Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, February 1, 2016

BUKU: MUSTAFA KAMAL ATARTURK oleh ABDUL LATIP TALIB

BUKU: MUSTAFA KAMAL ATARTURK oleh ABDUL LATIP TALIB

NO. PEROLEHAN :DBER 14-07420
CALL NO. : 956.10
ISBN : 9789674082239
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : SEJARAH DAN GEOGRAFI

ULASAN:
Mustafa Kamal Atarturk dilahirkan pada 19 Mei 1881.Ayahnya Ali Riza Efendi  merupakan berketurunan Turki.Ibunya Zubaidah Hanim juga berketurunan Turki.Ali Riza Efendi sangat memusuhi kerajaan Uthmaniah akibat terpengaruh dengan hasutan orang Yahudi Dunamah dan mengharapkan anaknya, Mustafa Kamal Atarturk menjadi penggerak untuk menumbangkan Kerajaan Uthmaniah.

Pada awalnya Mustafa Kamal Atarturk pernah dianggap sebagai Salahuddin Al-Ayubi kedua.Umat Islam menaruh harapan tinggi kepada beliau bagi memimpin negara-negara Islam.Namun kepercayaan tersebut semakin hari semakin pudar.Umat Islam mula berkata “Mustafa Kamal Atarturk sudah mengkhianati kami , dia yang bertanggungjawab mengakhiri empayar uthmaniyah, dia juga menjadikan Turki negara sekular dan menjadikan Islam sebagi musuh.

Beliau memerintahkan supaya azan dan bacaan Al-Quran ditukarkan ke bahasa Turki, sekolah agama ditutup, memaksa rakyar Turki meniru cara kehidupan barat sepenuhnya. Sesiapa yang ingkar arahannya akan dihukum gantung atas alasan melawan kerajaan Turki.

Ramai ulama dan saingan politiknya dikenakan hukuman gantung atas alasan melawan kerajaan Turki.

Akhirnya Mustafa Kamal Atarturk disahkan mengidap penyakit lever cyrus atau hepatitis iaitu penyakit bengkak di dalam perut dan hati dan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Keranda timah Mustafa Kamal Atarturk diletakkan di Muzium Etnografi di Ankara. 15 tahun kemudian, timbul persoalan berkaitan dengan mayat  tersebut.

Akhirnya mereka bersetuju mayat tersebut diletakkan di dalam sebuah bangunan yang terletak di sebuah bukit. Keranda itu tidak ditanam tetapi diletakkan di satu tempat khas di dalam bangunan marmar tersebut.

Sebelum itu ada cubaan mayatnya cuba ditanam tapi keesokan harinya kubur itu berlubang dan keranda itu dimuntahkan keluar.

Ulama-ulama pada masa itu mengatakan bukan sahaja di bumi Turki, malah seluruh bumi Allah ini tidak menerima jasad Mustafa Kamal Atarturk.

Inilah kisah Mustafa Kamal Atarturk yang menjadi penegak agenda Yahudi.

JUDUL : MUSTAFA KAMAL ATARTURK: PENEGAK AGENDA YAHUDI
PENGARANG : ABDUL LATIP TALIB
PENERBIT : PTS LITERA UTAMA SDN. BHD
TAHUN TERBIT :2014
HARGA :RM14.40
MUKA SURAT :343
RATING :4/5

No comments: