Tuesday, May 31, 2016

International Standard Serial Number (ISSN) Malaysia

KANDUNGAN
A. Apakah Itu ISSN?
B. Sistem Operasi ISSN
C. Siapa Menentukan ISSN Di Malaysia?
D. Apakah Faedah-Faedah ISSN?
E. Bagaimana dan Di mana ISSN Dicetak?
F. Pemberian ISSN
G. Apakah Terbitan Bersiri?
H. Bagaimana Memohon Nombor ISSN?
-Prosedur Permohonan ISSN
-Prosedur Permohonan eISSN

A. Apakah Itu ISSN?
International Standard Serial Number (ISSN) atau lebih dikenali sebagai ISSN adalah nombor lapan angka yang diterima secara universal sebagai kod pengenalan yang ringkas, tunggal dan tidak mengelirukan bagi setiap satu terbitan bersiri yang diterbitkan.

Contoh : ISSN 1823-7037

B. Sistem Operasi ISSN
International Serials Data System atau ISDS adalah satu rangkaian antarabangsa bagi operasi dan pusat serantau yang secara bersama bertanggungjawab bagi pembentukan dan penyelenggaraan Pangkalan Data berkomputer yang mengandungi maklumat asas bagi pengesanan terbitan bersiri yang diterbitkan di seluruh dunia. Pusat Antarabangsa ini yang terletak di Paris mempunyai Pusat Serantaunya bagi Asia Tenggara di Bangkok, Thailand.
Pusat Kebangsaan ditubuhkan di setiap negara yang menyertai program ini bagi memantau, menggalakkan penggunaan dan menetapkan ISSN kepada setiap terbitan bersiri yang diterbitkan di negara berkenaan.

C. Siapa Menentukan ISSN Di Malaysia?
Penubuhan Pusat Kebangsaan ISDS bagi Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia adalah keputusan Kabinet yang dibuat pada Jun 1976. Sebagai Pusat Kebangsaan ISDS di Malaysia, ia adalah bertanggungjawab bagi menetapkan ISSN kepada terbitan-terbitan bersiri yang diterbitkan di Malaysia; menyelenggara rekod ISSN ke dalam pangkalan data dan mengeksportnya ke Pusat ISDS Antarabangsa dan Pusat Serantau ISDS-SEA, setiap suku tahun.

D. Apakah Faedah-Faedah ISSN?

PERTAMA. Memberi publisiti serta mengiklankan terbitan bersiri Malaysia kepada pengguna-pengguna tempatan dan luar negara.

KEDUA. Memajukan dan memudahkan perolehan dan pemerosesan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
   
KETIGA. Memajukan penjualan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
   
KEEMPAT. Memudahkan akses kepada bahan terbitan bersiri
   
KELIMA. Sebagai butiran penting di dalam diskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan buku, iklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau penerbit.

KEENAM. Bagaimana dan Di mana ISSN Dicetak?
Didahului dengan akronim ISSN (huruf besar) dan diikuti oleh dua kumpulan nombor empat angka yang diasingkan dengan tanda sengkang.

Contoh : ISSN 1394-3650

ISSN hendaklah dicetak di tempat yang mudah kelihatan, digalakkan di sudut atas sebelah kanan kulit depan setiap isu terbitan bersiri yang dikeluarkan.

F. Pemberian ISSN
ISSN diberikan kepada terbitan bersiri masa kini yang baru diterbitkan dan terbitan bersiri yang belum mempunyai nombor ISSN.

G. Apakah Terbitan Bersiri?
Terbitan-terbitan yang dikeluarkan berbahagian yang berturut-turut, biasanya mempunyai nombor atau susunan waktu dan bertujuan diteruskan penerbitannya sehingga sesuatu masa, seperti majalah, jurnal, dan lain-lain

H. Bagaimana Memohon Nombor ISSN?
Semua judul adalah layak dipertimbangkan untuk diberi ISSN. Bagi penerbit swasta ISSN hanya akan dikeluarkan setelah penerbit memperolehi permit penerbitan bahan bersiri dari Kementerian Dalam Negeri.

ISSN diberikan PERCUMA oleh Pusat Kebangsaan ISSN.

Prosedur Permohonan ISSN
Melengkapkan set borang permohonan ISSN iaitu:
PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN
Sertakan salinan permit KDN bagi penerbit swasta, salinan mock-up cover terbitan bersiri dan salinan mukasurat sidang redaksi.

Prosedur Permohonan eISSN
Melengkapkan set borang permohonan ISSN iaitu:
PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN
Sertakan salinan cetakan skrin (screen prints) mukasurat hadapan dan mukasurat sidang redaksi daripada homepage di mana penerbitan dipaparkan beserta URL. Salinan cetakan skrin (screen prints) yang mengandungi kriteria seperti berikut:

1. Judul skrin (title screen).
2. Skrin yang mengandungi siri nombor yang berturut-turut (tarikh atau nombor isu).
3. Mana-mana skrin yang memberikan maklumat umum mengenai bagaimana untuk melanggan, kekerapan, penerbit, hakcipta dll.

Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi dengan menghubungi:

Pusat Bibliografi Negara
Perpustakaan Negara Malaysia,
Aras 3, Anjung Bestari
No. 232, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur.
(U/P: Pusat Kebangsaan ISSN)Tel    : 03-26814329, 03-26871700 samb 4288
Faks  : 03-26811676
E-mel : issn@pnm.gov.my

Perkhidmatan Melalui SMS
Taip "PNM_ISSN_" dan hantar kepada 15888
Sistem akan menghantar borang melalui emel yang diberi dan dikenakan caj RM0.20 oleh Telco 


Sumber Rujukan:
1. librarypsas.blogspot.my
2. pnm.gov.my

No comments: