Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, November 16, 2016

Bengkel Eksplorasi Perkhidmatan Perpustakaan Digital Perpustakaan Negara Malaysia

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang  akan menganjurkan bangkel ini pada:
Tarikh: 22 hingga 23 November 2016 (Selasa-Rabu)
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC), Kampus Pahang Skills, Taman Perindustrian Semambu, 25350 KUANTAN.
Anjuran: Perustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Bangkel ini turut dihadiri oleh seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang diperingkatiaitu ibupejabat, daerah, cawangan dan desa. Mereka akan diberikan pendedahan mengenai perpustakaan digital. Antara perkara yang akan dikongsi adalah:

1.    PENGENALAN

1.1    Portal  Perkhidmatan  Sumber  Elektronik  PNM  (PNM  Digital)  mula  diperkenalkan
pada April 2012 dan portal ini merupakan portal utama yang  membolehkan  rakyat  Malaysia  mengakses  pelbagai  maklumat  dari  pangkalan  data  yang  dilanggan  dan  juga  inisiatif  digital  PNM.  Perkhidmatan ini boleh diakses melalui url: www.pnmdigital.gov.my

1.2    Pada tahun 2015, Perkhidmatan Perpustakaan Digital PNM telah dijadikan  sebagai
salah satu daripada Pelan Transformasi  MOTAC di bawah inisiatif  Merakyatkan  Perkhidmatan  Awam.  Sasaran  pencapaian  yang  perlu  dicapai  ialah  sebanyak  2,341,642  juta  penggunaan.  Sehingga  akhir  berakhir  Disember  2015,  sasaran  yang  dicapai  ialah  sebanyak  4.1  juta penggunaan.

1.3    Pada  tahun  2016,  Perpustakaan  Digital  PNM  yang  merupakan  kesinambungan 
daripada  Perkhidmatan  Perpustakaan  Digital  PNM  di bawah Pelan Transformasi MOTAC 2015.   Walau bagaimanapun, sasaran  promosi  perkhidmatan  ini  bagi  tahun  2016  lebih    difokuskan  kepada Penjawat  Awam  dan  sasaran  yang  ditetapkan  ialah  sebanyak  3  juta penggunaan.   Kajian  impak  penggunaan  juga  perlu  dilaksanakan  pada penghujung tahun 2016. 

2.  OBJEKTIF BENGKEL
2.1    Menjadikan  Perpustakaan  Digital  PNM  sebagai  medium  utama  rujukan  maklumat
         oleh semua penjawat awam di Malaysia.

2.2    Meningkatkan  usaha  bagi  menggalakkan  lebih  ramai  pengguna  merujuk kepada
         maklumat yang sahih.

2.3    Berusaha  meningkatkan  statistik  penggunaan  selaras  dengan  sasaran yang  telah 
ditetapkan  oleh  Kementerian  Pelancongan  dan  Kebudayaan Malaysia iaitu pencapaian sebanyak 3 juta pengguna pada tahun 2016.
2.4    Meningkatkan  kesedaran  terhadap  pentingnya  amalan  membaca  dan literasi
         maklumat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tuesday, November 15, 2016

PROGRAM KEM AULAD BESTARI Kolej Yayasan Pahang

Pihak Kolej Yayasan Pahang akan mengadakan:
Program: KEM AULAD BESTARI
Tarikh: 30hb November - 2hb Disember 2016 (3H2M) (Rabu, Khamis dan Jumaat)
Tempat: Kempville Beach Resort, Kampung Kempadang Kuantan, pahang.
Peserta: Kanak-kanak berusia antara 10 tahun hingga 14 tahun.
 Jurulatih Khas Kem Aulad Bestari:
IMAM MUDA 
NURI ALI

Pengisian KEM AULAD BESTARI:
1. Taaruf & Minda Bestari
2. Stesen Smart Aulad
3. Praktikal Wuduk & Solat
4. Literasi Al-Quraan
5. Riadah Bestari
6. Himpunan Doa dan Zikir
7. 1 Rumah 1 Imam
8. Pertandingan Azan dan Iqamat
9. Keluarga Sunnah Anak Soleh

Yuran KEM AULAD BESTARI: RM290 seorang
Harga Istimewa KEM AULAD BESTARI: RM750 bagi 3 orang

Untuk maklumat lanjut tentang KEM AULAD BESTARI Ssila hubungi:
Pn Norabidah bt Zainol Abidin (Kak Abidah) 019-345 3386
Cik Zulaikha bt Zainudin (Kak Zulaikha) 011-1994 5252
Cik Wan Zarifah bt Hassan (Kak W.Zarifah) 019-987 5848

Perpustakaan Awam Pahang bersama Teddy Bear Hospital (Kuantan)

Teddy Bear Hospital (Kuantan) ini telah dipromosikan dalam siaran TV MHI (TV3) ketika temubual ekslusif bersama Dr Narisa Hatun Damanhuri ahli IMAM Children and Teens Super Team - IMACATS Dr Narisa adalah wakil Teddy Team Kuantan yang telah bercerita tentang Teddy Bear Hospital (Kuantan).

 Dr. Narisa di set Malaysia Hari Ini setelah selesai sesi temubual tentang Teddy Bear Hospital (Kuantan). Untuk melihat rakman siaran [facebook.com/sufia.julita/videos]

Program: 
Teddy Bear Hospital (Kuantan)
Tarikh:
25hb(Jumaat)  hingga 27hb (Ahad) 
November 2016.
Tempat: 
Petrosains Playsmart Kuantan
Masa: 
9.00 pagi hingga 5.00 petang
 
JANGAN LUPA DATANG

Teddy Bear Hospital (Kuantan) ini adalah program usahasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bersama IMACATS, Persatuan Perubatan Muslim Malaysia, Petrosains Smart, MIMPA, MedIIUM, Kid Herous, UM Cares dan Kementerian Kesihatan.
Teddy Bear Hospital (Kuantan) adalah suatu pendekatan untuk memberi ruang yang selesa dan interaktif supaya kanak-kanak boleh mengenali persekitaran kemudahan kesihatan dan kaedah rawatan asas.

Melalui Teddy Bear Hospital (Kuantan) kanak-kanak dapat menangani perasaan bimbang dan takut untuk pergi ke hospital atau klinik. Kanak-kanak diberi peluang untuk berinteraksi dengan Teddy Team dan Teddy Doctors.Semasa proses ini, Teddy Bear Hospital (Kuantan) akan turut memberi pendedahan kepada mereka tentang  perkara harian kebersihan diri, kitar semula dan denggi.

Melalui program ini peserta perlu membawa Teddy Bear masing-masing ke stesen "RAWATAN" bagi memberi rawatan kepada Teddy Bear yang kononnya sakit. Berdasarkan hasil nasihat doktor dan keputusan pemeriksaan dan X-Ray semasa di stesen "RAWATAN" maka:
Teddy yang terseliuh kaki perlu dibalut dengan bandage.
Teddy yang demam perlu diberi ubat demam.
Teddy yang luka perlu dicuci dan tampal lukanya dengan kapas atau plaster.
Teddy MESTI ikut nasihat doktor supaya cepat sembuh dan boleh bermain.

Tetapi, sementara menunggu giliran untuk pemeriksaan di stesen "RAWATAN" Teddy Bear Hospital, peserta kanak-kanak boleh melakukan beberapa aktiviti seperti kertas mewarna, kertas aktiviti, membaca dan menonton video yang disediakan diruangan menunggu yang disediakan. Aktiviti-aktiviti menyeronokkan ini sudah tentu disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP).
 Selain dari aktiviti, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang juga menyediakan beberapa lencana yang menarik untuk dipakai oleh peserta program Teddy Bear Hospital (Kuantan).
 
Dalam program Teddy Bear Hospital (Kuantan) ini juga akan diterangkan juga bagaimana cara untuk membuat guna semula dan kitar semula. Teddy Bear akan membantu keluarga peserta untuk menjadi keluarga yang peka tentang alam sekitar. Tentu adik-adik seronok belajar tentang kepentingan kitar semula. Teddy Bear Hospital (Kuantan) Team dengan bantuan UMCares akan tunjukkan secara interaktif dan menyeronokkan caranya.

 
 Peserta program Teddy Bear Hospital (Kuantan) juga berpeluang mendapat balon.



 Dalam Teddy Bear Hospital (Kuantan) juga akan diceritakan tentang nyamuk yang selalu mengganggu kita tidak kira siang atau malam. Mereka akan muncul di kawasan persekitaran yang tidak bersih. Untuk maklumat lanjut Teddy Bear Hospital akan menceritakannya.

Ada pula lencana The Malaysian Medical Gazette yang akan disertakan sebagai cenderamata Teddy Bear Hospital (Kuantan). Terima kasih kepada Malaysian Integrated Medical Professionals Association memberi sumbangan lencana ini


Jangan lupa kumur Teddy. Senyum!
Teddy Bear juga akan turut membantu kanak-kanak belajar memberus gigi dengan betul. Sesi ini akan dijalankan dengan bantuan Teddy Team Kuantan dan kakitangan Pejabat Kesihatan PKKTN.


Rupanya ada juga dijual baju doktor Teddy Bear. Dijual ikut saiz:.
Size 24 (umur 3-4)
Size 28 (umur 5-6)
Size 32 (umur 7-9)
Harganya pula adalah RM 40 sehelai tetapi diberi harga RM 70 jika membeli dua helai.
Ada warna pink dan biru. Boleh PM untuk buat tempatan. Semasa datang nanti boleh pakai.

Kalau sudah ada Perpustakaan tentu ada Buku dan sudah tentu kena ada Penanda Buku. Penanda buku ini antara hadiah percuma yang disediakan untuk kanak-kanak dan Teddy Bear yang berkunjung ke Teddy Bear Hospital (Kuantan) di Petrosains Playsmart Kuantan pada 25-27 November nanti. Jumpa di sana!
Terima kasih MedIIUM kerana menyediakan hadiah penanda buku ini.

Sebenarnya ada banyak perkara yang akan ditunjuk ajar jika peserta hadir di  Teddy Bear Hospital (Kuantan).
 


 Maklumat dan gambar adalah dari
[ facebook.com/teddyhospitalkuantan ]

Sunday, November 13, 2016

Buku 10 SRIKANDI PENYERI SYURGA oleh Penulis Zulkifli Barkatullah

Buku 10 SRIKANDI PENYERI SYURGA oleh Penulis Zulkifli Barkatullah

Siri ini menceritakan bagaimana 10 wanita berani semasa era Nabi Muhammad saw yang menghadapi dugaan demi memperjuangkan agama islam iaitu Siti Khadijah Binti Khuwalid, Aisyah, Fatimah Az-Zahra, Asma’ Binti Abu Bakar, Sumaiyyah, Asma Binti Yazid, Ummu Waraqah, Rumaisya, KabsyahBinti Rafi’ dan Nusaibah. merekamemilikiakhlah yang terpujisertasifat yang dapatditeladaniolehpembaca .

Kanak-kanak sangat digalakkan membaca buku ini kerana banyak pengajaran dan taula dan yang dapat diperolehi daripada buku ini.

Selain itu, pembaca boleh menjadikan wanita-wanita ini sebagai model dalam mencontohi perwatakkan serta kejayaan mereka.

Penulis: Zulkifli Barkatullah
Tahun: 2014
Penerbit: Darul Mughni Trading
 No Panggilan: DROM 07189

Oleh:
NorhidayahBintiSalleh

Sunday, November 6, 2016

Buku: Fiqih Pengobtan Islami pengarang Dr. Ali Bin Sulaiman Ar-Rumaikhan

Buku: Fiqih Pengobtan Islami pengarang Dr. Ali Bin Sulaiman Ar-Rumaikhan

No Perolehan: DCAM 08046
ISBN: 978-979-3942-85-8
Kategori: 297.617

Ringkasan/ Ulasan:
Siapakah yang tidak pernah merasakan sakit? Siapa pula yang tidak pernah terganggu kesehatan oleh rasa sakit atau rasa lelah? Ya benar, hamper bisa dipastikan bahwa semua orang pasti pernah mengalami hal itu dan menginginkan agar dirinya tetap sehat. Karenanya, demi mengejar kesembuhan, kita saksikan banyak orang yang berbondong-bondong mendatangi ahli-ahli medis. Mereka akan rela meskipun harus harus membayar mahal. Semua kekayaan akan menjadi tidak berarti, bila dibandingkan dengan nikmat sehat wal afiat.

Sebagai agama yang mengatur segala aspekkehidupan manusia, islam telah memberikan rambu-rambu pengobatan. Sehingga, dalam ikhtiar mencari kesembuhan, kita tidak sampai menggunakan metode pengobatan dengan sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala.

Buku ini mengusung hasil penelitian medis yang sesuai dengan syariat islam, berbagai fatwa, pengarahan dan nasihat yang membuatnya layak dijadikan referensi yang amat berharga. Bukan hanya untuk pembaca biasa, namun juga untuk ilmuwan, tenaga medis dan pasien. Muatannya layak dijadikan petunjuk bagi semua pembaca. Selamat menyimak dan jagalah selalu kesehatan Anda!

Buku: Fiqih Pengobtan Islami
Judul: Fiqih Pengobtan Islami
Pengarang: Dr. Ali Bin Sulaiman Ar-Rumaikhan
Penerbit:  Al Qowam
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM48.00
Muka surat: 242
Rating: 5

Sunday, October 30, 2016

Program Perpustakaan UTC Pahang pada 22.10.2016

Perpustakaan UTC Kuantan tidak mempunyai kemudahan lengkap seperti perpustakaan peringkat daerah dan cawangan. Disini pengguna kanak-kanak, belia dan dewasa perlu berkongsi satu ruang terbuka.Pengguna perlu mempunyai tahap tolak ansur yang tinggi kerana mereka semua mempunyai keperluan yang berbeza. Kanak-kanak mahu bermain dan membuat bising. Belia mahu memberi tumpuan kepada tugasan yang perlu disiapkan. Dewasa pula mahu relek santai dengan membaca akhbar dan majalah.

Sehingga kini kami perlu memberikan tumpuan membantu pelajar yang perlu menyiapkan pelbagai tugasan PT3, SPM, STPM, Kolej dan IPT. Kami tidak lagi menyediakan kemudahan permainan yang seterusnya menjadi terlalu bising dan mengganggu pelajar membuat tugasan. Kami juga tidak membenarkan kanak-kanak menggunakan komputer untuk bermain games dan menonton cerita. Kerana pelajar memerlukan komputer tersebut untuk membuat pelbagai tugasan penting.

Tetapi aktiviti mewarna untuk kanak-kanak tetap dijalankan setiap minggu bermula hari Selasa hingga Sabtu.

Pada 22.10.2016 Perpustakaan UTC telah menjalankan sambutan hari kanak-kanak. pada hari ini pelajar yang perlu membuat tugasan perlu pula memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menjadikan keseluruhan ruang di Perpustakaan UTC adalah 'milik' kanak-kanak.
 Buah jambu buah kedondong
Jatuh ke tanah menimpa batu
Hidup harus tolong menolong
Tanpa diupah karena membantu
 Buah kelapa buah rambutan
Bakar sampah api membara
Jadilah anak suka persahabatan
Agar bertambah jumlah saudara
 Pergi ke pasar beli berondong
Pagar rumah kayu petai
Mari saling tolong menolong
Agar masalah cepat selesai
 Pohon ceri ditanam di huma
Petik buahnya masukkan kantong
Saling memberi saling menerima
Saling bantu tolong menolong
 Di sana gunung di sini gunung
Di tengah-tengah gunung batu
Daripada saling singgung
Lebih baik saling membantu
 Merah warna pucuk daun kurma
Paling cocok taruh di pinggiran
Marilah semua duduk bersama
Saling bicara tukar pikiran
 Ambil segulung tali bambu
Sudah diambil mari diikat
Jika saling bantu membantu
Tak ada pekerjaan berat
 Tinggi batang pohon bambu
Tumbuh di sebelah pohon duku
Engkau dan aku adalah satu
Walau beda ras dan suku
 Ke Pontianak membeli tembikar
Beli tembikar isinya penuh
Anak sekolah jangan bertengkar
Jika bertengkar banyak musuh
 Gajah perang melawan gajah
Seekor pelanduk mati di tengah
Jika sering melakukan sedekah
Banyak saudara iman bertambah

sumber pantun:
   Indah sungguh warna pelangi,
               Tidak luput hingga senja;
          Ke lurah sama diharungi,
               Usaha bersama membawa bahagia.
           Buah salak di dalam kantung,
               Kulitnya keras isinya kelat;
          Bulat air kerana pembetung,
               Bulat manusia kerana muafakat.
           Turun ke paya memetik kangkung,
               Hati-hati terkena getahnya;
          Bergotong-royong penduduk sekampung,
               Hidup muafakat hidup bahagia.
           Beras segantang sudah disukat,
                Lalu disimpan di atas para;
          Andai seluruh masyarakat muafakat,
                Negara damai rakyat sejahtera.
           Sawah padi luas terbentang,
                Kuning keemasan indahnya maya;
          Percaya-mempercayai asas berpegang,
                Barulah muafakat kekal selamanya
           Harum sungguh bunga melati,
               Hiasan sanggul amat memikat;
          Bertolak ansur, hormat-menghormati,
               Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

sumber pantun:
 Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.
 Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
 Turun ke paya memetik kangkung,
Hati-hati terkena getahnya;
Bergotong-royong penduduk sekampung,
Hidup muafakat hidup bahagia.
Beras segantang sudah disukat,
Lalu disimpan di atas para;
Andai seluruh masyarakat muafakat,
Negara damai rakyat sejahtera.

sumber pantun:
tamanseribupuisi.blogspot

Buku TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS selenggaraan Yasmin Hussain

Buku TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS selenggaraan Yasmin Hussain

TAJUK BUKU: TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
NO. PANGGILAN:371.9 /TER
ISBN: 978-967584170
PENERBIT: PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN. BHD
TAHUN TERBIT:2013
EDISI BAHASA:BAHASA MELAYU
HARGA:RM22.00

ULASAN BUKU

Buku ini dilengkapi dengan kaedah perlaksanaan dan pendekatan terapi bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

Penulis juga mengemukakan jenis-jenis dan kepelbagaian aktiviti bagi terapi dalam pendidikan khas serta penyediaan bahan yang diperlukan.

Pendekatan dan kaedah pengajaran yang efektif adalah penting bagi memastikan kanak-kanak berjaya mengawal emosi serta meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar mereka.

Guru-guru dapat menggunakan buku ini bagi meningkatkan cara pengajaran dan aktiviti kanak-kanak tersebut kerana mereka memerlukan pendekatan yang berbeza daripada keperluan kanak-kanak normal.

Membuat penilaian  ketika melakukan aktiviti terapi adalah penting bagi mengenal pasti kebolehan dan kemahiran mereka. Justeru itu persedian dari segi mental dan emosi adalah amat diperlukan.

Malah buku ini dapat member galakan serta bimbingan khusus kepada guru –guru bagi melaksanakan terapi dalam pendidikan khas.

Buku: REKA BENTUK PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH oleh Penulis Isa Jantinegara dan Luna Mantyasih

Buku: REKA BENTUK PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH oleh Penulis Isa Jantinegara dan Luna Mantyasih

Buku sangatlah penting bagi memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan dan menjadikan seseorang itu lebih matang dan bijaksana.

Jadi masakini muncul kesedaran akan pentingnya  membaca terutama di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan ramai penghuni rumah berniat untuk mewujudkan perpustakaan di rumah mereka.

Perpustakaan mini di rumah adalah salah satu cara yang boleh digunakan bagi memupuk minat membaca anak-anak seperti peribahasa yang menyebut meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Buku ini adalah jawapan kepada segala masalah yang timbul dimana ianya menyajikan inspirasi-inspirasi mencipta perpustakaan di rumah bermula dengan memilih tempat yang sesuai, cara penyusunan dan menguruskan buku dan rekaan yang dapat menghidupkan lagi suasana perpustakaan mini di rumah.

Penulis: Isa Jantinegara dan Luna Mantyasih
Penerbit: Synergy Media
No Panggilan: DROM 05790

Oleh:
Norhidayah Binti Salleh

Sunday, October 23, 2016

Buku 10 TOKOH USAHAWAN MUSLIMAH oleh SAKINAH SALLEH

Buku 10 TOKOH USAHAWAN MUSLIMAH oleh SAKINAH SALLEH

TAJUK BUKU:10 TOKOH USAHAWAN MUSLIMAH
PENGARANG:SAKINAH SALLEH
NO. PANGGILAN:338.04082 / SAK
ISBN:978-967-411-151-9
PENERBIT:PTS MILLENNIA SDN. BHD
TAHUN TERBIT:2013
EDISI BAHASA:BAHASA MELAYU
HARGA:RM18.00

ULASAN BUKU  ;

Buku ini mendedahkan rahsia dan resepi kejayaan sebenar para wanita yang hebat dalam empayar perniagaan mereka.

Namun pada masa yang sama tetap meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.

Kisah mereka yang penuh inspirasi ini digarap dengan jelas langkah demi langkah, diselitkan dengan motivasi perniagaan dalam setiap bab.

Sunday, October 16, 2016

Buku MERAIH BERKAT TANPA RIBA oleh FIRDAUS SHAHIDIN

Buku MERAIH BERKAT TANPA RIBA oleh FIRDAUS SHAHIDIN

TAJUK BUKU:MERAIH BERKAT TANPA RIBA
PENGARANG:FIRDAUS SHAHIDIN ET AL
NO.PANGGILAN:297.232 / MER
ISBN:978-967-0392-87-5
PENERBIT:MUSTREAD SD. BHD
TAHUN TERBIT:2014
EDISI BAHASA:BAHASA MELAYU
HARGA:RM 16.90

ULASAN BUKU

Buku ini hadir sebagai salah satu rujukan santai bagi membantu kita, seluruh umat Islam khususnya di Malaysia meraih berkat tanpa riba.

Selain memaparkan jenis-jenis riba dan bentuk riba dalam aktiviti kewangan semasa, penulisan ini juga mengandungi pandangan agama lain terhadap riba, bagaimana cara untuk bebas riba, dan banyak lagi!

Perkara ini penting disebar luas agar semua umat Islam faham dan bertindak untuk menjauhinya.
Moga dengan petunjuk yang diberi oleh Allah swt, kita semua selamat daripada dosa riba.
DAUS SHAHIDIN ET AL

Sunday, October 9, 2016

Buku: Kelarai Kehidupan oleh Shapiai Muhammad Ramly

Buku: Kelarai Kehidupan oleh Shapiai Muhammad Ramly

No Perolehan: DCAM 07870
ISBN: 978-983-46-1274-0
Kategori: 899.231

Ringkasan/ Ulasan:

Kelarai Kehidupan
Himpunan 101 buah puisi yang merangkumi pengalaman hidup dan pengamatan penulis terhadap persekitaran.

Aspek yang diketengahkan merangkumi aspek kehidupan, keinsafan, kecintaan kepada agama,bangsa dan negara.

Judul: Kelarai Kehidupan.
Pengarang: Shapiai Muhammad Ramly
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM12.80
Muka surat: 114
Rating: 5

Sunday, October 2, 2016

Buku Tumbuhan herba untuk mengatasi influenza oleh Dr Herti Maryani dan Lusi Kristiana

Buku Tumbuhan herba untuk mengatasi influenza oleh Dr Herti Maryani dan Lusi Kristiana

No. Perolehan: DRAU 00573
No. Panggilan: 615.321 HER
ISBN: 983-197-420-4
Bahasa: Melayu
Kategori: Kesihatan

Ulasan:

Buku “Tumbuhan herba untuk mengatasi influenza” ini ditulis oleh Dr. Herti Maryani dan Lusi Kristiana, Apt.

Buku ini menerangkan kepada pembaca cara menyediakan ramuan herba tradisional untuk mengatasi influenza serta mengenali pelbagai jenis tumbuhan herba sebagai ubat mencegah influenza.

Selain itu, buku ini juga turut menerangkan kepada pembaca untuk mengenali influenza serta gejala-gejala penyakit dan cara mengatasinya.

Di dalam bab satu menerangkan tentang penyakit influenza, penyebab dan cara penularan, kaedah merawat, cara mencegah, vaksin dan cara merawat.
Di dalam bab dua pula menyentuh tentang jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat influenza seperti cengkih, asam, bawang merah dan pelbagai lagi.

Segala herba yang dinyatakan di dalam buku ini dikatakan mampu merawat penyakit influenza dan juga pelbagai penyakit yang lain.

Buku ini sememangya amat bagus untuk dijadikan panduan sebagai langkah pencegahan yang dapat diambil oleh para pembaca bagi mengelak penyakit tersebut.

Judul: Tumbuhan herba untuk mengatasi influenza
Pengarang: Dr. Herti Maryani dan Lusi Kristiana, Apt.
Penerbit: SynergyMedia
Tahun terbit: 2010
Harga: RM 14.90

Sunday, September 25, 2016

Buku Pemikiran Sasterawan Negara A Samad Said terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku Pemikiran Sasterawan Negara A Samad Said terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

JUDUL BUKU:Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said
SIRI BUKU: Siri Kajian Pemikiran Sastarawan Negara   
ISBN:978-983-46-1277-1
PENGARANG:(TIADA)
TARIKH / TAHUN:2013
EDISI BAHASA: B. Malaysia
HARGA: RM  44.00
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

ULASAN:

Ia memamaparkan penyeledikan mengenai Sasterawan Negara A. Samad Said dan cara pemikirannya dalam karya Sasteranya.

A. Samad Said merupakan Sasterawan Negara yang tersohor dan banyak menghasilkan karya seperti novel,puisi dalam dunia persuratan melayu.

Karya Sasterawan Negara A. Samad Said banyak memperjuangkan kepincangan–kepincangan sosial dalam masyarakat diungkapkan dengan begitu lunak tetapi mempunyai makna yang sangat mendalam bagi membangkitkan kesedaran dikalangan masyarakat.
          
Segala karya-karyanya juga mampu memberi manfaat yang besar terhadap pembinaan sahsiah diri dan tamadun bangsa.

Buku ini memnghimpunkan  sebanyak 30 kertas penyelidikan dan perbincangan yang dihasilkan  dalam membincangkan pelbagai aspek pemikiran A. Samad Saidmelalui pelbagai pendekatan.

Ia juga sebagai sumber rujukan kepada khalayak sastera terutama pengkaji persuratan melayu bagi manfaat pelajar khususnya pelajar IPTA.

DISEDIAKAN OLEH: AZHARANI A. AZIZ

Sunday, September 18, 2016

Kursus Deeta Management Solutions Sdn Bhd (DMS) bulan Oktober dan November 2016.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Deeta Management Solutions Sdn Bhd (DMS), syarikat milik Bumiputera sepenuhnya dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) akan menganjurkan kursus-kursus seperti berikut:-

1 Strategies In Conducting A Training Needs Analysis And Its Impact On The Organization
    4-5  October       Starpoints Hotel,  Kuala Lumpur
2 Finance For Non-Finance Managers/Executives
    17-18 October      Starpoints Hotel,  Kuala Lumpur
3 Kursus "Leadership In Action"
    19-20 October     Dorsett Putrajaya
4 Kursus Pengendalian Majlis, Protokol Dan Etiket Sosial
    24-25 Oktober     Ramada Plaza Kuala Lumpur
5 Kursus "Using Psychology In Managing People"
    24-25 Oktober     Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa
6 Kursus Pembangunan Pemandu Cemerlang 4X4
    26-28 Oktober     Ulu Slim, Slim River, Perak
7 Kursus Pemanduan Defensif, Protokol Pemandu Dan Penyelenggaraan Kenderaan
    7-9 November     Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa
8 Kursus "Communications and Interpersonal Skills?
     8-9 November      Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa

Bersama-sama ini dilampirkan brosur kursus, borang pendaftaran dan maklumat yuran serta profil penceramah untuk rujukan dan tindakan tuan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian
Tel: 03-8063 3404 / 03-8063 2750 /
Whatsapps : 016-665 0571,
Faksimili: 03-2178 4824 atau
emelkan kepada: training@dmssb.com.my

Kami juga bersedia mengadakan kursus-kursus diatas secara in-house untuk organisasi yang berminat. Segala sokongan dan pertimbangan pihak tuan untuk menjayakan kursus-kursus di atas amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ALIA AMIRA MOHD ABDUL RANI
Penyelaras Kursus

Buku: Kenali Tokoh Berjasa Jilid 1 oleh Talib Samat

Buku: Kenali tokoh berjasa jilid 1 oleh Talib Samat

Buku: Kenali tokoh berjasa jilid 1
Pengarang: Talib Samat
No. Perolehan: DRAU 03289
ISBN: 978-967-5106-61-3
Bahasa: Melayu
Kategori: Sejarah

Ulasan:

Buku Kenali Tokoh Berjasa jilid 1 ini memaparkan tentang kisah beberapa tokoh yang cukup terkenal di Malaysia. Antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapa, A. Samad Said, Tan Sri P. Ramlee dan ramai lagi. Buku ini menghimpunkan kisah tentang 40 tokoh kesemuanya.

Semestinya, buku ini mengandungi pelbagai maklumat yang sangat berguna dan mampu memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca. Selain itu, buku ini turut disertakan gambar yang banyak meninggalkan kenangan dan nostalgia kepada setiap tokoh.  Pengarang menjelaskan setiap tokoh dengan begitu terang dan jelas. Sebagai rakyat Malaysia, kita sememangnya kaya dengan jasa tokoh-tokoh yang terlebih dahulu hidup sebelum kita.

Sebagai mengenang segala jasa dan budi yang dicurahkan oleh kesemua tokoh ini, kita harus menyemai sikap kecintaan kepada negara dengan berusaha memartabatkan negara Malaysia di mata dunia seperti yang dilakukan oleh ke semuatokoh ini

Judul: Kenali tokoh berjasa jilid 1
Pengarang: Talib Samat
Penerbit: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd
Tahun terbit: 2010
Harga: RM25.00

Buku: 100 Dosa Yang Diremehkan Wanita oleh Abdul Lathif bin Hajis al-Ghomidi

Buku: 100 Dosa Yang Diremehkan Wanita oleh Abdul Lathif bin Hajis al-Ghomidi

No Perolehan: DCAM 08043
ISBN: 978-979-3942-63-6
Kategori: 297.355
Ulasan: 100 Dosa Yang Diremehkan Wanita ini merupakan buku yang layak dimiliki bagi wanita yang merindukan kemuliaan dalam hidupnya. Kemuliaan itu akan diperoleh dengan melekatkan jiwanya dengan ajaran agama dan bertaubat yang dengannya insyaAllah bisa menghapus segala dosa-dosa dari kehidupannya.

Akan Anda membiarkan diri Anda berlumuran dosa selamanya? Kalau begitu, jangan-jangan Anda termasuk kategori wanita yang dibidik didalam hadits; "Diperlihatkan kepadaku Surga, maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang-orang miskin, dan diperlihatkan kepadaku neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita". (HR. Bukhari Muslim)

Judul: 100 Dosa Yang Diremehkan Wanita.
Pengarang: Abdul Lathif bin Hajis al-Ghomidi
Penerbit: Al-Qowam
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM41.50
Muka surat: 279
Rating: 5

Buku: KOLEKSI P.RAMLEE susunan Zaedi Zolkafli

Buku: KOLEKSI P.RAMLEE susunan Zaedi Zolkafli

JUDUL BUKU:KOLEKSI P.RAMLEE
SIRI BUKU:   
ISBN:    978-967-10012-0-2
PENGARANG:(TIADA)
TARIKH / TAHUN:2013
EDISI BAHASA:B. Malaysia
HARGA:RM 28.00
ULASAN:

Ia merungkai maklumat berkenaan P.Ramlee sebagai bahan rujukan yang paling komprehensif tentang lagu-lagu dan filem-filem yang dihasilkan oleh beliau.

Ia juga memuatkan artikel yang mengupas banyak hasil karya seni, peristiwa penting dan perjuangan P. Ramlee sebagai seniman.

Banyak artikel yang disediakan seperti buku, majalah, akhbar, lagu, filem, dokumentari  berkenaan P. Ramlee dipaparkan dalam  buku ini.
       
Ia juga memudahkan para pengkaji akademik dan peminat seni tanah air khususnnya P.Ramlee  dapat mengkaji dengan lebih mendalam dan mengterjemah berkenaan hasil karya P. Ramlee untuk tatapan masyarakat dan seterusnya mengangkat  P.Ramlee sebagai ikon seni tanah air.

DISEDIAKAN OLEH: AZHARANI A. AZIZ

Sunday, September 11, 2016

BUKU ROOFTOP RANT PENGARANG HLOVATE

BUKU ROOFTOP RANT PENGARANG HLOVATE

NO. PEROLEHAN :DBER 14-03828
CALL NO. :F HLO
ISBN :978-967-5118-07-4
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :FIKSYEN MELAYU

ULASAN:
Buku ini memaparkan kisah kehidupan dua situasi penderaan mental yang dialami oleh anak-anak dalam institusi kekeluargaan yang pincang. Situasi pertama dialami oleh Trisy dimana hidup dalam kemewahan wang ringgit tetapi terabai dan merasa keseorangan apabila ayahnya dinaikkan pangkat dan ibunya aktif dengan persatuan sehingga tiada masa untuk anak-anak dan sering bertelingkah menyalahkan sesama sendiri apabila berada dirumah.

Situasi kedua dialami oleh Jade yang hidup dalam keluarga yang sederhana mempunyai ibu bapa yang terlalu mendesak dan membeza-bezakan anak-anak kerana tidak mahu memahami kehendak dan minat anak dalam menentukan kerjaya pilihan anak-anak sehingga membuat jade merasa dirinya tidak aman berada di rumah mendengar leteran ibu bapanya membeza-bezakan dirinya dengan abang dan adiknya yang berjaya mendapat kerjaya yang bagus.

Kedua-dua remaja bermasalah ini membawa diri kesebuah tempat sunyi iaitu Rooftop Rant. Disinilah tempat yang menjalinkan ikatan persahabatan yang telus dan penuh pengertian dalam hidup Trisy dan Jade kerana mereka berada dalam situasi yang sama tetapi berlainan dari segi kehidupan. Trisy yang dahagakan kasih sayang dan perhatian sangat menghargai kehadiran Jade yang penuh dengan perhatian walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Begitu juga Jade yang merasa hanya Trisy yang faham minatnya terhadap dunia seni lakaran dan becita-cita mahu menjadi pelukis komik.

Namun peredaran masa memisahkan meraka apabila Trisy melanjutkan pelajaran ke Luar negara manakala Jade ke Bandung untuk lebih mendalami ilmu dan pengalaman menghasilkan komik yang dapat dijadikan tauladan untuk pembacanya.

JUDUL : ROOFTOP RANT
PENGARANG : HLOVATE
PENERBIT :JEMARI SENI SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2009
HARGA :RM21.00
MUKA SURAT :538
RATING :4/5