No Perolehan:
ISBN: 9789675249006
Kategori: Agama Islam
Ringkasan/ Ulasan
Koleksi peribadi ini menceritakan tentang cinta. Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang "terbungkus" kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat "malu-malu", berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa.
Ia seakan-akan menjadi "taboo" dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya "ahli" hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian. Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini.
Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan.
Ia dihidangkan "live"! Jika mampu kami gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT.
Ini jelas diisyaratkan oleh al Quran sendiri seperti firmanNya yang bermaksud: "Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu." Surah al Imran Ayat 31.
Buku: Kisah Cinta Dalam Al-Quran
Pengarang: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit: Anbakri Publika
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM23.00
Muka surat: 241
Rating: 5
Ulasan Oleh:
Puan Zulaiha Ahmad,
PAD Temerloh
No comments:
Post a Comment