Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, April 18, 2014

12 Bird Count 2014 - Pependang, Perling, Salleh Daeng, Asrul Perhilitan dan tanam pokok

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Jenis burung Pependang adalah Burung Pependang Kecil dan Burung Pependang Timur. Jenis burung perenjak adalah Burung Perenjak Bukit, Burung Perenjak Padi, Burung Perenjak Pisang, Burung Perenjak Rimba dan Burung Perenjak Sampah. Jenis burung pergam adalah Burung Pergam Batu,  Burung Pergam Besar, Burung Pergam Gunung, Burung Pergam Haji, Burung Pergam Hijau dan Burung Pergam Rawa
2.Jenis Burung Perling adalah Burung Perling Bahu Putih, Burung Perling Belakang Ungu, Burung Perling Burma, Burung Perling Mata Merah dan Burung Perling Pipi Perang. Jenis burung Burung Petral Bulwer, Burung Petral Swinhoe dan Burung Petrel Badai Coklat. Jenis burung pikau adalah Burung Pikau dan Burung Pikau Batu.
3.Encik Salleh Daeng (UiTM Shah Alam) memaklumkan bahawa UiTM banyak mengadakan kajian tentang Sungai Tembeling. Terdapat 200 kajian berkaitan Taman Negara dan Sungai Tembeling telah siap dilakukan dan dibukukan.
4.Encik Asrul dari Pejabat PERHILITAN Negeri Sembilan adalah orang pandai burung yang banyak membantu dalam Bird Count Taman Negara.
5.Taman Negara harus diberikan perlindungan dari musuh-musuh Eco Sistem. Pencemaran dikawasan berhampiran Taman Negara akan memberikan kesan yang amat bahaya kepada kepada kestabilan alam sekitar dan eco sistem di Taman Negara.
6.Kehadiran burung-burung di Taman Negara boleh dijadikan sebagai penanda aras terhadap kestabilan eco sistem di Taman negara. Sehingga kini Taman Negara telah merekodkan lebih kuran 470 jenis burung yang tinggal di kawasan Taman negara.
7. Hutan di Taman Negara jiga dijadiken tempat persinggahan bagi burung 'pelancong' yang singgah sebentar untuk berihat sebelum meneruskan perhijrahan ke tempat tujuan.
8.Jenis-jenis Burung Pipit adalah Burung Pipit Batu, Burung Pipit Dada Kuning, Burung Pipit Jawa,  Burung Pipit Kuning, Burung Pipit Padang, Burung Pipit Padi, Burung Pipit Pelanduk, Burung Pipit Pinang, Burung Pipit Rawa, Burung Pipit Rimba, Burung Pipit Tanah, Burung Pipit Tuli dan Burung Pipit Uban.
9.Jenis-jenis burung punai adalah Burung Punai Bakau, Burung Punai Bakok, Burung Punai Bakuk,  Burung Punai Bukit, Burung Punai Daun, Burung Punai Dekut, Burung Punai Ekor Panjang, Burung Punai Emas, Burung Punai Gading, Burung Punai Gunung, Burung Punai Jambu, Burung Punai Kericau, Burung Punai Lengguak, Burung Punai Rimba, Burung Punai Siam, Burung Punai Tanah dan Burung Punai Tengkuk Hitam.

No comments: