Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, September 15, 2020

Buku Pengurusan Kewangan Keluarga dalam Islam / Aditya Akbar Hakim / Rimbunan Islamik Media / 2019

ULASAN BUKU FEBRUARI 2020. Buku Pengurusan Kewangan Keluarga dalam Islam / Aditya Akbar Hakim / Rimbunan Islamik Media / 2019

ISBN: 978-967-16994-3-0 / Kategori: Sains Kemasyarakatan (dewasa)

Ringkasan / Umum :

Buku Pengurusan Kewangan Keluarga dalam Islam tulisan Jaafar Aditya Akbar Hakim dapat membantu pembaca dengan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh penulisan nasihat sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh rujukan.

Bidang pendidikan yang perlu diberi perhatian pada masa kini adalah pendidikan kewangan. Oleh sebab itu, pendidikan kewangan adalah subjek yang digalakkan dan tanggungjawab mendidik yang utama terletak pada ibubapa. Penting bagi anak-anak mempelajari urusan kewangan keluarga supaya mereka dapat membentuk wawasan dalam pengurusan kewangan peribadi. Melalui buku ini diharapkan pembaca dapat menguruskan kewangan dengan baik, mengikut teladan Nabi Muhammad SAW. Buku ini sesuai dibaca pada setiap peringkat umur dan mudah difahami.

Judul: Pengurusan Kewangan Keluarga dalam Islam

Pengarang: Aditya Akbar Hakim

Penerbit: Rimbunan Islamik Media Sdn Bhd

TahunTerbit: 2019. Harga: Rm 24.90. Mukasurat: 178

Disediakan Oleh :Muhamad Nur Syukran Muhamad Hanafiah. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Awam Daerah Maran

[Noraziah Abd Razak] [Yusniza Mohamad Arris] [shopee]

No comments: