BUKU Asas Pengurusan Perpustakaan Nooraini Ismail Institut Terjemahan 2017
ISBN: 978-967-460-405-9
Call No: 025.1 NOO
Harga: RM 20.00
Penulis: Nooraini Ismail
Tahun Diterbitkan: 2017
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad
Bahasa: Melayu
Buku Asas Pengurusan Perpustakaan ini, bertujuan untuk mendedahkan bagaimana sesebuah perpustakaan itu beroperasi. Ianya bersesuaian dengan mereka yang baru berjinak dengan industri kepustakawanan di Malaysia dan bagi individu yang bertugas dan bertangungjawab menguruskan dan mentadbir perpustakaan.
Buku ini merangkumi Sembilan (9) bab, dan ia menjelaskan dari pengenalan bagi sesebuah perpustakaan hinggalah bagaimana seseorang pentadbir perpustakaan dapat mengautomasikan sistem yang boleh dijalankan di sesebuah perpustakaan.
Dengan adanya buku ini, bagi seseorang yang baru menceburi bidang ini dapat membantu dalam menguruskan sesebuah perpustakaan. Ini kerana, buku memberi gambaran serba sedikit mengenai tugas-tugas dan peranan yang harus dilaksanakan sebagai seorang pustakawan.
Ulasan oleh
SITI JUWITA BINTI ABDUL RAHIM
PAD LIPIS
Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.
No comments:
Post a Comment