Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, December 22, 2010

Bahagian 1( USB Port )


USB - 01 ( Traditional USB )


Pada zaman sekarang, hampir semua komputer menggunakan USB Port menggantikan Serial Port. USB adalah ringkasan perkataan Universal Serial Bus yang mempunyai versi 1.1 (12Mbits/second), 2.0 (480Mbits/second) dan terbaru 3.0 (3.2 hingga 4.8Gb/second). Setiap versi mempunyai kelajuan tersendiri dalam pemindahan data per saat.

USB banyak digunakan oleh aksesori komputer seperti Pencetak, Pengimbas, Thumdrive, Tetikus, Papan kekunci, Kamera Digital, Pemain MP3 dan sebagainya. USB ini mempunyai pelbagai saiz, ada digelar Mini USB, Micro USB dan Standard USB yang biasa anda lihat dan pakai di komputer mahupun Komputer riba. Panjang maksimum wayar USB versi 1.0 adalah dihadkan kepada 3 meter sahaja, manakala bagi versi 2.0 adalah 5 meter dan versi 3.0 diturunkan kepada 3 meter.

USB - 02 ( Jenis USB )

USB Hub adalah aksesori komputer yang cukup popular untuk menghubungkan satu komputer dengan lebih daripada 3 unit aksesori seperti Pendrive, Printer, speaker dan sebagainya. USB Hub biasanya mempunyai 3 hingga 8 port yang banyak membantu sekiranya sesebuah PC hanya mempunyai 2 port sahaja. Jangan tak tau, 1 Port USB boleh menampung sehingga 127 peranti !!

USB - 03 ( USB Hub )

Terima Kasih Laman Pahang

Diucapkan terima kasih kerana menjemput saya menjadi penulis dalam blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Dengan sedikit ilmu yang saya ada, diharap dapat berkongsi denga kawan-kawan tentang ilmu perkomputeran.

Setelah menamatkan persekolahan di SMK Dato' Bahaman Lanchang pada tahun 2000, saya kemudianya menyambung pelajaran ke Institut Kemahiran Mara Besut dalam jurusan Kejuruteraan Komputer sehingga tahun 2003.

Saya sebelum ni bekerja sebagai penyelenggara komputer di sebuah kedai komputer di Temerloh dan seterusnya saya ditawarkan untuk mencurahkan bakti saya di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bermula pada tahun 2009.

Dengan serba sedikit ilmu yang saya ada, dapatlah saya berkongsi dengan anda semua. Sekian terima kasih....

Tuesday, December 21, 2010

Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

(Header pertama Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

Blog Laman Perpustakaan ini telah memulakan penerbitan bahan pertamanya pada 8.12.2009. Kebanyakan kandungannya pada masa itu adalah berkaitan dengan tugas Bahagian Rangkaian Perpustakaan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Tetapi Blog Laman Perpustakaan tidak dimasukkan dalam Indeks Google. Maka Blog Laman Perpustakaan tidak dapat dicari dengan menggunakan Google atau lain-lain search engin. Ini kerana ianya untuk kegunaan Bahagian Rangkaian Perpustakaan sahaja.
(Header kedua Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

Sehingga kini sebanyak 149 perkara telah diterbitkan dalam Blog Laman Perpustakaan. Tajuk 'Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang' ini adalah yang ke 150.

Kini dengan mandat baru yang diberikan oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang iaitu Puan Hajjah Faridzah Bt Jaafar, hala tuju Blog Laman Perpustakaan menjadi lebih luas. Bukan setakat menyimpan maklumat tentang Bahagian Rangkaian Perpustakaan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang tetapi tentang apa-apa sahaja yang berkait dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
(Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Hajjah Faridzah Bt Jaafar, AMP.)

Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ini akan menjadi tempat menyimpan foto, info dan cerita yang boleh diguna sama oleh:
-Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
- Bahagian Khidmat Pengurusan
--Unit Pentadbiran & Sumber Manusia
--Unit Kewangan
-Unit Perancangan & Pembangunan
-Bahagian Pengurusan & Pembangunan Koleksi
--Unit Perolehan Koleksi
--Unit Pendokumentasian & Teknikal
-Unit Teknologi Maklumat
-Bahagian Perkhidmatan & Maklumat
--Unit Literasi
--Unit Perkhidmatan Perpustakaan
-Bahagian Rangkaian Perpustakaan
--Daerah
--Cawangan
--Desa
--Bergerak
(Header ketiga Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang akan menyimpan maklumat yang dipermudahkan yang diambil daripada Laman Web Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang juga akan menarik pengunjung untuk dihantar atau 'di-link-kan' ke Laman Web Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
(Header keempat Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

Akhir sekali, terima kasih kepada Puan Hajjah Faridzah Bt Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan AJK Teknikal dan AJK Kerja Laman Web Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kerana memberikan kepercayaan kepada blog ini untuk diperluaskan liputan bahannya.

Friday, December 17, 2010

U Library Pahang (6) Menggunakan bookdrop

Ahli perpustakaan U-Library boleh memulangkan buku yang dipinjamkan menggunakan 'Bookdrop' atau Gelongsor Buku. Anda tidak perlu risau pasal pemulangan buku anda dengan cara ini. Kerana bookdrop atau gelongsor buku ini dapat mengesan buku yang hendak dipulangkan. Bila buku tersebut dapat dikesan, barulah bookdrop atau gelongsor membuka pintu untuk ahli memasukkan buku yang hendak dipulangkan.
05
04
03
02
01

U Library Pahang (5) Meminjam buku dengan kios

Ahli U-Library boleh meminjam buku mengunakan kios U-Library. Anda tidak perlu beratu di kaunter untuk urusan peminjaman buku. Kios ini terdapat berhampiran dengan kaunter. Ahli boleh terus rekodkan pinjaman buku masin-masing menggunakan kios U-Library ini. Setelah siap mendaftarkan pinjaman menggunakan kios U-Library ini, anda boleh terus membawa keluar buku yang dipinjam.
05
04
03
02
01

U Library Pahang (4) Pendaftaran ahli

Untuk menjadi ahli U-Library, anda boleh terus mendaftar menggunakan kios U-Library. Sudah tentu anda perlu masukkan kad pengenalan untuk discan oleh kios U-Library. Anda tidak perlu risau pasal kad pengenalan anda akan tersangkut pada mesin kios ini. Ini kerana kad pengenalan tidak perlu dimasukkan keseluruhan kad dalam kios ini.
06
05
04
03
02
01

U Library Pahang (3): memulang buku diluar bangunan

Dihadapan bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang terdapat sebuah 'Bookdroop" atau Gelongsor Buku. Ahli U-Library tidak perlu masuk kedalam bangunan dan pergi ke kaunter untuk membuat pemulangan buku. Pemulangan boleh dilakukan diluar bangunan perpustakaan.
05
04
03
02
01

U Library Pahang (2): Sekitar bangunan

Bagi pengunjung perpustakan yang inginkan suasana yang lebih santai dan suasana yang selesa untuk berbincang, anda boleh membaca di luar bangunan perpustakaan.
10
09
08
07
Kawasan meletak kereta untuk ahli dan pengunjung agan terhad. Walaupan suasana parking agak terhad tetapi keadan ini tidak menghalang pengunjung untuk berterusan mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
05
05
04
03
02
01

U Library Pahang (1): Kios dan kaunter

Untuk menjadi ahli U-Library, anda boleh berurusan dengan petugas di kanunter atau uruskan sendiri dengan kios U-Library yang terdapat berhampiran kaunter. Begitu juga jika ahli U-Library hendak membuat pinjaman buku. Mereka boleh berurusan dengan petugas kaunter di kaunter atau uruskan sendiri dengan kios U-Library. Semasa menggunakan kios U-Library pastikan anda mengikut semua arahan.

Setelah buku direkodkan sebagai buku pinjaman anda boleh terus membawa keluar buku tersebut. Jika proses pinjaman tidak dilakukan dengan sempurna, lampu akan menyala ketika anda membawa keluar buku tersebut.
05
04
03
02
01

Wednesday, November 10, 2010

Urusan Kenaikan Pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP)

... KUP hanya dipertimbangkan bagi kes-kes tertentu dan ia dilaksanakan dengan teliti setelah mengambl kira prestasi pegawai, sumbangan pegawai serta kepentingan perkhidmatan. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat keperluan untuk taraf atau jawatan berikutan pertambahan skop hendaklah dilaksanakan melalui kajian dan semakan semula berkenaan struktur organisasi berkenaan.

Untuk bacaan lanjut klik DISINI.
[http://www.jpa.gov.my/docs/se/2010/se21102010.pdf]

Thursday, November 4, 2010

Tiada masa

Masih tiada masa untuk memberikan tumpuan kepada kerja-kerja kemaskini Blog Laman Perpustakaan. Bukan maksud tak cukup masa, tetapi tumpuan banyak diberikan kepada parkara-perkara lain. Bukan pula ertinya saya tak cukup bahan, tetapi banyak masa yang diperlukan untuk siapkan bahan-bahan tersebut sebelum dapat disiarkan dalam blog.

Friday, October 15, 2010

Sekitar Hari Kanak-kanak 2010

Untuk melihat gambar sekitar hari Kanak-kanak Sedunia 2010 yang diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sila klik:

DISINI
http://lamanpahang.blogspot.com/2010/10/hari-kanak-kanak-sedunia-2010.html

DISINI
http://lamanpahang.blogspot.com/2010/10/hari-kanak-kanak-sedunia-2010-b.html

Tuesday, September 7, 2010

Hari Kanak-kanak Sedunia 2010

Hari ini 7.9.2010, telah diadakan Mesyuarat Program Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPAP. Semua Ketua Bahagian dan Unit telah dijemput hadir. Mesyuarat telah memutuskan untuk mengadakan program tersebut pada:
Tarikh: 13 Oktober 2010 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Acara yang dijangkan akan diadakan adalah:
1. Senamrobik
2. Gigiku Cantik
3. Pertandingan Mewarna
4. Explorace Kids
5. Pertandingan Pakaina Tradisional Melayu

Penyertaan adalah dikalangan:
1. Ahli Kelab Bistari PPAP
2. Ahli Kelab Sinar Pintar
3. Kanak-kanak tadika (KEMAS dan Swasta)

Thursday, August 12, 2010

Berita Kerajaan Negeri Pahang

Berikut adalah petikan daripada Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang.

Perpustakaan Awam Negeri di bawah RMK-10
"Sebenarnya, pembinaan Perpustakaan Awam Negeri kita dah masukkan dalam RMK-10 sebagai keutamaan. Insya-Allah Dato' Sri, dalam RMK-10, Pahang akan ada Perpustakaan Awam," katanya.

untuk membaca lebih lanjut klik DISINI. [www.pahang.gov.my]

Sunday, August 1, 2010

Penjenamaan Semula Perkhidmatan Bergerak

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah melakukan penjenamaan semula Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak. Melalui penggunaan bas bergerak, perkhidmatan yang ditawarkan adalah pinjaman kelompok dan penghantaran buku pinjaman kelompok tersebut. Serentak dengan ini semua jadual perkhidmatan ke hentian-hentian bergerak di seluh negeri pahang dihentikan. Pihak yang masih berminat dengan pinjaman buku boleh memohon Perkhidmatan Pinjaman Kelompok.


(Bas Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Jerantut)

Sebelum ini Perkhidmatan Pinjaman Kelompok tiada perkhidmatan penghantaran. Dengan penjenamaan semula maka digabungankan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak dengan Pinjaman Kelompok. Tetapi perkhidmatan penghantaran ini diberikan kepada organisasi seperti JKKK, KRT, rumah anak yatim dan seumpamanya. Bagi Jabatan kerajaan, mereka masih perlu mengambil dan menghantar sendiri buku pinjaman kelompok yang dipinjam.

Kepada JKKK, KRT, rumah anak yatim, pemilik perpustakaan keluarga dan seumpamanya boleh mendapatkan Perkhidmatan Pinjaman Kelompok dengan berhubung dengan perpustakaan awam daerah yang paling hampir dengan tempat anda.

PERBANDINGAN ANTARA PERPUSTAKAAN BERGERAK DAN PINJAMAN KELOMPOK

1
DULU - Individu yang menjadi sasaran keahlian
KINI - Organisasi yang menjadi sasaran keahlian ahli
2
DULU - Buku dipinjamkan kepada individu
KINI - Buku dipinjamkan kepada organisasi
3
DULU - Satu orang ahli meminjam dua buah buku
KINI - Satu organisasi meminjam 100 buah buku
4
DULU - Individu meminjam selama 2 minggu
KINI - Organisasi meminjam selama 1 bulan
5
DULU - Buku diletakkan dalam bas
KINI - Buku diletakkan dalam kampung
6
DULU - Membaca disasarkan secara individu
KINI - Membaca disasarkan secara kelompok

DULU lain, KINI Lain.
Serupa tetapi tak sama.


Beberapa syarat dan borang perjanjian perlu dipatuhi dan dilengkapkan.

Friday, July 30, 2010

Bekas kakitangan

Pagi ini saya berkesempatan berjumpa dengan Hasnan yang pernah berkerja dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang semasa zaman Encik Yunus menjadi Pengarah. Beliau singgah bersama dengan anak perempuan keduanya. Sekarang Encik Hasnan bekerja dengan Kaneka.

Thursday, July 29, 2010

Nama penyelia zon PD PNM di Pahang


ZON 1 - Kuantan
Faridah binti Jusoh (Surau Muhajirin)
-PD Surau Al-Mujahirin, Bandar Indera Mahkota, Lorong 5/9, Bandar Indera Mahkota, Kuantan
-PD Pondok Harmoni, Kampung Cherating K3P Kampung Cherating 26080 Kuantan
-PD Kampung Panching d/a Balai Raya Kampung Panching 26090 Kuantan
-PD Kampung Lamir Pusat Pemindahan Banjir Kampung Lamir 26600 Pekan

ZON 2 - Temerloh
Suraya binti Sulaiman @ Abd Kari (Teluk Sentang)
-PD Kampung Batu Sawar 28050 Kuala Krau, Temerloh
-PD Kampung Teluk Sentang 28000 Temerloh
-PD Kampung Bintang 28000 Temerloh
-PD Kampung Tanjung Kerayong, 28400 Mentakab

ZON 3 - Maran 1
Rosmawati bt Ali (Seberang Chenor)
-PD Bukit Kening 28100 Chenor
-PD Pekan Awah 28330 Maran
-PD Kampung Pantai Chenor 28100 Chenor

ZON 4 - Maran 2
Zaiintan Muhaiza binti Zainuddin (New Zealand)
-PD Kampung Kuala Sentul d/a Balai Raya Kuala Sentul 26500 Maran
-PD Felda Kampung New Zealand, Maran
-PD Kampung Senggora d/a Balai Seni JKKK Kampung Senggora 26500 Maran

ZON 5 - Lipis
Faridah binti Mustafa (Kuala Medang)
-PD Kampung Relong d/a Masjid Kampung Relong 27200 Kuala Lipis
-PD Kampung Bukit Betong 27200 Kuala Lipis
-PD Kampung Kuala Medang d/a Bangunan Dewan Serbaguna Kampung Serbaguna Kampung Kuala Medang 27650 Kuala Lipis
-PD Felda Tersang 1, 27650 Raub

ZON 6 - Rompin
Mohd Amin bin Saad (Perpat)
-PD Kampung Tanjung Gemok, Pusat Siber Kampung Tanjung Gemok 26800 Kuala Rompin
-PD Kampung Simpang Sepayang 26800 Rompin
-PD Kampung Perpat d/a Balai Raya JKKK Kampung Perpat 26800 Rompin

ZON 7 - Pekan
Zulkifli bin Mohd Ali (Pulau Rusa)
-PD Kampung Pulau Rusa d/a Balai Raya Kampung Pulau Rusa 26000 Pekan
-PD Runchang Pekan Rancangan Penempatan Semula Orang Asli Runchang Peti Surat 28, 26800 Pekan
-PD Kampung Dusun 26000 Pekan
-PD Bandar Tun Razak d/a Bangunan Pusat Sumber 26900 Rompin

ZON 8 - Bera
Nurul Afzan binti Mohamed (Batu Papan)
-PD Kampung Batu Papan d/a Balai Raya Kampung Batu Papan 28200 Mengkarak, Bera
-PD Kampung Seri Buntar d/a Dewan Orang Ramai Kampung Sri Buntar 28300 Triang, Bera
-PD Kampung Dato' Seri Hamzah, No. 4 Deret Kedai Kampung Dato' Seri Hamzah 28380 Kemayan

ZON 9 - Jerantut
Mohd Hafizuddin bin Abu Talib (Mela)
-PD Kampung Kuala Mai d/a Bangunan JKKK Kampung Kuala Mai, Jenderak 28050 Kuala Krau
-PD Kampung Bukit Nikmat d/a Dewan Serbaguna Kampung Bukit Nikmat 26040 Jerantut
-PD Kampung Mela d/a Pejabat Penghulu Kampung Mela, Cheka 1, 27100 Lipis
-PD Tanjung Besar d/a Pejabat Penghulu Kampung Tanjung Besar 27210 Benta, Lipis

'SELAMAT BERTUGAS'

Lebih tumpuan untuk PD PPAP


(PD Kampung Mahkota, Kuantan)

Setelah sekian lama membahagikan tumpuan antara PD PNM dengan PD PPAP, kini tibalah masanya berubah rasa. Dengan pengasingan pemantauan antara PD PNM dan PD PPAP, Bahagian Rangkaian Perpustakaan PPAP dan Ketua-ketua Perpustakaan Daerah akan mempunyi lebih masa untuk membangunkan PD PPAP.

Selama ini banyak tunjuk ajar yang diberikan oleh PPAP untuk Penolong Pegawai Perpustakaan S27 di PD PNM. Ilmu-ilmu tersebutlah yang boleh digunakan oleh penyelia-penyelia PD PNM untuk memudahkan mereka menjalankan tugas penyeliaan mereka. Semoga mereka bersungguh-sungguh dengan tugas baru mereka.

Bagi Bahagian Rangkaian Perpustakaan pula, pengasingan pemantauan ini telah mengurangkan beban tugas pemantauan PD sebanyak 50 peratus. Daripada 64 perpustakaan desa yang perlu dipantau kini hanya tinggal 32 sahaja.

Selepas ini tumpuan sudah tentu akan diberikan sepenuhnya kepada 32 perpustakaan desa PPAP. Ada perkara yang boleh digerakkan segera dan ada perkara yang tidak dapat digerakkan segera kerana masalah kewangan. Apa kata kita terus tumpukan dahulu kepada perkara yang tidak memerlukan peruntukan kewangan. Sekaranglah masanya untuk kita menyelesaikan masalah, bukan setakat melapurkan masalah dan biarkan orang lain selesaikannya.

Jika semua orang berfikir secara kreatif dan inovatif mungkin kita akan dapat selesaikan banyak perkara dalam masa yang singkat. Untuk mendapat pelbagai idea berkaitan dengan buku anda boleh klik DISINI.

PD PNM di Pahang kembali ke pentadbiran PNM

Bermula pada hari ini, pemantauan PD PNM di Pahang telah dikeluarkan dari pemantauan PPAP. PNM telah menyediakan zon-zon bagi memudahkan kerja pemantauan. Setiap zon dilantik seorang penyelia dikalangan S27 di PD PNM di Pahang.

Bagi sebarang urusan kerja, PD PNM di Pahang hendaklah berhubung dengan penyelia masing-masing. Bukan lagi dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Berikut adalah senarai zon untuk PD PNM di Negeri Pahang:

ZON 1 - Kuantan
1. PD Surau Al-Mujahirin, Bandar Indera Mahkota
2. PD Pondok Harmoni, Kampung Cherating
3. PD Kampung Panching
4. PD Kampung Lamir

ZON 2 - Temerloh
1. PD Kampung Batu Sawar
2. PD Kampung Teluk Sentang
3. PD Kampung Bintang
4. PD Kampung Tanjung Kerayong

ZON 3 - Maran 1
1. PD Bukit Kening
2. PD Pekan Awah
3. PD Kampung Pantai Chenor

ZON 4 - Maran 2
1. PD Kampung Kuala Sentul
2. PD Felda Kampung New Zealand
3. PD Kampung Senggora

ZON 5 - Lipis
1. PD Kampung Relong
2. PD Kampung Bukit Betong
3. PD Kampung Kuala Medang
4. PD Felda Tersang 1

ZON 6 - Rompin
1. PD Kampung Tanjung Gemok
2. PD Kampung Simpang Sepayang
3. PD Kampung Perpat

ZON 7 - Pekan
1. PD Kampung Pulau Rusa
2. PD Runchang
3. PD Kampung Dusun
4. PD Bandar Tun Razak

ZON 8 - Bera
1. PD Kampung Batu Papan
2. PD Kampung Seri Buntar
3. PD Kampung Dato' Seri Hamzah

ZON 9 - Jerantut
1. PD Kampung Kuala Mai
2. PD Kampung Bukit Nikmat
3. PD Kampung Mela
4. PD Tanjung Besar

Mengemas bilik kanak-kanak

Hari ini hampir semua kakitangan terlibat dalam gotongroyong ini. Tujuan gotong royong ini adalah untuk kemaskini buku-buku di rak kanak-kanak. Buku-buku yang rosak akan dikeluaran daripada rak. Pada masa yang sama juga buku tersebut terus direkod untuk pelupusan.

Bagi melicinkan perjalanan gotong royong ini, masing-masing telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu:
1 Rujukan kanak-kanak
2. Kanak-kanak 1
3. Kanak-kanak 2
4. Fiksyen Melayu
5. Fiksyen Inggeris

Antara nama-nama yang terlibat adalah:
Radzi, Norshazlin, Rosminawati, Baharuddin, Rosmaliza & Koh
Saful, Aziddin, Amin, Rosilawati, Natipah, Afizah & Mustakim
Nizam, Saira, Kama, Amrul, Norhailah & Nurul Azira
Zai, Hawa, Anom, Azmi, Mat Noor, Kamariah & Firdaus
Norbayah, Zamree, Isham, Rapizah, Shaharuddin & Noorul

Peralatan yang disediakan pula adalah:
Troli, tali, gunting, pisau, marker, kertas warna, topeng muka, tuala selamat pagi, pelekat dan cop lupus.

Tuesday, July 27, 2010

Taklimat U-Library

Pada minggu lepas, iaitu 22hb Julai 2010 telah diadakan taklimat Pendaftaran Keahlian U-Library di Kaunter Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Ahli boleh mendaftar sebagai ahli di portal ini [http://www.u-library.gov.my/]

Pihak www.malaysia.gov.my pernah menjalankan kaji selidik tentang U-Library. Berikut adalah soalan daripada kajian mereka:

1. 1. A new library service to your door step known as ‘Ubiquitous Library’ anytime, anywhere would be made available to all Malaysian citizens through the delivery service by Pos Malaysia. What is the fair delivery rate for all Malaysian citizens?

2. 2. In this new Ubiquitous Library service, cashless payment will be introduced via the u-Library portal and the borrowing period would be extended to 1 month. Which of the following fines payment rate would be fair for overdue or late returns?

3. 3. Which of the following slogans would be the best to reflect U-Library service ?

Anda boleh mengatahui lebih lanjut tentang kajian ini , klik DISINI. Hanya 7 orang yang mengambil bahagian dalam soalselidik ini.

Wednesday, July 14, 2010

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) PPAP

Hari ini 14.7.2010 (Rabu) sekali lagi kakitangan dari seluruh daerah berkumpul di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Kuantan. Apakah perkara penting yang nak dibincangkan? Sama-samalah kita tunggu wakil MBJ memaklumkan kepada kita perkara yang diperjuangkan.

Rujukan:
1. http://www.interactive.jpa.gov.my/mbj/statik/rujukan/pekeliling.asp
2. http://www.interactive.jpa.gov.my/mbj/docs/rujukan/surat-pekeliling/spp032002.pdf [Surat Pekeliling Bil 3 Tahun 2002 - Majlis Bersama Jabatan di Kementerian, Jabatan, Pihak Berkuasa Badan Berkanun & Pihak Berkuasa Tempatan]
3. http://www.interactive.jpa.gov.my/mbj/docs/rujukan/pekeliling/pp021992.pdf [PENYUSUNAN SEMULA MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI PEKERJA-PEKERJA DALAM SEKTOR AWAM]

Tuesday, July 6, 2010

Seminar Pembangunan ICT Dalam Komuniti

Kakitangan perpustakaan Daerah dan Desa di bawan Perbadanan Perpustakaan Awasm Pahang telah diberi peluang untuk menghadiri Seminar Pembangunan ICT Dalam Komuniti. Seminar ini telah berlangsung di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan. Bermula pada 5 dan 6 Julai 2010, peserta diterangkan tentang fungsi dan peranan perpustakaan dalam pembangunan ICT dalam komuniti. Oleh kerana kursus ini dihadiri oleh keseluruhannya oleh kakitangan perpustakaan maka inti kepada seminar ini akan lebih dapat difahami oleh peserta.


sumber gambar: www.pahang.gov.my

Pada 5 hingga 6 Julai 2010 bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota Kuantan akan dapat disaksikan himpunan kakitangan perpustakaan seluruh Pahang. Paling istimewanya adalah seminar ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob, SSAP, DSAP DGSM. Ucapan Dato Sri Haji Adnan yang selamba, lucu dan serius dapat menarik perhatian semua peserta.

Seminar anjuran Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ini turut dihadiri oleh Dato Raslin Bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.

Tetamu vip yang turut menyerikan lagi seminar ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin; Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Mat Zara'ai Alias; Dato' Shahaniza Shamsuddin Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri; Puan Hajjah Farizah Jaafar Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Pahang; Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato' Saariah Saad; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohammad Ridzwan Mohd Tahar; dan Pengurus Besar Negeri, Telekom Malaysia, Dato' Wan Danial Wan Ibrahim.