Pada 5hb April 2013 (Khamis) Perpustakaan Desa Simpang Pelangai telah berpindah ke bangunan baru yang lebih selesa. Kerja gotong royong perpindahan ini telah di bantu oleh Penduduk Kampung Simpang pelangai.
Turut serta dalam gotong royong ini adalah Pengarah perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Hajjah Faridzah Binti Jaafar, Pegawai Tadbir Puan Murni dan Ketua Perpustakaan Daerah Bentong.
Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh warga Perpustakaan Awam Pahang dengan penduduk Kampung Simpang Pelangai telah melancarkan kerja memindahkan barang dari bangunan lama PD Simpang Pelangai ke bangunan baru PD Simpang Pelangai.
01. Dari bas ke lori
02. dari luar ke dalam bangunan
03. termenong seketika melihat makin banyak buku yang masuk
04. Dari lori ke dalam bangunan
05. Lelaki dan perempuan sama-sama bekerja
06.Dari pintu ke atas meja
07. Berbincang sekejap bagi menentukan nombor rak.
08. Puan Liza Pembantu Perpustakaan PD Simpang Pelangai berpeloh 'otak' memikirkan bagaimana nak selesaikan semua kerja-kerja menyusun buku.
09.Atas lantai atas meja , semuanya penuh dengan buku.
No comments:
Post a Comment