Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, April 29, 2013

Buku 8: Padanya Ada Hikmah oleh Prof Dr.Muhaya Mohamad & Bahruddin Bekri

Buku 8: Padanya Ada Hikmah oleh Prof Dr.Muhaya Mohamad & Bahruddin Bekri

Kadangkala hati menyangka, kisah yang terjadi kepada kita tidak ada kesenangan padanya. Kadangkala hati juga betanya , mengapa Tuhan memberikan
kisah yang tidak ada manisnya. Mungkin kita lupa, Tuhan itu Maha
Penyayang lagi Maha Pengasih. Lalu pada setiap kisah yang diberikan
kepada manusia, Dia menyisipkan kasih-Nya. Semua itu disembunyikan
pada kata yang bernama hikmah.

Inilah 35 kisah penuh hikmah, yang terinspirasi daripada pengalaman
Prof Dr. Muhaya. Sekiranya ada yang bertanya seberapa mirip pengalaman
Prof. Dr. Muhaya pada kisah yang diceritakan? Boleh baca pada halaman
"Bagaimana cuku ini seharusnya dibaca " bagi mendapatkan jawapannya.

Buku 7: Solatku terakhir-kisah pengajaran dan teladan keinsafan oleh Muhammad Uzair Al Aziz

"Apakah sesaat lagi,apakah sedetik lagi akan aku bertemu lagi dengan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang? Kalaupun aku diizinkan bertemu dengan Tuhanku dalam solatku, apakah Kau akan terima sebagai amalku? Apakah nanti Engkau terima doaku terhadap-Mu?

Sebenarnya aku masih dan tetap mengharap Engkau terima solatku ini meskipun
ianya cacat dan tercela. Kerana solatku inilah bekalan terakhir buatku dalam
pertemuan di dunia yang begitu singkat ini. Malah aku bimbang solat yang aku kerjakan ini terulit kederhakaan terhadap-Mu, Ya Allah.

Betapa gerun dan mengerikan apabila Engkau mendatangkan azab
kepada mereka yang mengabaikan solat terhadap-Mu. Lantaran itu,pimpinlah
aku dan seluruh hamba-hamba-Mu agar dapat mendirikan solat setiap
waktu dalam apa jua keadaan."

Demikianlah sekelumit kisah tentang ibadah solat yang menjadi penentu
segala amal seseorang hamba terhadap Allah swt. Kisah-kisah ini telah dihimpun dimuatkan didalam buku ini sebagai motivasi keinsafan kepada seluruh kaum Muslimin dan pembaca budiman agar solat yang menjadi tiang agama terus subur dan menyemarak dalam kehidupan yang sementara ini.
semoga kisah yang dipaparkan memberi pengajaran untuk kembali taat
menunaikan solat seperti yang telah disyariatkan oleh ajaran Islam.

Buku 5: TUN ABDUL RAZAK ; Potret Dalam Kenangan Kompilasi Yayasan Tun Razak

Judul Buku : TUN ABDUL RAZAK ; Potret Dalam Kenangan Kompilasi Yayasan Tun Razak
No Perolehan:  R 07/00301PJ
No Panggilan: 320.9595 TAR
ISBN  : 967 61 1785 4
Bahasa  : Melayu
Kategori  : Tokoh

Ulasan Ringkas :
Koleksi ini ditulis oleh mereka yang betul-betul mengenali Allahyarham Tun Razak Bin Dato’ Hussein  secara rapat.Antara mereka ialah para sahabat,rkan-rakan sekerja dan ahli keluarga.

Kompilasi ini adalah satu penghargaan kepada insane yang telah memberi sepenuh pengorbanan kepada Negara.Dedikasi beliau telah menjadikan beliau seorang patriotic.Tun Razak merupakan seorang insan yang unik,beliau sangat tekun bekerja serta mempunyai pembawaan diri yang serius tetapi mampu berjenaka secara bersahaja.

Meliau merupakan seorang arkitek Malaysia,pada tahun akhir hayatnya beliau terus bekerja dengan lebih tekun untuk membentuk Barisan Nasional walaupun beliau menghidap penyakit leukimia.
Semua kisah beliau ini merupakan satu lakaran yang disentuh mengikut pengedaran masa.

Tajuk Buku: TUN ABDUL RAZAK ; Potret Dalam Kenangan. 
Penulis: Kompilasi Yayasan Tun Razak
Penerbit: Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak Dan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Tahun Terbitan: 2006
Halaman: 332
Harga: RM 105.00

Disediakan Oleh :

Zulkifli Bin Mohd Ali
Penyelia Zon 7,Pekan.

Buku 4: Persediaan & Perancangan Persaraan oleh Dr Ismail Alias dan Dr Faridah Hanam Mohd Rashid

Judul Buku: Persediaan & Perancangan Persaraan oleh Dr Ismail Alias dan Dr Faridah Hanam Mohd Rashid
No Perolehan    :  07/00343PJ
No Panggilan: D 646.79 ISM
ISBN: 983 3683 18 5
Bahasa: Melayu
Kategori:

Ulasan Ringkas :
Bayangkan setelah kita memegang jawatan mungkin lebih 30 tahun,tiba-tiba sampai umur 60 tahun kita dipisahkan dari alam perkerjaan.Tahukah bakal pesara,bahawa kerja itu adalah identity kejayaan kita.Sampai masa semuanya dilepaskan kerana kita terpaksa bersara.Pada masa itu barulah kita sedar,bahawa kita perlu memulakan hidup baru dengan menggunakan kekuatan ,keointaran dan persediaan yang sedia ada.

Buku “Persediaan dan Perancangan Persaraan’ memudahkan anda merancang kehidupan yang lebih bermakna setelah bersara.Anda semistinya bijak mengatur langkah agar hidup anda tidak terumbang-ambing.Segala jawapan mengenai persaraan akan anda temui di dalam buku ini.

Tajuk Buku: Persediaan & Perancangan Persaraan 
Penulis: Dr Ismail Alias / Dr Faridah Hanam Mohd Rashid
Penerbit: Aras Mega
Tahun Terbitan: 2007
Halaman    : 182
Harga: RM 22.00

Disediakan Oleh :
Zulkifli Bin Mohd Ali
Penyelia Zon 7,Pekan.




Buku 3 : Motivasi Minda:Membina Jati Diri Gemilang oleh Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Judul Buku : Motivasi Minda:Membina Jati Diri Gemilang oleh Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
No Perolehan: D 00001009
No Panggilan: 158.1 HMT
ISBN: 967 86 0237 7
Bahasa: Melayu

Ulasan Ringkas:
Buku ini menggabungkan pemikiran motivasi berteraskan teladan dan pengalaman tersendiri Dr HM Tuan Iskandar al-Haj.
Beliau menulis secara selamba tetapi berkuasa,cara ini dapat membankitkan keupayaan berfikir,bertindak seterusnya membentuk semangat jati diri demi kegemilangan.
Matlamat utama 3EM ialah untuk kejayaan duniawi dan ukhrawi.

Tajuk Buku: Motivasi Minda: Membina Jati Diri Gemilang
Penulis: Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
Penerbit: Karya Bestari.
Tahun Terbitan: 2006
Halaman: 320
Harga: RM 14.40

Disediakan Oleh :
Zulkifli Bin Mohd Ali
Penyelia Zon 7,Pekan.

Buku 2 : Laman 101 oleh Ruzaimi Mat Rani dan Dr.Rashidi Othman

Buku : Laman 101 oleh Ruzaimi Mat Rani dan Dr.Rashidi Othman
No Perolehan    : 11/00192
No Panggilan    : D 712.6
Bahasa : Melayu
Kategori        :

Ulasan Ringkas:
Laman 101 menampilkan 101 lakaran reka bentuk alternative yang boleh digunakan oleh pemilik rumah kediaman untuk menceriakan suasana laman yang ada.Unik dan menarik dengan menggunakan satah-satah sebagai elemen utama.

Disokong dengan cadangan 303 pokok hiasan landskap supaya menjadi lebih praktikal dan bersesuaian dengan keperluan pengguna dan konteks.Buku ini lengkap dengan tip penjagaan pokok.

Tajuk Buku        : Laman 101
Penulis        : Ruzaimi Mat Rani / Dr.Rashidi Othman
Penerbit    : Yamani
ISBN            : 967 537 035 9
Tahun Terbitan    : 2011
Halaman        : 246
Harga        : RM 14.40

Buku 1: Cinta ,Jodoh & Perkahwinan oleh Eddy Rosyadie Mohd Samsury

Judul Buku : Cinta ,Jodoh & Perkahwinan oleh Eddy Rosyadie Mohd Samsury
No Perolehan: D 09/00046PJ
No Panggilan: 158.2 EDD
ISBN: 967 5234 19 4
Bahasa: Melayu

Ulasan Ringkas:
Buku ini dapat membantu anda untuk merancang dan membina proses perjalanan cinta,jodah dan perkahwinan yang lebih berkesan.Di antara ilmu pengetahuan yang bakal anda miliki ialah:

Mengenali Potensi Cara Bercinta Anda Daripada Pola Nombor
Mengenali Pasangan Yang Serasi Daripada Teknik Kasih Dua Hala
Mengetahui Waktu Jodoh Yang sesuai Daripada Teknik Graf Hayat
Memilih Tarikh Nikah Yang sesuai Daripada Teknik Petak Digit
Didalam buku ini juga terdapat beberapa cadangan untuk mencari
jalan keluar jika anda dan pasangan berhadapan dengan masalah cinti, jodoh dan perkahwinan.
   
Tajuk Buku: Cinta ,Jodoh & Perkahwinan
Penulis: Eddy Rosyadie Mohd Samsury
Penerbit: Buku Prima
Tahun Terbitan: 2009
Halaman: 383
Harga: RM 19.90

Disediakan Oleh :
Zulkifli Bin Mohd Ali

Friday, April 26, 2013

18. Wahai saudaraku dengarlah tuan

18. Wahai saudaraku dengarlah tuan,
Yang sebenar hidup itu katanya Tuhan,
Kuntum yang tujuh di situlah tersimpan,
Itulah pakaian Wali Sembilan.


SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Friday, April 19, 2013

Buku 4: Bajet Wang oleh Khairulnahar Jamaluddin

No Perolehan : DPEK 01501
Call No. : 322.024 KHA
ISBN : 978-983-3364-83-1
Bahasa : Melayu
Kategori : Sains Kemasyarakatan

Ulasan :
Adakah anda mengalami masalah kekurangan wang setiap masa? Adakah anda telah cuba menyediakan bajet setiap bulan tetapi dalam masa yang sama masih ‘pokai’ dan masih mengalami masalah ketidakcukupan wang?.
   
Adakah anda telah cuba mendapatkan pendapatan tambahan tetapi dalam masa yang sama hutang anda juga turut bertambah seiring dengan pendapatan yang anda perolehi?.
   
Jika anad menjawab YA bagi kesemua persoalan di atas, usah bimbang dan risau lagi kerana buku ini akan menunjukkan cara penyelesaiannya kepada anda!
   
Buku ini akan memberikan panduan serta membantu anda merancang kewangan dengan lebih teratur disamping memberikan panduan bagaimana untuk meningkatkan tahap kewangan anda pada masa hadapan. Disampaikan dalam bahasa yang cukup mudah untuk difahami bersama tips-tips kewangan yang digunapakai oleh para jutawan menjadikan buku ini benar-benar bermanfaat untuk anda.
“SELAMAT MEMBACA”
   
Judul : Bajet Wang
Pengarang : Khairulnahar Jamaluddin
Penerbit : TrueWealth Sdn. Bhd
Tahun Terbit : 2009
Harga : RM 30.00
Muka surat : 150
Rating : 3/5
Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

Buku 3: Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak oleh Raisya Maula Ibnu Rusyd

No Perolehan : DPEK 03576
Call No. : 297.577 RAI
ISBN : 978-967-0267-50-0
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan : Setiap Ibu Bapa mahukan anak-anak yang soleh, cerdik dan berjaya di dalam kehidupan mereka. Banyak sekali teori dan kaedah-kaedah diketengahkan dalam mendidik anak-anak ini. Bahkan ahli-ahli psikologi dan motivasi barat juga mengetengahkan kaedah masing-masing untuk membangun anak yang berjaya di dalam kehidupan mereka.
   
Di dalam Islam contoh pendidikan anak telah ditunjukkan olrh Nabi Muhammad S.A.W. sendiri. Baginda Rasulullah meletakkan matlamat kejayaan kehidupan seseorang adalah akhirat yang berjaya dan bahagia. Begitulah cara beliau mendidik anak-anaknya dan juga para sahabatnya.
   
Kesibukan harian ibu bapa dalam mencari rezeki untuk keluarga sememangnya menghadkan masa ibu bapa untuk bersama anak-anak mereka. Namun ini bukanlah alasan untuk mengabaikan  pendidikan  dan pemantauan terhadap anak-anak. Ada juga ibu bapa yang punya begitu banyak sekali masa bersama anak-anaknya tetapi ia tidak digunakan sebaiknya. Ini juga sesuatu yang elok, untuk membangunkan generasi yang mantap dari segi ilmu dunia dan akhiratnya maka pendidikan itu bermula daripada awal.
   
Bukan itu sahaja. Ibu bapa juga perlu mengetahui tips dan selok belok dalam pendidikan anak. Salah satu cara ialah mengetahui kelemahan dan kesalahan yang kita lakukan. Dengan mengetahui kesalahan ini mudah untuk kita menghindarkannya. Untuk mengetahui kesalahan yang biasa kita lakukan bersama-samalah kita membaca buku ini.

Judul : Kesalahn Ibu Bpa Dalam Mendidik Anak
Pengarang : Raisya Maula Ibnu Rusyd
Penerbit : Al- Hidayah House Of Publishers Sdn Bhd
Tahun Terbit : 2012
Harga : RM 14.00
Muka surat : 201
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

17. Jalan hakikat bukan kepalang

17. Jalan hakikat bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Zahir dan batin semuanya lapang,
Kerana Sir yang empunya pandang.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Wednesday, April 17, 2013

PD Felda Tersang 1 (Lawatan PNM PD 7/2013)

Lawatan selama dua hari bermula pada 15hb di PD Batu Papan dan berakhir pada 16hb April 2013 di PD Felda Tersang. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Bahagian Rangkaian PNM, Bahagian Khidmat Teknik, PD Batu Papan, PD Sri Buntar, PD Sri Hamzah, PD Relong, PD Bukit Betong, PD Kuala Medang, PD Tersang dan bahagian khidmat pemandu. Semoga berjumpa lagi.

Inilah lokasi terakhir lawatan, PD Felda Tersang 1.

 01. Papan tanda di PD Tersang ini masih cantik. Ada sesetengan tempat, papan tandanya telah tinggal rangka sahaja.
 02. Pintu masuk PD Tersang.
 03. PD Tersang ini bersebelahan dengan Pusat Literasi Felda Tersang 1.
 04. Buku pameran.
 05. fail-fail yang akan diperiksa.
 06. Memberikan jawapan.
 07. Encik Aziddin sedang memeriksa keadah melebal yang digunakan di PD Tersang.
 08. Cik Rokiah Mohd Kassim sedang merenung masalah-masalah yang dihadapi oleh PD Felda Tersang.
 09. N1 sedang memberikan penerangan bagi menggantikan S17 yang sedang cuti bersalin.
 10. Mencari cadangan terbaik.
 11. "Silalah makan meehon dan karipap kegemaran suami saya"
 12. pengguna kanak-kanak sedang melayari internet.
13. Bakal graduan sedang mengulang kaji pelajaran.

PD Kuala Medang (Lawatan PNM PD 6/2013)

Dari PD Bukit Betong lawatan 16.4.2013 ini diteruskan ke PD Kuala Medang. Sebenarnya Kuala Medang dengan Cameroh Highland hanyalah 45 minit sahaja. Tetapi orang kuala medang ramai yang belum pernah sampai ke Cameron Highland. Penduduk Kuala Medang ini kebanyakannya berasal dari kampung-kampung sekitar seperti, Tanjung Besar, Ulu Cheka dan Bukit Betong. Kuala Medang ini terkenal dengan HomeStay dan mendulang emas.

Penempatan Kampung Kuala Medang dibuka oleh suku kaum asli Semai pada tahun 1900. Nama Kuala Medang diberi berasaskan sebatang pokok medang yang saiz lilitannya begitu besar dan ditemui tumbuh di kuala sungai.Pokok kayu medang tersebut ditemui oleh suku kaum asli Semai dan menebangnya menggunakan kapak dan beliung. Segala kerja yang dilakukan mengambil masa selama empat puluh (40) hari. Pokok yang tumbang telah merentangi sungai dan dijadikan titi oleh penduduk-penduduk kampung.

Oleh kerana pokok tersebut terletak dipinggir kuala sebatang sungai, maka sungai tersebut dipanggil sungai Medang dan kampung ini pula telah diberi nama. Kuala Medang.

Pada tahun 1972, pihak LKPP Negeri Pahang telah membuka pula Penempatan Rancangan Pengumpulan Semula mangsa-mangsa banjir (PRPS) . Pada tahun 1986 pula, YB. Kol (K) Dato' Hj. Omar bin Hj. Othman DSAP., DIMP., PJN, telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang bagi mmbuka pula penempatan Perumahan Awam  Kos Rendah Kerajaan (PAKR).
 01. Banyak fail yang perlu diperiksa.
 02. Memikirkan apa yang terlupa.
 03. Menjawab persoalan
 04. Fail-fail sedang menanti giliran untuk disemak.
 05. Menerangkan keperluan pemantauan.
 06. Fail-fail yang telah siap diperiksa.
 07. Ada makanan tengahari.
 08. Mari berihat sekejap sebelum menyambung perbincangan.
 09. Ada kek coklat dan pisang masak kuning
 10. Masa makan.
 11.Hidangan istimewa orang Kuala Medang. Gulai ikan patin, gulai daging, ikan sungai goreng, kerabu dan ulam.
 12. Kerabu Kuala Medang
 13. Ikan Patin Kuala Medang, sunggu berbeza. Ikan Patin Kuala Medang diternak dalam kolan yang mengalir airnya.
 14. Menghantar laporan semasa kepada orang tersayang.
 14. Bersiap untuk meninggalkan Kuala Medag dan menuju ke Felda Tersang 1.
 15. Tukan masak Kuala Medang.
16. Berpuas hat.

PD Bukit Betong (Lawatan PNM PD 5/2013)

Seterusnya pada 16hb April 2013 ini kumpulan pelawat meninggalkan PD Relong dan menuju ke PD Relong.

 01. Mendengar penerangan.
 02. Memberikan penerangan
 03. Memeriksa laporan
 04. Meneliti satu demi satu
 05. Mencari penyelesaian.
 06. Masih banyak yang perlu diperiksa.
07. Semua boleh diatasi.

PD Relong (Lawatan PNM PD 4/2013)

Pada 16hb April, lawatan diteruskan ke PD Relong. Rombongan pelawat terkejut melihat loaksi PD Relong ini yang bersebelahan dengan Tanah Perkuburan Islam Kampung Relong. Keadaan ini berlaku kerana PD Relong adalah Masjid Lama Kampung Relong yang telh di baiki dan dijadikan perpustakaan desa.

 01. Memeriksa suasana keliling PD Relong.
 02. Memeriksa fail laporan.
 03. Mengesahkan laporan
 04. Menunggu
 05. Mendengar penerangan.
 06. Menunggu penerangan.
 07. Berihat seketika.
08. Bergambar dengan pengunjung tetap PD Relong. Yang datang dan balik serempak dengan kakitangan. Pengunjung ini turut menghadiahkan beberapa barang keperluan untuk kegunaan PD Relong. Masih ada orang yang sayangkan perpustakaan.