Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, August 15, 2012

Sejarah Kampung Kuala Medang

Penempatan Kampung Kuala Medang dibuka oleh suku kaum asli Semai pada tahun 1900. Nama Kuala Medang diberi berasaskan sebatang pokok medang yang saiz lilitannya begitu besar dan ditemui tumbuh di kuala sungai.Pokok kayu medang tersebut ditemui oleh suku kaum asli Semai dan menebangnya menggunakan kapak dan beliung. Segala kerja yang dilakukan mengambil masa selama empat puluh (40) hari. Pokok yang tumbang telah merentangi sungai dan dijadikan titi oleh penduduk-penduduk kampung.

Oleh kerana pokok tersebut terletak dipinggir kuala sebatang sungai, maka sungai tersebut dipanggil sungai Medang dan kampung ini pula telah diberi nama. Kuala Medang.

Pada tahun 1972, pihak LKPP Negeri Pahang telah membuka pula Penempatan Rancangan Pengumpulan Semula mangsa-mangsa banjir (PRPS) . Pada tahun 1986 pula, YB. Kol (K) Dato' Hj. Omar bin Hj. Othman DSAP., DIMP., PJN, telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang bagi mmbuka pula penempatan Perumahan Awam  Kos Rendah Kerajaan (PAKR).

Sumber.
Perpustakaan Desa Kampung Kuala Medang
dengan kerjasama Penyelia Zon 5 PD-PNM (Puan Faridah Mustafa)

Links gambar:
1. sekitar-kuala-medang-lipis
2. mendulang-emas-di-kuala-medang
3. rumah-lama-kuala-medang-lipis
4. kembara-salak-2011-kuala-medang
5.kembara-durian-2011-kuala-medang
6. gambar-aktiviti-pd-kuala-medang

No comments: