Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, August 19, 2020

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

ENAKMEN PENUBUHAN

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973 dan diwartakan di dalam warta kerajaan No. 11 tahun 1973 pada 4 Oktober 1973.

Pada tahun 1972, Kerajaan Negeri Pahang telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji penggubalan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa Khutub Khanah Umum Kuantan.

MULAKAN OPERASI

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah memulakan operasinya untuk masyarakat di bangunan Rumah Rehat lama di Jalan Masjid, Kuantan pada tahun 1976. Pada tahun 1985, berpindah ke Bangunan lama Dewan Undangan Negeri di Jalan Gambut dan telah dirasmikan pada 28 Oktober 1987 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah.

PERTAMBAHAN PERPUSTAKAAN

Sejak itu, perkhidmatan perpustakaan semakin berkembang ke semua 11 Daerah di Negeri Pahang dengan penubuhan Perpustakaan Daerah, Cawangan, Perpustakaan Bergerak (Pinjaman kelompok) dan Perpustakaan Desa. Sehingga kini, PPAP mempunyai 1 buah Perpustakaan Negeri, 10 buah Perpustakaan Daerah, 2 buah Perpustakaan Cawangan, 28 buah Perpustakaan Desa Negeri, 33 buah Perpustakaan Desa PNM, 1 Unit Bas bergerak Multimedia e-Pustaka dan 4 unit Perpustakaan Bergerak yang kini menjalankan perkhidmatan pinjaman kelompok di luar bandar di seluruh Negeri Pahang.

BANGUNAN BARU

Bangunan Perpustakaan Awam Pahang kini telah berpindah ke bangunan baharu di Lot 10, Jalan Kemunting, Kuantan. Bangunan berkeluasan 12,000 meter persegi ini merupakan mercu tanda ilmu Negeri Pahang yang tersergam megah di hadapan Padang MPK 4, di pintu masuk ke Bandar Kuantan, menjadi tarikan perhatian setiap warga yang memandangnya. Berada di lokasi baharu ini, amat hampir dengan kawasan tumpuan awam iaitu Hospital Tengku Ampuan Afzan, sekolah rendah dan menengah, ibu pejabat Majlis Perbandaran Kuantan dan kawasan residensi Seri Kemunting.

Selain itu, kedudukan berhadapan jalan utama memudahkan warga yang menggunakan pengangkutan awam untuk datang ke perpustakaan. Selain itu, 152 petak parkir kereta, 5 petak parkir bas, 36 petak parkir motorsikal dan 2 petak parkir Orang Kelainan Upaya  juga disediakan untuk kemudahan pengguna.

Perpustakaan kini memberikan perkhidmatan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, meliputi semua keperluan pembacaan, pembelajaran, rekreasi serta ICT. Perpustakaan akan terus komited memberikan perkhidmatan keilmuan untuk keperluan masyarakat.

PERPUSTAKAAN DESA NEGERI

Perpustakaan Desa Negeri yang pertama ditubuhkan ialah Perpustakaan Desa Kg Gua, di Lipis iaitu pada tahun 1992. Sejak itu, perkembangan perpustakaan desa semakin pesat merangkumi segenap desa di daerah yang ada di Negeri Pahang. Sehingga kini terdapat 27 Perpustakaan Desa dan 1 Perpustakaan Komuniti di bawah Pengurusan Perpustakaan Negeri.

Senarai Perpustakaan Desa Dan Tahun Operasi :-

1. PDN Gua, 1992

2. PDN Sanggang, 1993

3. PDN Chenor, 1993

4. PDN Jenderak Loop,1994

5. PDN Seri Mahkota, 1994

6. PDN Benta, 1995

7. PDN Peramu Jaya , 1995

8. PDN Luit, 1995

9. PDN Sungai Lembing, 1996

10. PDN Paloh Hinai, 1996

11. PDN Balok, 1997

12. PDN Lepar Hilir, 1998

13. PDN Pelangai, 1998

14. PDN Janda Baik, 1998

15. PDN Leban Chondong, 1998

16. PDN Jeruas, 1999

17. PDN Ulu Gali, 1999

18. PDN Damak, 1999

19. PDN Felda Kemasul, 2000

20. PDn Muadzam Shah

21. PDN Jambu Rias, 2001

22. PDN Kerdau, 2001

23. PDN Ibam, 2001

24. PDN Kerdau, 2001

25. PDN Pulau Tawar, 2001

26. PDN Mengkarak, 2002

27. PDN Lurah Bilut, 2005

28. Perpustakaan Komuniti Bukit Fraser, 2018

PERKHIDMATAN BERGERAK

Perkhidmatan Bergerak secara rasmi bermula pada tahun 1981. Pada peringkat awal  penubuhannya ialah menggunakan Van Ford Transit yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang Dato Seri Najib Tun Razak di Sekolah Tg Agas, Pekan.

Perkhidmatan Bas Bergerak hanya bermula pada tahun 1983. Bas Bergerak 1 dengan nombor pendaftaran CT 216 telah dirasmikan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah (kini Yang Dipertuan Agong). Keseluruhan Perkhidmatan Bas Bergerak ialah 14 buah dan 2 bas U-Pustaka. Pada hari ini Perkhidmatan Bas Bergerak yang masih beroperasi ialah hanya 4 buah sahaja  iaitu di Raub, Jerantut, Temerloh dan Maran.

Senarai Bas Bergerak Dan Tahun Operasi:

Bas Bergerak 1, 1983 (Kuantan)

Bas Bergerak 2, 1984 (Kuantan)

Bas Bergerak 3, 1990 (Bentong)

Bas bergerak 4, 1999 (Jerantut)

Bas Bergerak 5, 1992 (Maran)

Bas Bergerak 6, 1993 (Lipis)

Bas Bergerak 7, 1995 (Temerloh)

Bas Bergerak 8, 1994 (Rompin)

Bas Bergark 9, 1995 (Pekan)

Bas Bergerak 10, 1997 (Kuantan)

Bas Bergerak 11,1998 (Bentong)

Bas Bergerak 12, (Pekan)

Bas Bergerak 13, 1999 (Raub)

Bas Bergerak 14,1999 (Jerantut)

Bas U- Pustaka

Bas U- Pustaka

PERPUSTAKAAN DESA KHAS

Penubuhan Perpustakaan Desa Khas di Negeri Pahang bermula pada tahun 2005 apabila tertubuh 20 Perpustakaan Desa Khas (PDK) oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Perkembangannya bagai cendawan tumbuh, apabila Perpustakaan Negara telah menambah bilangan PDK pada tahun 2007. Sehingga kini jumlah Perpustakaan Desa Khas yang beroperasi di Negeri Pahang ialah 33 buah.

Senarai Perpustakaan Desa Khas:

1. PDK Indera Mahkota, 1995 (Dari PDN ditukar jadi PDK pada tahun 2014)

2. PDK Seri Hamzah, 2005

3. PDK Seri Buntar, 2005

4. PDK Batu Papan, 2005

5. PDK Lamir, 2005

6. PDK Runchang, 2005

7. PDK Panching/ Mylike Panching, 2005 

8. PDK Cherating, 2005

9. PDK Bukit Betong, 2005

10. PDK Mela, 2005

11. PDK Relong, 2005

12. PDK Kuala Medang, 2005

13. PDK Tanjung Besar, 2005

14. PDK Batu Sawar, 2005

15. PDK Bandar Tun Razak, 2005

16. PDK Tanjung Gemok, 2005

17. PDK Kuala Sentul, 2005

18. PDK Bukit Nikmat, 2005

19. PDK Kuala Mai, 2005

20. PDK Tanjung Kerayong, 2005

21. PDK Pulau Rusa, 2007

22. PDK Dusun, 2007

23. PDK Felda Tersang, 2007

24. PDK Kg Bintang, 2007

25. PDK Simpang Sepayang, 2007

26. PDK Perpat, 2007

27. PDK Bukit Kening, 2007

28. PDK Seberang Chenor, 2007

29. PDK Pekan Awah, 2007

30. PDK Senggora, 2007

31. PDK Telok Sentang, 2007

32. PDK New Zealand, 2009

33. PDK Lebu, 2017

KEMASKINI 18.8.2020

No comments: