Thursday, December 8, 2011

Hari kanak-kanak 2011 - Penjagaan kucing

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada 3hb. November 2011. Ramai kanak-kanak yang hadir, hinggakan penuh dewan.
 1. Jabatan haiwan telah dijemput untuk menberikan penerangan kepada kanak-kanak tentang penjagaan kucing.
 2. Cara pegang kucing. Kucing ini namanya Si Manja.
 3. Berebut untuk mengusik Si Manja kucing yang menjadi tetamu jemputan.
 4. Buka setakat nak usik, ada juga yang nak merasa memeluk Si Manja.
 5. Inilah peralatan yang digunakan untuk menjaga Si Manja kucing kesayangan.
 6. Peralatan ini diperlukan untuk memastikan Si Manja sentiasa sihat dan tiada penyakit.
 7. Kalau Si Manja sakit kita pun susah hati. Kalau mandi, Si Manja nak mandi dengan shampoo.
 8. Bukan kanak-kanak sahaja yang geram melihat Si Manja tetapi orang dewasa juga merasa geram melihat telatah Si Manja kucing kesayangan.
 9. Kuku Si Manja perlu dipotong. Jangan tersilap potong, nanti berdarah pula Si Manja. Tujuan memotong kuku kucing adalah untuk menjaga kebersihan tubuh badannya. Kuman boleh melekat pada kuku kucing. Kuman tersebut boleh masuk dalam badan kucing dan boleh juga bahayakan kita. Kalau kucing perlu  potong kuku, kita pun perlu potong kuku juga. Tengok kuku masing-masing sekarang.
10. Si Manja ini adalah kucing yang dah biasa dengan suasana orang yang ramai. Kebanyakan kucing biasa takut melihat orang yang ramai. Kalau kita pandai belai kucing, kucing akan baik dengan kita. Begitu juga dengan kawan-kawan kita, kalau kita pandai jaga hati kawan-kawan kita, mereka akan baik dengan kita. Tengok, ada tak kawan yang sedang maran dengan kita, cepat pergi minta maaf.

No comments: