harvey Semovitz. US Embassy Information Officer ( IO) telah berucap dalam Bahasa Melayu.

Penubuhan Peace Corps telah diasaskan oleh President John F. Kennedy pada bulan Februari 1961.
Ketibaan kumpulan pertama telah tiba di Malaya pada 12 Januari 1962. Kumpulan pertama ini seramai 36 orang telah disambut oleh Tun Abdul Razak.

Pada peringkat awal Peace Corps berpejabat di tingkat 2 bangunan Lee Wah  Bank. Sehingga kini Peace Corps telah berpindah pejabat sebanyak 4 kali. Kini mereka berpejabat di 117, jalan raja muda, kuala Lumpur.

Kumpulan pertama ini telah ditempatan di Terangganu, Pahang dan Johor. 20 sukarelawan Peace Corps telah ditempatkan di bidang perubatan. Selebihnya diletakkan di bidang arkitek, ukur tanah, guru sains artis..

Turut hadir adalah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Hajjah Faridzah binti Jaafar, AMP.

Links:
1. malaysia.usembassy.gov
2. bahasa.malaysia.usembassy.gov
3. nst.com.my (peace-corps-celebrates-50-years)
4. thestar.com.my

Gambar:
 01. Antara kandungan buku yang dihadiahkan semasa program

02. Muka depan buka hadiah

 03. Loga sambutan 50 tahun persahabatan Malaysia Amerika

04. Antara sukarelawan Peace Corps yang hadir

05.  Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bersama Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sedang bercerita dengan sukarelawan dan  Encik Harvey Semovitz.

 06. Pelajar sekolah yang hadir turut bergambar kenangan dengan tetamu jemputan.

9.8.2012, PPAP Kuantan.

No comments: