Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, December 6, 2016

BUKU : DINOSAUR HUNT: Serch, Find and count terbitan Glenn Johnstone

BUKU : DINOSAUR HUNT: Serch, Find and count terbitan Glenn Johnstone

Buku ini sangat menarik bagi golongan kanak-kanak untuk mengenali jenis-jenis dinosaur dan bagaimana bentuk dan rupa dinosaur tersebut.

Buku ini memaparkan lebih kurang 31 jenis dinosaur yang wujud pada zaman dahulu dan ianya dikategorikan kepada lima bahagian iaitu pemakan daging, pemakan tumbuh-tumbuhan, berenang, terbang dan berperisai.

Ilustrasi yang menarik dengan pelbagai warna dan bentuk di dalam buku ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca buku ini.

Bagi kanak-kanak yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang bentuk dan rupa dinosaur mereka boleh melakukan aktiviti dengan menyuluh gambar-gambar dinosaur yang terdapat di dalam buku ini dengan menggunakan lampu suluh dan mengira jumlah dinosaur yang mereka jumpa.

Penerbit: Glenn Johnstone, 2012

Ulasan oleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin
Cik Norhidayah binti Salleh

No comments: