Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, August 10, 2020

BUKU WARIS DUKUN HITAM oleh SYIKIN ZAINAL penerbit KARNADYA PUBLISHING tahun 2017

NO. PEROLEHAN :DBER 17-001443
CALL NO. : FMD SYI
ISBN : 978-967-406-246-0
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : FIKSYEN MELAYU DEWASA

ULASAN: 
Buku ini mengisahkan embun iaitu seorang pewaris dukun hitam yang diamalkan oleh nek kuntum seorang dukun ampuh di zaman silam. Embun dijaga oleh nek kuntum sejak masih kecil setelah kedua ibubapanya telah dibunuh oleh nek kuntum sendiri dan diasingkan daripada penduduk kampung kerana tidak mahu embun berpaling dari ajaran nek kuntum sebagai pewaris sah dukun hitam dan mahu mempersiapkan embun sebelum menerima ilmu tengkorak hitam.embun telah diselamatkan oleh tok tua dan berkahwin dengan yusoff namun satu peristiwa dendam orang kaya leman telah menyebabkan embun kembali terjebak dengan ilmu dukun hitam dan mewarisinya daripada nek kuntum.

Demi dendam kerana ditinggalkan oleh suaminya yusoff bersama empat orang anaknya iaitu salmah,adam,idris dan khatijah,embun terus hanyut dengan ilmu dukun hitam dan kembali membalas dendam dan berusaha mendapatkan pewaris seterusnya. Dengan ilmu agama yang kuat ajaran toknyang yusoff bagi menjaga keturunanya dari menjadi pewaris ilmu dukun hitam, adam dan cucunya adzim berjaya menghapuskan tengkorak hitam dari terus menyambung pewarisnya.

JUDUL : WARIS DUKUN HITAM
PENGARANG :  SYIKIN ZAINAL
PENERBIT : KARNADYA PUBLISHING SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2017
HARGA :RM22.00
MUKA SURAT :387
RATING :5/5

No comments: