Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 30, 2015

Perasmian Ekspo Buku Islam Pahang Ke-14 2015

Ekspo buku Islam Pahang 14 telah dirasmikan oleh YB. Dato' Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad  ADUN Kerdau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tuga-Tugas Khas. Perasmianny telah berlangsung pada 29.9.2015 (Selasa) pada jam 4.00 petang. Turut hadir adalah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Hajjah Faridzah Jaafar.

Semoga koleksi gambar sekitar perasmian ini boleh memberi motivasi kepada para pembaca. Bersama gambar ini disertakan himpunan pantun tentang buku dan membaca yang dikongsi dari sember:
- ctnurza.blogspot.my
- cikgunorainimy.blogspot.my
- bukuria-malaysia.com
 01.Gugur di bangku sibunga sena,
Sena di lembah tinggalan bonda;
Bacalah buku takkira di mana,
Agar bertambah ilmu di dada.
 02.Pohon duku di tepi paya,
Payanya rata di Kampung tua;
Jadikan buku teman setia,
Pastinya kita tidak kecewa.
 03.Naik beca pergi meronda,
Meronda sendiri bersuka ria;
Banyak membaca mempertajamkan minda,
Itulah ciri insan berjaya.
 04.Cermin kaca kesayangan hamba,
Cantik berharga bermutu tinggi;
Buku dibaca ilmu ditimba,
Bertanyalah juga kepada yang mengetahui.
 05.Masak dalca belimbing besi,
Resipi tok wan jadi kegemaran;
Dengan membaca masa terisi,
Meningkatkan pengetahuan perolehi kepandaian.
 06.Bunga melur dalam jambangan,
Di tepi kolam menjadi hiasan.
Kucipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam empunya wawasan.
 07.Mekar sejambak bunga gubahan,
Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun menjadi bukti.
 08.Cerana kesumba indah melati,
Cantik tersemat dambaan puteri,
Ilmu ditimba sepenuh hati,
Kekuatan umat minda bestari.
 09. Harum sungguh bunga kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.
 10.Mekar angsana pandang tak jemu,
Bunganya luruh ke dalam raga,
Buku laksana lautan ilmu,
Dasarnya penuh mutiara berharga.
 11. Daun nipah kajangnya rapat,
Hidangan tetamu di Kuala Maran,
Buku menyimpan berjuta maklumat,
Fakta, ilmu, cereka dan hiburan.
 12. Anak muda pulang ke desa,
Ibu dan ayah lama menanti,
Warga membaca tak buang masa,
Khutub khanah teman sejati.
 13. Pohon pedada di dalam taman,
Jadi idaman si anak rusa,
Marilah anakanda marilah teman,
Kita membaca sepanjang masa.
 14. Meniti senja biasan mentari,
Merkah setitis menjelang kabut,
Bacalah buku setiap hari,
Takkan habis ilmu dituntut.
 15. Cantik sungguh si bunga kejora,
Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya.
 16. Rumah batu berpintu kaca,
Rumah Tuanku Malim Sutan,
Ambil buku mari dibaca,
Perintang hati diseru setan.
 16. Rumah batu berpintu kaca,
Tukangnya pula orang Tanggerang,
Kalau rindu bacalah buku,
Karena buku abang yang karang.
 17. Lampu sakti terang buana,
Orang berkisah buku dikarang,
Selera mati tidur tak lena,
Keluh-kesah ibadatmu kurang.
 18. Membaca buku karangan pendita,
Buku dibaca selepas mandi,
Negara Malaysia negara tercinta,
Biar di sini jiwa bersemadi.
 19. Dibalik tabir buku tersisip,
Pelita terpasang diatas bangku,
Setiap kufikir kepada nasib,
Ku rasa malang nasib bangsaku.
 20. Gulai parpu tidaklah pedas,
Kalau pedas campurlah gula,
Baca buku janganlah malas,
Kalau malas keciwa sudahnya.
 21. Beli buku dikedai India,
Untok adik darjah satu,
Pernahkan berlaku dalam dunia,
Lumpur dipijak menjadi batu?
 22. Baik-baik membaca buku,
Supaya isinya dapat disemak,
Baik-baik bertingkah laku,
Supaya akhlak tiada rosak.
 23. Baik-baik membaca buku,
Supaya fahaman tidak menyimpang,
Baik-baik bertingkah laku,
Supaya budi tidak terbuang.
 24. Baik-baik membaca buku,
Supaya mengerti fikiran orang,
Baik-baik bertingkah laku,
Supaya budi tidak terbuang.
 25. Baik-baik duduk menulis,
Jangan sampai merosak buku,
Baik-baik duduk di majlis,
Jangan sampai membawak malu.
 26. Harum semerbak si bunga tanjung,
Kuntumnya mekar di taman raja,
Penulis buku wajar disanjung,
Zaman berzaman selama-lamanya.
 27. Orang Sumatera ke Pulau Perca,
Orang Maluku ke Taj Mahal,
Pelbagai cara galakkan membaca,
Adakah buku harganya mahal?
 28. Anak Pengiran orangnya segar,
Memasak kuah di dalam kuali,
Dalam pameran kita berlegar,
Berapa buku sudah dibeli?
 29. Buah duku di mangkuk berkaca,
Pasang damar di atas peti,
Ada buku tak ingin dibaca,
Bila bercakap ikutkan hati
 30. Membaca buku di atas beranda,
Berandanya pula di pinggiran kota,
Giliran Tuanku Raja Muda,
Raja Puan Muda turut serta.
 31. Teringatkan zaman Tun Sri Lanang,
Penulis buku Sejarah Melayu,
Jasa ibu bapa tetap dikenang,
Memang disuruh ajaran wahyu.
 32. Ambil sapu lidi kelapa,
Bersih rumah halaman juga,
Baca buku rajin belajar,
Tingkah laku pun diamal juga.
 33. Tulis buku buat catatan,
Dalam alemari boleh disimpan,
Masih kecil di angan-angan,
Sudah besar jadi idaman.
 34. Pinjamlah buku diperpustakaan,
Bawalah membaca didepan halaman,
Mohonlah petunjuk dapatkan kebenaran,
Petunjuk yang nyata buatlah pedoman.
 35. Air masin tercurah di pokok melati,
Tumbuh segan hidup pun segan,
Kalau pengalaman sudah sebati,
Tulislah dalam buku buat ingatan.
 36. Tiga pantun terakhir ini dari sumber lima-leemas.blogspot.my

Di sana kuda di sini buaya,
Berdiri kaku anak sang sapi,
Ilmu berganda di alam maya,
Wajarkah buku dipandang sepi?
 37. Perahu didayung ke Langkasuka,
Membawa rotan jual dipasar,
Pintu pustaka sentiasa terbuka,
Malang kita tak mahu belajar

Ke teluk sudah ke kuala pun sudah,
Hilang arahnya dayungan perahu,
Baca sudah khatam pun sudah,
bila ditanya mengeleng tak tahu.

1 comment:

®CT Nurza said...

Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi berkongsi pantun-pantun spontan ciptaan saya ke laman ini. Amat terharu.Semoga bermanfaat untuk semua.

"Mari suburkan budaya membaca!"

Hormat dari saya.