ULASAN BUKU BULAN JANUARI 2020
Buku PANDUAN HAJI UMRAH DAN ZIARAH oleh HAJI
ABU MAZAYA AL HAFIZ
JUDUL BUKU PANDUAN HAJI , UMRAH DAN ZIARAH
PENGARANG HAJI ABU MAZAYA AL - HAFIZ
NO. PANGGILAN 297.352 / ABU
ISBN 978-967-439-314-4
PENERBIT AL-HIDAYAH
HOUSE OF PUBLISHERS SDN.BHD.
TARIKH / TAHUN TERBIT 2018
EDISI BAHASA BAHASA MELAYU
HARGA RM19.90
ULASAN BUKU
Buku ini disusun dalam usaha untuk
membantu dan membimbing calon-calon tetamu Allah SWTdi Tanah Suci .
Penyusunan buku ini sangat sistematik dan mengikut tertib dalam melaksanakan
ibadah Haji ,Umrah dan Ziarah bermula dari rumah sehinggalah selamat tiba di
tanah air semula.
Dalam melaksanakan penyusunan buku ini ,
penyusun juga berusaha untuk menjauhi dari pelbagai amalan yang menjadi
ikhtilaf , iaitu perbezaan pandangan ulama. Bagaimanapun sekiranya didapati ia
hanya berkenaan perkara-perkara furuk, dimana InsyaAllah tidak akan mencacatkan
ibadah anda.
Persediaan yang lengkap adalah amat
penting bagi semua bakal Haji dan Umrah sebelum menyahut panggilan
Baitullah. Bukan sahaja dari segi fizikal , kesihatan dan kewangan malah
persediaan dari segi psikologi dan ilmu adalah amat dituntut.
Buku ini mengandung amalan rukun wajib
dan sunat yang dipersembahkan secara ringkas dan praktikal . Disertakan dengan
doa-doa serta amalan-amalan yang boleh diamalkan bagi menambahkan keberkatan
serta kenikmatan ibadah Haji dan Umrah.
Semoga dengan persiapan yang lengkap dan
hati yang ikhlas dan khusyuk akan dianugrahkan Haji dan Umrah
yang mabrur dan diterima ibadah dan meningkatkan keberkatan Allah SWT.
Moga buku ini member manfaat kepada para pembaca sekalian.
[shopee]
No comments:
Post a Comment