BUKU APA KATA ISLAM MENGENAI MANUSIA oleh MAHMOOD ZUHDI ABDUL MAJID
TAJUK BUKU:APA KATA ISLAM MENGENAI MANUSIA
PENGARANG:MAHMOOD ZUHDI ABDUL MAJID
NO.PANGGILAN:297.57 MAH
ISBN:978-967-5137-80-8
PENERBIT:PTS ISLAMIKA SDN. BHD
TAHUN TERBIT:2010
EDISI BAHASA:BAHASA MELAYU
HARGA:RM 16.00
ULASAN BUKU ;
Buku ini menghuraikan pelbagai aspek berkaitan dengan hidup manusia sebagai khalifah di dunia. Buku ini menyentuh mengenai peranan manusia dalam melaksanakan tanggungjawab mentadbir alam ini seperti merupakan aset paling bernilai kepada manusia di seluruh alam dan menjadi panduan lengkap bagi menjalani kehidupan seharian adalah al-Quran. Umat Islam hilang kuasa kepimpinan di peringkat antarabangsa apabila meninggalkan hukum Allah. Modal insan yang berteraskan nilai-nilai Islam berjaya mempersiapkan individu yang mampu mendepani segala permasalahan sosial. Kekufuran tidak menghalang seseorang itu daripada mendapat keadilan Islam. Turut memuatkan petunjuk-petunjuk daripada Al-Quran dan hadis bagi memperkukuhkan hujah-hujah yang ada dalam setiap huraian tajuk-tajuk perbahasan dalam buku ini. Setiap topik perbincangan dijelaskan dengan gaya bahasa yang mudah, ringkas dan padat supaya ianya senang difahami oleh para pembaca.
ulasan oleh:
Puan Norizan Abdullah
Ketua Perpustakaan Daerah Jerantut
No comments:
Post a Comment