"Apakah sesaat lagi,apakah sedetik lagi akan aku bertemu lagi dengan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang? Kalaupun aku diizinkan bertemu dengan Tuhanku dalam solatku, apakah Kau akan terima sebagai amalku? Apakah nanti Engkau terima doaku terhadap-Mu?
Sebenarnya aku masih dan tetap mengharap Engkau terima solatku ini meskipun
ianya cacat dan tercela. Kerana solatku inilah bekalan terakhir buatku dalam
pertemuan di dunia yang begitu singkat ini. Malah aku bimbang solat yang aku kerjakan ini terulit kederhakaan terhadap-Mu, Ya Allah.
Betapa gerun dan mengerikan apabila Engkau mendatangkan azab
kepada mereka yang mengabaikan solat terhadap-Mu. Lantaran itu,pimpinlah
aku dan seluruh hamba-hamba-Mu agar dapat mendirikan solat setiap
waktu dalam apa jua keadaan."
Demikianlah sekelumit kisah tentang ibadah solat yang menjadi penentu
segala amal seseorang hamba terhadap Allah swt. Kisah-kisah ini telah dihimpun dimuatkan didalam buku ini sebagai motivasi keinsafan kepada seluruh kaum Muslimin dan pembaca budiman agar solat yang menjadi tiang agama terus subur dan menyemarak dalam kehidupan yang sementara ini.
semoga kisah yang dipaparkan memberi pengajaran untuk kembali taat
menunaikan solat seperti yang telah disyariatkan oleh ajaran Islam.
No comments:
Post a Comment