Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, November 5, 2020

BUKU: SIRI MENITI TANGGA KEJAYAAN: MENGHADAPI POLITIK PEJABAT

BUKU: SIRI MENITI TANGGA KEJAYAAN: MENGHADAPI POLITIK PEJABAT

JUDUL: MENGHADAPI POLITIK PEJABAT / PENGARANG: MENGHADAPI POLITIK PEJABAT/ PENTERJEMAHAN OLEH: TI LIAN CHEONG / PENERBIT: UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN. BHD. / TAHUN TERBIT: 2008 / HARGA: RM8.00 / JUMLAH MUKA SURAT: 88 / ISBN: 978-967-61-2115-0 / BAHASA: BAHASA MELAYU / KATEGORI: FIKSYEN DEWASA

ULASAN : Buku cerita ini berjudul Menghadapi Politik Pejabat. Didalam sesebuah organisasi pasti akan ada berlakunya pelbagai cabaran dan masalah yang perlu dihadapi oleh setiap pekerja. Namun, bagaimanakah untuk tanganai masalah apabila berhadapan dengan pilitik pejabat?

Disini, buku ini ada berkongsi tips atau kefahaman tentang bagaimana hendak mengurus sesuatu situasi yang dimana dari berfikiran negatif akan beransur menjadi ke arah positif. Alangkah indahnya kehidupan sekiranya dapat berkhidmat di tempat kerja tanpa bimbang tentang orang lain dan apa yang mereka sedang lakukan. Akan tetapi, setiap orang mempunyai jalinan hubungan di seluruh organisasi. Sekiranya tidak dapat menanganinya dengan baik, ia mungkin akan mendatangkan masalah dalam kerjaya. Penting untuk mengenal dan faham situasi di kawasan tempat kerja dengan baik.

Sekiranya terlibat dalam suasana politik yang teruk, adalah lebih baik sekira ianya dapat diurus melalui saluran yang betul bagi mengelak daripada terus terjerumus ke dalam gejala ini. Sekiranya situasi ini melibatkan rakan sekerja minta nasihat ketua dan jelaskan setiap masalh serta minta nasihatnya tentang apa yang harus dilakukan selanjutnya.

Selain itu, bina hubungan dengan baik dan cari kaedah untuk menyumbang kemahiran serta pendapat yang akan dighargai oleh orang lain. Dengan cara seperti ini mereka akan menghormati, seterusnya membolehkan diri kita lebih maju dan menyerlahkan kebolehan diri. Sekiranya berada dalam organisai besar tetapi hendak mengelak daripada terlibat dengan politik dalam kerjaya, mungkin perlu ubah keadaan sekeliling tanpa meninggalkan organisasi tersebut. Unit yang lebih kecil biasanya mempunyai struktur lebih mudah dan kurang politik berbdanding dengan unit yang besar.

Namun, menonjolkan imej yang positif sangat berguna dalam kehidupan, terutamanya ditempat kerja. Walaupun ia memerlukan pemikiran yang mendalam, motivasi dan kesedaran diri, ia perlu dilatih supaya kita dapat berkomunikasi dengan baik, member motivasi kepada orang lain, mewujudkan suasana yang harmoni serta dapat menghasilkan kualiti kerja yang baik.

Kesimpulannya, setiap masalah itu sama ada ditempat kerja mahupun diluar adalah bergantung kepada cara kita untuk menanganinya dengan baik. Tidak perlu tindakan yang drastik atau tergesa-gesa, fahami situasi, motivasi diri, lakukan perubahan demi perubahan secara positif, pasti akan menjadikan setiap masalah dan politik kerja itu diatasi dengan baik dan teratur. Tanamkan dalam diri untuk tidak terlibat dalam politik di tempat kerja malah, sentiasa niat dalam diri untuk sentiasa menghasilkan kualiti kerja yang baik agar menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya.

No comments: