Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, April 19, 2013

Buku 3: Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak oleh Raisya Maula Ibnu Rusyd

No Perolehan : DPEK 03576
Call No. : 297.577 RAI
ISBN : 978-967-0267-50-0
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan : Setiap Ibu Bapa mahukan anak-anak yang soleh, cerdik dan berjaya di dalam kehidupan mereka. Banyak sekali teori dan kaedah-kaedah diketengahkan dalam mendidik anak-anak ini. Bahkan ahli-ahli psikologi dan motivasi barat juga mengetengahkan kaedah masing-masing untuk membangun anak yang berjaya di dalam kehidupan mereka.
   
Di dalam Islam contoh pendidikan anak telah ditunjukkan olrh Nabi Muhammad S.A.W. sendiri. Baginda Rasulullah meletakkan matlamat kejayaan kehidupan seseorang adalah akhirat yang berjaya dan bahagia. Begitulah cara beliau mendidik anak-anaknya dan juga para sahabatnya.
   
Kesibukan harian ibu bapa dalam mencari rezeki untuk keluarga sememangnya menghadkan masa ibu bapa untuk bersama anak-anak mereka. Namun ini bukanlah alasan untuk mengabaikan  pendidikan  dan pemantauan terhadap anak-anak. Ada juga ibu bapa yang punya begitu banyak sekali masa bersama anak-anaknya tetapi ia tidak digunakan sebaiknya. Ini juga sesuatu yang elok, untuk membangunkan generasi yang mantap dari segi ilmu dunia dan akhiratnya maka pendidikan itu bermula daripada awal.
   
Bukan itu sahaja. Ibu bapa juga perlu mengetahui tips dan selok belok dalam pendidikan anak. Salah satu cara ialah mengetahui kelemahan dan kesalahan yang kita lakukan. Dengan mengetahui kesalahan ini mudah untuk kita menghindarkannya. Untuk mengetahui kesalahan yang biasa kita lakukan bersama-samalah kita membaca buku ini.

Judul : Kesalahn Ibu Bpa Dalam Mendidik Anak
Pengarang : Raisya Maula Ibnu Rusyd
Penerbit : Al- Hidayah House Of Publishers Sdn Bhd
Tahun Terbit : 2012
Harga : RM 14.00
Muka surat : 201
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

No comments: