Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, June 28, 2018

BUKU Strok: Menangani Kesihatan Cara Holistik PENULIS Nor HanisHashim PENERBIT Synergy Media RM11.00

ULASAN BUKU APRIL2018
BUKU Strok: Menangani Kesihatan Cara Holistik PENULIS Nor HanisHashim PENERBIT Synergy Media RM11.00

No Perolehan : 13-03738
No Panggilan : 616.8106 CAR

ISBN: 9789673719051
Kategori: Dewasa
Ringkasan / Ulasan:
Strok antara penyakit yang menyerang manusia secara senyap tanpa sebarang amaran. Ramai penghidapnya tidak menyedari bahawa mereka mempunyai risiko diserang strok. Sangat sedikit penghidap strok yang boleh pulih seperti sediakala.

Buku ini memuatkan penyebab serta cara-cara mengatasinya dengan ubat tradisional, diet makanan dan terapi jus. Fakta menunjukkan bukan hanya orang berusia di atas 50 tahun yang diserang strok tetapi juga mereka yang berusia di bawah 50 tahun. Penyebab penyakit strok yang tidak boleh dicegah seperti factor keturunan danusia.Terdapat juga factor risiko strok yang dapat dicegah seperti hipertensi, Kolesterol, diabetes, merokok dan minuman beralkohol.

Strok terbahagi kepada dua jenis iaitu strok iskemik dan strok hemoragik. Strok iskemik terjadi pada sel-sel otak yang mengalami kekurangan oksigen dan nutrisi yang disebabkan penyempitan atau penyumbatan pada pembuluh darah. Manakala strok hemoragik adalah strok pendarahan yang terjadi akibat pecahnya pembuluh darah di otak. Buku ini juga menyediakan menu sihat untuk penghidap strok berserta gambar bagi memudahkan lagi pembaca untuk membuat rujukan

Judul: Menangani Kesihatan Cara HolistikStrok
Pengarang: Nor HanisHashim
Penerbit: Synergy Media
TahunTerbit:
Harga: RM 11.92
Mukasurat: 83
Rating: -

Disediakan oleh : Disemak oleh :

Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah                                                    Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan                                                                        Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                          PAD Maran

No comments: