Cikgu Norafizah sentiasa berusaha untuk Cemerlang Bersama Pengawas Pusat Sumber SK Seri Biram Pekan. Cikgu Norafizah bt Abdul Razak telah memberikan ceramah dalam Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah selama 15 tahun. Cikgu Norafizah sememangnya guru yang berpengalaman
mengajar lebih 20 tahun. Di Sekolah Berprestasi
Tinggi SK Seri Biram Pekan Pahang beliau giat menjalankan tugas sebagai Guru
Cemerlang Perpustakaan dan Media.
Antara tugas utama adalah mengangkat martabat Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangasaan Seri Biram Pekan Pahang. Mereka perlu tahu batapa luasnya peranan yang boleh dimainkan oleh pusat sumber sekolah. Pengguan atau pembaca tidak akan datang dengan sendiri mencari buku-buku di pusat sumber. Buku-buku teks pun tidak habis dikaji dan di baca. Tetapi jika pelajar atau pengguna tahu kepentingan mengembangkan minda melalui pembacaan maka mereka akan memanggil buku datang kepada mereka.
01. Pusat sumber sekolah sebenarnya mempunyai jaringan yang amat besar lan luas. Jika jaringan ini digabungkan dengan jaringan perpustakaan awam di peringkat daerah, cawangan dan desa diseluruh negeri Pahang ianya akan menjadi satu struktur yang amat manpat dengan pelbagai ilmu dan kepakaran.
02. Hari ini setiap sekolah di seluruh Malaysia telah dilengkapkan dengan kemudahan Pusat Sumber Sekolah (PSS). PSS memainkan peranan penting dalam pendidikan kerana merupakan satu sumber bagi keperluan murid-murid mendapatkan ilmu. Malah kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi memastikan perlaksanaan PSS di sekolah supaya dapat membantu dalam menigkatkan pengajaran dan pembelajaraan (P&P) murid di sekolah. Antara kemudahan PSS yang standard di sekolah adalah seperti Perpustakaan, Bilik Media, Bilik Tayang, Bilik Alat Bantu Mengajar(ABM) dan Makmal Komputer. Bagi memastikan keberkesanan pengurusan dan penggunaan PSS maka pemantauan berkala harus dilaksanakan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan rangkaiannya Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri serta Pusat Kegiatan Guru . Maka pihak KPM mendapati aktiviti pemantauan merupakan suatu agenda yang penting dalam pedidikan bagi memastikan kelangsungan system pendidikan pada masa depan.
rujuk: pkgairhitampss.blogspot.my
03. Perpustakaan sekolah juga dapat mengelakkan murid daripada membazir masa atas perkara yang sia-sia seperti lepak. Murid dapat mengisi masa lapang mereka di perpustakaan sekolah. Dengan ini, amalan membaca juga boleh dipupuk di kalangan murid. Di samping itu, murid juga dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan di perpustakaan. Sekiranya seseorang murid pergi ke perpustakaan, dia boleh berjumpa dengan kawannya di sana. Perpustakaan ialah tempat yang sesuai untuk murid-murid berjumpa dan membuat kerja sekolah bersama-sama.
Rujuk: skor-a-bm.blogspot.my
04. Murid dapat membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Perpustakaan menyediakan pelbagai bahan rujukan spt. buku teks, buku ulasan, buku ulang kaji, kertas model, surat khabar, jurnal, majalah, dll. Bahan-bahan ini dapat meningkatkan pengetahuan murid/remaja. Khususnya murid yang akan menduduki peperiksaan utama spt PMR, SPM, STPM.Bahan disediakan secara percuma dan boleh dipinjam oleh murid.Sesuai dengan Peribahasa yang berbunyi Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
No comments:
Post a Comment