Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, March 11, 2018

Buku Tip Menulis Teks Siti Zaleha M Hashim Institut Terjemahan 2014

JANUARI 2018
Buku Tip Menulis Teks Siti Zaleha M Hashim Institut Terjemahan 2014

ISBN: 978-967-430-129-3
Call No: 805.51 SIT
Harga: RM 16.00
Penulis: Siti Zaleha M.Hashim
Tahun Diterbitkan: 2014
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad
Bahasa: Melayu

Seperti mana yang kita tahu dalam memikul tugas sebagai pengacara majlis bukanlah satu tugas yang mudah. Bagi mereka yang baru menjinakkan diri dalam tugas ini. Buku ini adalah yang terbaik. Ini kerana ia memberi penjelasan yang baik dan panduan dalam menjadi pengacara majlis.

Buku ini juga memnjelaskan bahagian-bahagian penting, teks yang bersesuai mengikut majlis. Ia tidak hanya tertumpu pada majlis formal sahaja. Dalam naskah ini juga ia mengajar bagaimana untuk menjadikan majlis yang dikendalikan menjadi teratur dan menarik.

Ia menjelaskan dari persediaan awal hinggalah ke bahagian penutup dalam mengendalikan sesuatu majlis. Sebagai contoh, ia menjelaskan dari persediaan awal dimana kita perlu mengenal majlis tersebut sama ada ia majlis perasmian atau sebagainya. Selain itu, kita juga perlu kenal khalayak yang akan menjadi penonton, samada dalam majlis tersebut mempunyai tetamu kehormat atau hanya majlis santai. Dan banyak lagi perkara-perkara yang perlu diambil dan digunakan dalam menjalankan tugas sebagai pengacara majlis

Ulasan oleh
SITI JUWITA BINTI ABDUL RAHIM
PAD LIPIS

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

No comments: