Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, December 14, 2012

Buku: YA ALLAH… TIBA-TIBA KINI SAYA TELAH TUA

JUDUL BUKU
YA ALLAH… TIBA-TIBA KINI SAYA TELAH TUA

PENGARANG
JAMAL MA’MUR ASMANI

PENERBIT
AL-HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHERS SDN. BHD

TAHUN TERBIT
2012

ISBN
9670267048

JUMLAH MUKA SURAT
224

NO.PANGGILAN
297.5 JAM

HARGA 
RM15.00


ULASAN:        
Buku ini mengandungi 7 bab iaitu indahnya masa muda; menjadi orang yang benar & pintar; manfaatkan usiamu terus berjalan;orang besar bercita-cita besar; kejayaan hidupmu peninggalan yang tidak berakhir; oh indahnya mati menyebarkan pesona dan kematian akan tiba.

Buku Ya Allah…tiba-tiba kini saya telah tua ini harus dibaca oleh setiap muslimin / muslimah agar tidak hanyut dalam kelipan dan kilauan dunia semata-mata.  

Saat ku tatap wajah di cermin pagi hari ini, Subhanallah… Telah banyak uban di kepalaku.  Kulit muka juga telah berkedut-kedut dimamah usia.  Berapakah usiaku kini???  Astargfirullah… tahu-tahu aku telah berumur lebih 40 tahun, lebih 50 tahun, lebih 60 tahun…

Penyakit mula berduyun-duyun…tenaga mula lemah, jalanpun semput,pandangan mulai kabur, ingatan mulai lemah, semua yang dulu kuat, gagah, tangkas, tampan, cantik, memikat kini beransur-ansur meninggalkanku.

Lalu mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan ajal datang menjemput.  Dibuang sendiri oleh keluargaku yang tercinta ke liang lahad yang dingin, sepi dan gelap.  Ya Allah, rasanya baru kelmarin aku masih kecil, lalu menjadi remaja, mulai jatuh cinta, kemudian berkerjaya dan berkeluarga.  Tapi kini, di sekelilingku telah ramai anak cucu yang gagah seperti aku dulu-dulu…

Sesungguhnya begitulah kehidupan manusia di hadapan kuasa Allah swt.  Justeru, ayuhlah semua…sebelum ajal menjemput, sebelum nafas menjadi semput.  Persiapkan diri…

Selamat membaca!

Disediakan oleh:  
 Fazilarwati binti Abdul Hadi
Perpustakaan Awam Cawangan Bandar Tun Razak Jengka

LINKS:

No comments: