Monday, July 28, 2014

Buku : Siapa Kita 10 Tahun lagi oleh Hamirudin Hamidi

Buku : Siapa Kita 10 Tahun lagi oleh Hamirudin Hamidi

No Perolehan: DPEK 05556
Call No.: 158.1 HAM
ISBN: 978-967-5426-69-8
Bahasa: Melayu
Kategori: Falsafah

Ulasan :
   
Buku ini merumuskan tentang perancangan kita mengenai masa hadapan dan kita perlulah berwawasan untuk membentuk diri kita dalam jangka masa 10 tahun lagi.

Pilihan semestinya ada di tangan kita. Janganlah hanya memandang hari esok! Barangkali hari esok sama seperti hari ini dan hari lusa sama juga dengan hari esok. Jadi, marilah kita berfikir sejenak apa yang kita mahukan di dalam kehidupan ini. Perlu diingat bahawa kehidupan yang kita jalani ini hanya sekali sahaja. Ia tidak akan berulang kembali.

Buku ini mengandungi pelbagai cadangan yang bakal membangkitkan rasa dan kehendak anda untuk berjuang ke arah kecemerlangan masa depan anda. Bermula dengan pertanyaan penting iaitu ‘Siapalah diri kita pada masa depan?’, Buku ini cuba merungkai jalan-jalan yang sepatutnya dilalui secara nyata dan benar demi untuk mencapai kecemerlangan pada masa depan sebelum ditutup oleh satu lagi pertanyaan penting iaitu,

Apakah yang bakal kita wariskan kelak kepada anak cucu kita?’.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah di dalam hidup ini, janganlah asyik memandang keseronokan atau hanya memikirkan mengenai hari esok sahaja. Fikirkan masa depan yang lebih jauh lagi seperti sepuluh tahun atau dua puluh tahun lagi. Oleh itu, marilah berusaha untuk mengelakkan kesukaran hidup pada masa depan dengan cara berusaha dengan lebih gigihlagi pada masa sekarang. Ini boleh dilakukan dengan memikirkan mengenai, ‘Siapa Kita Sepuluh Tahun Lagi?’. Selamat Membaca.
               
 Judul        : Siapa Kita 10 Tahun Lagi
Pengarang    : Hamirudin Hamidi
Penerbit    : Mustread
Tahun Terbit    : 2011
Harga        : RM 15.92
Muka surat    : 201
Rating        : 4/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

3 comments:

Hamirudin Hamidi said...

Terima kasih Tuan/Puan Pustakawan..

Hamirudin Hamidi said...

Terima kasih Tuan/Puan Pustakawan..

. said...

Kepada tuan Hamirudin Hamidi,

Sama-sama. Gembira dapat membantu.

Admin
Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.