Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, October 11, 2019

Buku: Pembangunan Kontemporari Orang Asli. Penerbit: Universiti Putra Malaysia

No Perolehan: DTEM007118/19                                           
ISBN: 978-967-344-822-7
Kategori: 305.899223
Ringkasan/ Ulasan

Buku ini mengandungi 14 bab yang mengupas mengenai pembangunan kontemporari masyarakat Orang Asli yang ditulis pakar dalam bidang sains sosial.Pelbagai proses perubahan sejak sebelum merdeka dan sehingga kini telah berlaku dikalangan masyarakat Orang Asli yang merupakan penduduk peribumi dari segi pembangunan sosioekonomi,pendidikan,budaya dan lain-lain.
 
Dasar pembangunan yang direncanakan oleh pihak kerajaan telah banyak mengubah pembangunan masyarakat Orang Asli masa kini. Penghasilan buku ini dapat memperkayakan bidang pengajian minoriti untuk menjadi sumber rujukan para ilmuwan dan pelajar universiti .
   
Masyarakat arus perdana dapat mengenali dan mendekati masyarakat Orang Asli yang mempunyai pelbagai warisan dan budaya yang istimewa yang terdiri daripada 18 suku kaum apabila membaca buku ini.

Judul: Pembangunan Kontemporari Oranga Asli
Pengarang: -
Penerbit: Universiti Putra Malaysia
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM48.00
Muka surat: 248
Rating: 3/2019

Ulasan oleh :
Lizune a/l Met,
Pembantu Pustakawan PAD Temerloh
         


No comments: