[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Friday, November 25, 2011

Bahan Aktiviti Mewarna Logo u-Pustaka

Berikut adalah gambar yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti mewarna logo u-Pustaka. Aktiviti ini boleh dijalankan dalam bentuk pertandingan (ada hadiah) atau aktiviti (tiada hadiah). Tujuan Aktiviti Mewarna Logo u-Pustaka ini adalah bagi mempromosikan u-Pustaka dan mendapatkan ahli baru u-Pustaka.

Aktiviti ini boleh dijalankan setiap hari Jumaat bagi Perpustakaan Daerah dan Cawangan. Manakala Perpustakaan Desa boleh menjalankan pada hari Sabtu. Aktiviti boleh dijalankan pada setiap hari-hari tersebut dengan mengsasarkan 10 orang hingga 20 orang seminggu.

Aktiviti ini boleh dijalankan untuk ahli kanak-kanak atau boleh juga dicuba pada ahli belia dan dewasa.
Logo u-Pustaka berwarna

Peserta yang menyertai Aktiviti Mewarna Logo u-Pustaka digalakkan menjadi ahli u-Pustaka. Keahlian adalah percuma. Petugas perlu membantu peserta mendaftar sebagai ahli u-Pustaka. Untuk maklumat lanjut klik DISINI.

Logo u-Pustaka untuk aktiviti mewarna

Penganjur aktiviti boleh meletakkan gambar ini pada Microsoft Word. Atau emailkan kepada blog Admin bagi mendapatkan format dalam Microsoft Word '.doc'.

No comments: