Dari PD Bukit Betong lawatan 16.4.2013 ini diteruskan ke PD Kuala Medang. Sebenarnya Kuala Medang dengan Cameroh Highland hanyalah 45 minit sahaja. Tetapi orang kuala medang ramai yang belum pernah sampai ke Cameron Highland. Penduduk Kuala Medang ini kebanyakannya berasal dari kampung-kampung sekitar seperti, Tanjung Besar, Ulu Cheka dan Bukit Betong. Kuala Medang ini terkenal dengan HomeStay dan mendulang emas.
Penempatan Kampung Kuala Medang dibuka oleh suku kaum asli Semai pada
tahun 1900. Nama Kuala Medang diberi berasaskan sebatang pokok medang
yang saiz lilitannya begitu besar dan ditemui tumbuh di kuala
sungai.Pokok kayu medang tersebut ditemui oleh suku kaum asli Semai dan
menebangnya menggunakan kapak dan beliung. Segala kerja yang dilakukan
mengambil masa selama empat puluh (40) hari. Pokok yang tumbang telah
merentangi sungai dan dijadikan titi oleh penduduk-penduduk kampung.
Oleh kerana pokok tersebut terletak dipinggir kuala sebatang sungai,
maka sungai tersebut dipanggil sungai Medang dan kampung ini pula telah
diberi nama. Kuala Medang.
Pada tahun 1972, pihak LKPP Negeri Pahang telah membuka pula Penempatan Rancangan Pengumpulan Semula mangsa-mangsa banjir (PRPS) . Pada tahun 1986 pula, YB. Kol (K) Dato' Hj. Omar bin Hj. Othman DSAP., DIMP., PJN, telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang bagi mmbuka pula penempatan Perumahan Awam Kos Rendah Kerajaan (PAKR).
Pada tahun 1972, pihak LKPP Negeri Pahang telah membuka pula Penempatan Rancangan Pengumpulan Semula mangsa-mangsa banjir (PRPS) . Pada tahun 1986 pula, YB. Kol (K) Dato' Hj. Omar bin Hj. Othman DSAP., DIMP., PJN, telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang bagi mmbuka pula penempatan Perumahan Awam Kos Rendah Kerajaan (PAKR).
01. Banyak fail yang perlu diperiksa.
02. Memikirkan apa yang terlupa.
03. Menjawab persoalan
04. Fail-fail sedang menanti giliran untuk disemak.
05. Menerangkan keperluan pemantauan.
06. Fail-fail yang telah siap diperiksa.
07. Ada makanan tengahari.
08. Mari berihat sekejap sebelum menyambung perbincangan.
09. Ada kek coklat dan pisang masak kuning
10. Masa makan.
11.Hidangan istimewa orang Kuala Medang. Gulai ikan patin, gulai daging, ikan sungai goreng, kerabu dan ulam.
12. Kerabu Kuala Medang
13. Ikan Patin Kuala Medang, sunggu berbeza. Ikan Patin Kuala Medang diternak dalam kolan yang mengalir airnya.
14. Menghantar laporan semasa kepada orang tersayang.
14. Bersiap untuk meninggalkan Kuala Medag dan menuju ke Felda Tersang 1.
15. Tukan masak Kuala Medang.
16. Berpuas hat.
No comments:
Post a Comment