Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Saturday, June 16, 2018

BUKU Fakta Saintifik Surah Yasin PENULIS Zul Hilmei Mohamad Rohani PENERBIT Must Read 2017 RM25.00

ULASAN BUKU Mei 2018
BUKU Fakta Saintifik Surah Yasin PENULIS Zul Hilmei Mohamad Rohani PENERBIT Must Read 2017 RM25

No Perolehan :  EPER 17-000922
ISBN: 978-967-2038-16-0
Kategori: Agama
Ringkasan / Umum :

Buku Fakta Saintifik Surah Yasin tulisan Zul Hilmei Mohamad Rohani ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh penulisan fakta, pengumuman dan pengajaran sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh pencarian ilmu agama.

Fakta Saintifik Surah Yasin merupakan koleksi buku yang tujuan asal kajian untuk mencari bukti kekuasaan Allah SWT menghidupkan manusia yang telah mati. Mereka yang menolak kebangkitan semula akan menolak wujudnya syurga dan neraka, seterusnya menolak wujudnya Allah SWT sebagai Pencipta manusia. Dr. Wahbah az-Zuhaili menyatakan surah Yasin mengemukakan bukti kepada manusia agar melihat kekuasaan Allah SWT seperti menghidupkan bumi yang mati menjadi subur. Buku ini menampilkan fakta-fakta kajian yang ada dalam surah Yasin bagi membuktikan bahawa kehidupan selepas mati itu memang benar-benar wujud.

Judul: Fakta Saintifik Surah Yasin
Pengarang: Zul Hilmei Mohamad Rohani
Penerbit: Must Read Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2017
Harga: Rm 25.00
Muka surat: 202
Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :

Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya 3 PAD Pekan

No comments: