Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, September 10, 2017

BUKU: EMERGENCY TAUBAT MENGAPA DAN BAGAIMANA? PENULIS:MUHAMMAD RAMZI OMAR PENERBIT: PSN Publication

BUKU: EMERGENCY TAUBAT MENGAPA DAN BAGAIMANA? PENULIS:MUHAMMAD RAMZI OMAR PENERBIT: PSN Publication

Buku EMERGENCY TAUBAT MENGAPA DAN BAGAIMANA? ini merupakan saringan kitab Ihya’ Ulumiddin tulisan Imam al-Ghazali. Dalam buku ini  Imam al-Ghazali menerangkan hakikat taubat yang kewajipannya meliputi semua orang dan keadaan.

Sekiranya taubat  dilaksanakan dengan sempurna sudah tentu taubat itu diterimanya. Selain itu,sebab-sebab yang mewajibkan taubat,pembahagian dosa besar dan dosa kecil,dosa yang berkaitan dengan manusia dan yang berkaitan dengan Allah SWT turut diceritakan dalam buku ini.

Buku ini juga menjelaskan syarat-syarat taubat dan kekekalannya,kaedah menebus apa-apa yang telah luput kembali,kaedah mengkifaratkan dosa,faktor yang mendorong manusia bertaubat  dan cara untuk merungkaikan kekekalan membuat dosa.

Semoga buku ini dapat menjadi panduan dan bimbingan mengenai taubat supaya kita sentiasa hidup dalam diredhai Allah SWT kerana pintu taubat sentiasa terbuka sebelum tibanya ajal.

PENULIS:MUHAMMAD RAMZI OMAR
PENERBIT :PSN Publication Sdn.Bhd
TAHUN TERBITAN:2014
JUMLAH MUKA SURAT:270
HARGA:RM 28.00
NO PEROLEHAN:297.22  MUH
NO ISBN: 978 967 11599 3 4

Disediakan Oleh:
Farah Naz Alia Rosli
Pembantu Perpustakaan
Pd Muadzam Shah

Disemak Oleh:
Norhidayah Binti Salleh
Ketua Perpustakaan Daerah
Perpustakaan Awam Daerah Rompin

No comments: