Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, January 17, 2014

Buku: Siri Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 oleh WS Uzala

Buku: Siri Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 oleh WS Uzala

No Perolehan: 2013-03388 
ISBN 978-967-0272-05-4(set)    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Buku Siri Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu Ini Merupakan sebuah set buku yang cuba mengimbaukembali sejarah pergolakan di Tanah Melayu dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.Pelbagai pahit getir telah dialami oleh para pejuang Tanah Melayu bagi memastikan Tanah Melayu bebas dari cengkaman pengganas komunis dan penjajah asing.

Tujuan buku ini ditulis agar generasi kini terutama para murid-murid sekolah mengetahui tentang detik-detik pahit pada era penjajahan dan pergolakan tersebut yang mengubah lanskap politik Tanah Melayu.

Dengan menhayati kesan negative di sebalik penjajahan dan pergolakan yang berlaku ini diharapkan generasi muda akan mendapat pengajaran betapa sengsaranya jika bumi yang kita cintai dijajah dan dimusnahkan oleh orang asing yang kemudian mengancam ketenteraman hidup.

Perjuangan demi perjuangan yang berlaku diharapkan membuka minda murid-murid betapa pentingnya rakyat Malaysia bersatu padu tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik untuk mempertahankan kedaulatan negara ini daripada dijajah semula sekalipun penjajahan dalam bentuk minda, fahaman atau pemikiran.

Buku ini adalah sesuai untuk bacaan murid sekolah rendah dan menengah selain orang awam yang dihiasi dengan gambar-gambar bagi menambah kefahaman tentang sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Judul:  Siri Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Pengarang: WS Uzala
Penerbit:.Smash Edu Resources,Kuala Lumpur.
Tahun terbitan: 2012
Harga: RM 55.00(seunit)
Mukasurat: 44 ms  
Rating:


No comments: