Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, December 7, 2016

Buku: Israk Mikraj oleh Armansyah

No Perolehan: 12-04394
ISBN: 978-1-101-87439-4
Kategori: 297.633 ARM

Ringkasan/ Ulasan:
Israk Mikraj: tinjauan saintifik disebalik kontroversi

Dalam sejarah kenabian Muhammad, tidak ada mukjizat selain dari pembelahan bulan yang mendatangkan kontroversi sepanjang zaman kecuali peristiwa Israk dan Mikraj.

Ada yang menganggap kisah tersebut hanyalah khayalan dan mimpi Nabi Muhammad. Ada yang menganggap itu hanyalah cerita rekaan para penulis hadis.

Persoalan ini menjadi begitu kompleks sehingga golongan yang mengingkarinya berhujah dengan fakta-fakta sumber hadis yang sahih. Manakala golongan pembela pula sebahagiannya memendamkan hujah itu dan membiarkan iman memutuskan kebenarannya.

Buku Israk & Mikraj: Tinjauan Saintifik di Sebalik Kontroversi menjawab dakwaan-dakwaan yang berkaitan dengan peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad menggunakan hujah al-Quran, hadis, fakta saintifik dan logik yang menggunakan analogi yang mudah diterima malah sering dialami di sekeliling kita.

Judul: Israk Mikraj: tinjauan saintifik disebalik kontroversi
Pengarang: Armansyah
Penerbit: PTS Islamika Sdn. bhd.
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM16.00
Muka surat: 203
Rating: 4

Ulasan oleh:
Zulaiha Ahmad
Ketua Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh

No comments: