Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, December 23, 2016

Buku: Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis oleh A. Salleh

Buku: Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis oleh A. Salleh

Buku: Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis
Pengarang:N. A. Salleh
No. perolehan: 36855-08
No. panggilan: 899.2313 NAS
ISBN: 978-983-43425-7-9
Bahasa: Melayu
Kategori: Kesusateraan dan Retorik

Ulasan:

Buku ini mengandungi pelbagai informasi dan segala maklumat tentang pantun. Sebagai contoh, asal-usul pantun, fungsi pantun, teknik penciptaan pantun, senarai kata berima (pembayang) dan banyak itu. Terdapat pelbagai jenis pantun yang terdapat didalam buku ini yang boleh dijadikan panduan dan rujukan oleh sesiapa sahaja yang ingin belajar dan mengetahui jenis-jenis pantun yang sesuai digunakan dalam majlis-majlis tertentu. Antara contoh pantun yang terdapat didalam buku ini adalah pantun memulakan majlis, pantun bacaan doa, pantun mempersilakan tamu memberi ucapan dan pelbagai lagi. Kebiasaanya, pada zaman dahulu bangsa Melayu suka memulakan sesuatu percakapan atau berkias dengan pantun dan telah menjadi adat Melayu sejak dari dulu. Justeru, secara tidak langsung sesiapa yang membaca buku ini dapat mengekalkan adat Melayu dengan mempelajari pantun-pantun yang ada dan sesungguhnya bahasa yang digunakan dalam pantun ini amatlah indah dan sopan.

Judul: Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis
Pengarang:N. A. Salleh
Penerbit: Penerbit Al-Falah
Tahunterbit: 2008
Harga: RM 20.00

Ulasan oleh
En. Abdul Hakim bin Abdul Rashid
Ketua Perpustakaan Daerah

No comments: