Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, March 22, 2018

BUKU Tangis Umat PENULIS Ebit Lew PENERBIT Transform Publication

ULASAN BUKU JANUARI

BUKU Tangis Umat PENULIS Ebit Lew PENERBIT Transform Publication

BUKU: TANGISAN UMAT
Buku ‘Tangisan Umat’ hasil tulisan Ebit Lew ini sangat berbeza dengan buku-buku lain. Tidak banyak penulis yang melihat sisi ini dalam karya penulisan mereka. ‘

Tangisan Umat’ tulisan beliau sangat menyentuh rasa dan memberi makna yang sungguh mendalam untuk dihayati dan dipelajari. Beliau berjaya mengupas isu tangisan dalam kehidupan  kini dengan membuat perbandingan tangisan umat-umat terdahulu yang lebih banyak menangis untuk tujuan memperjuangan agama Islam dan mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Setiap  aspek tangisan yang ditulis memberi makna dan cerita berbeza yang mempunyai hikmah dan makna.

Membaca buku ini akan memberi banyak kesedaran bertapa tangisan itu bukan sekadar keluarnya air mata tanda kelemahan tetapi lebih dari itu. Tangisan itu meluahkan perasaan yang pelbagai. Keinsafan, keredhaan, perngorbanan dan lain-lain.

Membaca buku ini juga menjadikan kita lebih menyedari erti tangisan umat-umat terdahulu yang banyak berkorban memperjuangkan agama dan kebenaran untuk membentuk tamadun umat masa kini yang kukuh dengan akhlak dan pegangan agama.

Bagi yang ingin mendalami erti tangisan kupasan penulis, buku ini amat sesuai sekiranya ingin menilai sejauh manakah erti tangisan umat hari ini dan umat masa dulu.

Penulis: Ebit Lew
Penerbit: Transform Publication
No Panggilan: 297.22
Harga: RM25.00/RM26.90

Pengulas:
Nur Diana Binti Abdullah,
Perpustakaan Desa Bukit Ibam

Disemak Oleh:
Norhidayah Binti Salleh,
KPD Rompin

No comments: