Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, April 24, 2014

Buku: Mama, saya lapar… oleh Wardina Safiyyah

Buku ini sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah mengenai pemakanan anak-anak dan memastikan anak-anak mengambil makanan yang seimbang untuk keperluan bagi tumbesaran dan kesihatan mereka.

Buku ini terdapat banyak tip dan panduan serta nasihat daripada pakar pemakanan disamping kaum ibu boleh mencuba resepi yang pelbagai kepada anak-anak.

Antaranya ialah kepentingan kalsium, khasiat susu ibu, jauhi makanan ringan, karenah anak-anak terhadap makanan, khasiat sayur dan banyak lagi maklumat berguna yang dapat dipraktikkan untu kanak-anak.

Sebagai ibubapa perlu mementingkan penyediakan makanan yang berkhasiat untuk kanak-kanak. Amalan pemakanan sihat adalah hadiah yang tiada tandingan kepada anak.

Ia akan menjamin pembentukan fizikal dan mental serta kesejahteraan hidup mereka untuk melangkah ke alam dewasa.

No Perolehan: 11/00056PJ
No ISBN: 978-983-124-566-8
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa
Judul: “Mama, saya lapar…”
Pengarang: Wardina Safiyyah
Penerbit: Grup Buku Karangkraft Sdn Bhd
Tahunterbitan: 2010
Harga: Semenanjung Malaysia: RM 19.90 / Sabah & Sarawak: RM22.90
Mukasurat    : 165ms


Disediakan oleh:-
Nurul Afzan Binti Mohamed
Penyelia Zon 8, Bera.

No comments: