Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, February 22, 2017

Buku FAHAMI AL QURAN MENURUT KAEDAH PARA ULAMA Oleh MOHD SABRI MOHAMMED

Buku FAHAMI AL QURAN MENURUT KAEDAH PARA ULAMA Oleh MOHD SABRI MOHAMMED

No. Perolehan : DRAU 34581
No. Panggilan  : 297.1226 MOH
ISBN              : 967-86-0278-4
Bahasa            : Melayu
Kategori          : Agama

Ulasan    :
Buku Fahami Al-Quran Menurut Kaedah Para Ulama ini dikarang oleh Mohd Sabri Mohammed. Buku ini telah diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn. Bhd. pada tahun 2007. Buku ini juga mengandungi 279 halaman muka surat.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud “ALLAH menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan berita gembira kepada orang-orang yang beriman ”. Selari dengan firman Allah S.W.T tersebut kerana dengan memahami Al-Quran nescaya manusia tidak akan sesat dan terpesong daripada Akidah.

ALLAH S.W.T menegaskan bahawa dengan memahami Al-Quran, manusia dapat membezakan antara baik dan buruk serta hak dan batil. Ini disebabkan dalam Al-Quran terdapat cerita dan kisah para soleh yang boleh dijadikan panduan dan tauladan.

Juga boleh dijadikan penawar kepada mereka yang benar-benar menghayati dan memahami Al-Quran.

Judul        : FAHAMI AL-QURAN MENURUT KAEDAH PARA ULAMA
Pengarang        : MOHD SABRI MOHAMMED
Penerbit        : KARYA BESTARI SDN. BHD.
Tahun Terbit    : 2007
Harga        : RM 10.00

Ulasan oleh:
Mohamad Zafwan Hafizul bin Zainuddin
Pembantu Pustakawan

Disemak oleh:
Abdul Hakim bin Abdul Rashid
Ketua Perpustakaan Daerah Raub

No comments: